Thursday, October 28, 2010

missing mylove, please come to mummy please!

Ternyata setelah dihitung dan bila di imbas kembali
memang terasa sayu je di hati ini
kali terakhir kami berjumpa bulan 7 lalu di center itu,
" Little Caliph Production"

dan itu juga bulan serta kali terakhir aku melihat budak itu
dia amat manja dan suka menyakat diri ini
dan malam ini bila hajat mahu men'delete gambar2 di FB
ternyata terpandang wajah si comel itu.

gelagat nye yang mencuit hati amat aku rindu.
rindu sekali. .

2 bulan sudah aku ada bertanyakan staff di taska itu
tapi malangnya dia berkata
" syifa dah xdatang dah sekulah since nurul quit "
aduhh punah nya rasa jiwa dan aku bertanya lagi 

" kak syitah, sekulah ade tak contact number ayah dia"
" tak delah nurul rasa nya ayah dia dapat kerja kat tempat lain kot"
" since nurul dah tak de syifa' pun tak mau datang sekulah lagi, ayah dia kata "

arghhh lagi sekali hati aku punah.
sememangnaya sewaktu praktikal dulu
QURRATUN AIN SYIFA"

memang tak lekang dari pandangan ku. 
bila lihat aku bersama si cumel lain mula lah dia menyakat
kami seperti ada chemistry.
walaupun perkenalan kami hanya 6 bulan tapi 
mengenali syifa' seakan sudah lama sejak azali.

sekarang bila aku dapat tahu dia hilang tanpa jejak
tanpa ayah dan ibunya meninggalkan apa2 contact number pada pihak sekulah
aku amat merindui dia. si cilik seakan paham maksud aku.
seakan kami sudah kenal lama.
seakan dia saja yang patut aku layani .

aku merindui dia. amat-amat menghargai. dan merindui.
melihat gambarnya saja sudah getus dihati ini tentang kerinduan . 
apateh lagi bila berjumpa.

juga aku harap 1 hari nanti.
tak kiralah bila masanya. 
aku harap aku dapat berjumpa lagi dengan si cilik ini
aku selalu berdoa moga diri ini diberi kesempatan bertemu dia lagi
aku tak pernah menyayangi seorang budak seperti ini
dan seriusly aku memang tak tahu bermain dengan si kecil molek

tapi since kami diperkenalkan seolah naluri keibuan meruntun senyum *** acehh
dia seperti mengubah aku . hoho 
tolonglah Ya Allah berilah kami kesempatan bertemu lagi.
kerana aku amat merindui anak ini .

anak kecil ini seperti anak ku sendiri.
my adopted kids . please come and see ur mummy syg ...~
mummy dah injured dengan kerinduan ni .
huhu .... 










ps to Encik Mon :
encik ..! sy amat merindui my adopted kids..
sedih sangat sbb kami terpisah . lagi sedih bila dia hilang tanpa jejak
nanti boleh tak encik teman sy pegi cari budak ini?
boleh kan?

sapa2 yang ade terjumpa i bg $$$.
so sila kan ..

....................

Wednesday, October 27, 2010

press conference: STATUS DIRI

   Nafas di tengahari ini terasa sesak.
 Demam yang dah 2 hari ni entah bila akan 
beransur pulih. Tapi digagahkan saja. 
Tatkala malam tadi mendapat bebelan yg sekian suad dari
encik Boyfie menyuruh i pergi ke klinik. haha tapi dengan kedegilan insan ini. 

  

  " Ahhh nanti la dulu" jika beliau tahu pasti di bebeli nya i lagi.



Itu adalah INTRO buat entry kali ini. hehe
okay hi u all kabare? waras opo ora?
haha kalau tak sihat jumpa doktor ya. jgn jadi macam i neh.
degil ++++++++ 

kali ni setelah ramai yang bertanya kan i 
tentang keputusan yang telah di buat. akhirnya ..
i memutuskan untuk menyatakan keputusan itu di sini. 

last day kak fira bertanya, las nite pula Nad dan disusuli oleh Ank Pak Din
gaya bahasa mcm ramai je kan yang tanya.
okay masih blur lagi keputusan ape kan?
nak bagi tahu lah ni . jeng. jeng. jeng.

kalo ade sesape yg terbaca or tahu last month i ade bagitahu kan?
yang i akan melanjutkan aka futher study kat Unisel kan?
dan masa tu i masih confused kan?
dan kemudian i ade delayed untuk register lalu balik kg semula kan?
haaa tahu x?

