Friday, July 27, 2012

Embah !

Salam ramadhan. Semalam memory card android aku rosak. Habis kena format balik semua benda. Aish! Mula mula aku rasa nak menangis tapi at last aku kena faham kalau aku menangis pagi pagi buta pun sebab memory card semua dah terlambat. Cuma gugur kejap jantung aku bila keluar dekat screen "your SD CARD damaged to continue please format it". Mak aih. Tapi ape pun aku mesti cari sofware yang boleh dapatkan balik semua gambar gambar dan video yang hilang dekat dalam memory card tu. Nak cari sekarang belum ada kesempatan lagi. Yelah balik kerja dah penat, malam aku tidur awal.

Hati aku hancur sebenarnya. Teknologi semasa dah hancur kan hati aku. Habis semua gambar dan video terakhir arwah embah hilang. Aku jenis suka rakam setiap benda yang arwah embah buat. Termasuk lah gambar gambar terakhir detik pengebumian. Tapi semua tu dah tak ada dengan aku sekarang. Termasuk lah video terakhir time arwah embah dan aku nyanyi sama sama. Lagi gambar 3 hari sebelum dia jatuh sakit. Tuhan. Dugaan apa lagi ni?