before i balik Johor i ade pegi lagi sekali Unisel
untuk berbincang dengan officer itu sendiri. i naik office dan tanya 
balik bebtul mengenai everything yang berkait rapat tentang study i tu.
then memula i agree untuk further di sana
dengan result mereka akan send offer letter .
....................................................................................

okay i pun balik lah kg dengan senang hati dan lenang perasaan.
tapi apa yang merisau kan i . seminggu tiada . 2 minggu kemudian pun tiada
offer letter yang telah di janjikan.
day by day i called tanya pasal offer letter, mereka kata in process
dan jawapan yang sama.
sampai sudah ke 3 minggu i tunggu .
di peti pekak **  masih tiada surat dari Unisel.

before this ada baca2 di forum tentang sistem yang amat slow di Unisel
itu adalah 1 of yang buat i rasa confused nak pegi sana
dan ternyata confused yang i alami bebetul melanda diri
slow betul management dorang. 
sampai i hilang rasa kot nak study sana
sampai ke sudah dan hari ini i still tak dapt offer letter dari dorang
bengang x? 

i tak bengang mana sebab mcm ada je benda
atau halangan yang buatkan i tak dapat or tiada takdir di sana.

...................................................................................................

last week i dapat called dari MSU
sebab hari tu bila tengok Unisel slow i try apply MSU ni
dorang offer untuk course yang i apply tu
haha. tak ku sangka cempedak jadi nangka.

bila tengok MSU dah bagi offer letter semalam
check kat website UITM dorang pun ada re-open register till 31 oct ni
wahh excited gila masa tu nak apply
siap plan nak pegi Unit Inovasi UITM terus untuk hantar profile bagai.
i pikir lagi .
i check deeply then teliti bebetul.

tup.. tup re-checked la course UITM. damnnn!
tak de kot course yanh i nak tu
kalau ada pun more to bussiness 
but tiada kearah professional studies or human resource.
aduhhh hampa lagi.

sedangkan ini yang i tunggu2 dari 2 bulan lepas.
tak pe lah mukin tempat i di MSU. dan harap nya
MSU adalah yg terbaik untuk diri ini . haha
belajar kat mana2 sama je yg penting nawaitu tu kan?
dan sume nye terletak pada diri sendiri .


keputusan ini juga di buat dari rujukan 
- website.
- pendapat : cik yah ** my auntie juga kak fira
- serta sokongan dari abah dan mak.


thanks :)


Thursday, October 21, 2010

temui KONKLUSI

Hi morning and very very good morning . Hi juga untuk
sape je including my silent reader. *** perasan je. huhu.
selamat berhari khamis sume. indah nya pagi ni. 

last night kami temui conclusion nya. bahagia. why kami?
encik MON and me so that ia nya adalah kami.

entry kali ini adalah tentang masalah dan ribut taufan yang selamani melanda 
our relationship. kalo ade sesape yang nak tahu. **ade ke yang nak tahu?..
before this everytime nak hangout mesti ade je masalah pasal.
** nak pakai baju ape?
** baju ni sesuai ke ? dll lagi.

so setiap kali nak pegi dating kuar jenjalan ke ape mesti ade je hati yang terluka
*** i lah tu . haha
kerana untuk sesape yang tak tahu. 
encik boyfie i amat la cerewet. espcially tentang dress yang i pakai 
time hangout. haha beliau suka sangat membisingkan diri.
selalu je ayat beliau . 

" blouse tak de ke? dress ni sesuai ke? baju lain tak de ke asyik pakai baju ni je?
sesuai ke baju ni " dll.
naik menggerutu cuping telinga i ni bernanah jiwa. haha
haha tu lah antara ayat yang buat i sakit hati lalu merajuk .
then kadang hilang terus mood nak kuar. adess cerewet amat.
mule-mule i hangin gila then lama-lama sikit-sikit dah boleh adapt dah.

yeeeee.. dgn mengangguk kan kepala i terima. hehe
i tahu dia mahu lihat gf dia pakai lawa-lawa walopon die tak hensem kan? 
so bile di pikir2 balik ini juga untuk kebaikan i . haha
haha. maaf ye kalo encik terbaca. 

then last night kami berbincang mengenai baju lagi .
kerana cinta jarak jauh kami sekarang
ternyata i dah dapat cara nak berwindow shopping sama dengan beliau. 
so dengan itu before i beli baju i akan tanya beliau dulu
kalau beliau suka i akan beli. but how?
senang jeeee...~ 
mule-mule i pegi window shopping kat blog orang or kat fb pun ade
i buat la few selection then bila i nak suruh die pilihkan 
bagi je la link2 mana yang dah select tu suruh die tengok mana yang berkenan.
dan malam tadi die pun rambang mata. 
haha dia kata sume cantik.
i tanya apa yang cantik baju ke model?
haha then jawapan beliau buat i rase nak gigit2 je bantal.
dia kata 2,2 waaaa~ senget.

haha tapi ok je biasa la mata lelaki memang keranjang . opps..
then terbukti cara ini berkesan . die ade la pilih 2 baju yang paling die suka
so i decide ikut taste beliau. ha dah jangan gaduh la pasal baju lepas ni kan?
tak perlu i runsing kan lagi.

haha amik kesempatan lagi . 
i bagi link cotton beads shawl and gipsi yang i inginkan.
i bagi je link kat die . i kata i mau dia belikan.
haha then dia kata ok . ok je lah kan. 
syg awek x?? haha




napa la i tak terpikir cara ni dulu kan?
psstttt ... ~ bila pk balik . 
tak mahal ke buy online? erm rasa nya berbaloi kot. jimat masa
kos penghantaran umpama duit minyak kete lah kan?

so mana-mana butik dan kedai online yang ade jual dress lelawa dan berbaloi
boleh tinggalkan link kat peti pekak i .
tak pun u all yang ade suggestion kedai online yang mengikut taste muda remaja
kalo rajin boleh suggestion kan. u all baik kan? 
kindly leave ur link ok . 

so after this diharap pertengkaran kami tidak melibatkan soal dress lagi 

bai ....~







Thursday, October 14, 2010

contest .update semula.

Malam tadi bosan-bosan pi la window shopping kat belog orang
haha mana nak tahu len pulak yang jumpe. 
so ape lagi dengan excited nya i join contest ni . 
nape i excited? haha secret. haish ape secret-secret ni .

okey i berminat gila nak join contest ni sebab memang i ade
picture2 yang wajib untuk di pertandingkan. dan pic2 tersebut
memang special bagi i. haha 
banyak kot picture kat i-city tu tapi kene pilih la.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

contest I LOVE I-CITY dari Cik Enna Banana kite.
tengok nama pun dah kiut. hehe
okay pic yang i pertaruh kan adalah :


1. PICTURE untuk KATEGORI A = individual punya





2. PICTURE untuk KATEGORI B = crony punya



then syarat yang seterus nya adalah .




 sila create SLOGAN KATA anda paling kretif
I LOVE ICT....................... 

JAWAPAN DARI SY :
I LOVE I-CITY ........ kerana i-city adalah first place kami merakamkan pre-wedding kami di sana. shooting dari 8.30 pm till 2 pagi membuatkan saya betul-betul menghayati erti sebenar keharmonian alam dan menghargai erti pengorbanan masa dan juga lelah kepenatan tiap insan yang kita sayangi di sekeliling kita. dan itu menjadikan saya mencapai cita-cita untuk menyewa rumah berhadapan i-city sekarang. 

okay next rules ialah kene tag 5 orang :
1. Nanad
2. shida
3. Anisah
4. fy

sape-sape yang kene tag xdipakse . hehe i choose random jer. 
ps/ : { Pic untuk Kategori B adalah private pic sebenarnya. so sape2 
yang tak suka dgn pic tu, bole tinggalkan page ni ;) }

so Cik Banana? 
hehe. bai...~











Monday, October 11, 2010

10.10.2010

Hola gud afternoon and happy monday .
day weekday dah kan? selamat bekerja bagi sesapa yg bekerja.
hehe . semalam i kuar ngedate. tp bila malam i jadi rushing nak balik
hoho. bila encik MOn tanya, napa mau balik awal?

i bilang : xmau terlepas mau tengok wedding Dato' Syeikh Muzapar live di TV3
ha amik! punya la semangat kan? 
sampai last turun kete beliau sempat berpesan :
nanti jangan lupa kirim salam same Syeikh Muzapar ye.
*** acah beliau. hehe

dari Subang ke Gombak i sampai rushing-rushing 
juga hampir eksiden punya la nak tengok live di TV 
dan tak mau terlepas. 
sampai je di rumah kak Fira i kelewatan 15 minit
fuhh nasib baik sempat still ada lagi live nya di TV.

hehe sweet dan simple
nama pun PERSANDINGAN KAYANGAN. tak gitu?
ramai orang-orang NASA di jemput hadir
erm then i perhati Dr Halina asyik tersenyum je,
tanda bahagia amat la.
tarikh mereka berkahwin pun cantik 10.10.2010
sempana juga tarikh Datuk Syeikh naik ke angkasa 2 tahun lepas

kalo nak di ikutkan apa yang menarik lagi 
mereka sebenarnya mahu berkahwin 4 tahun yang lepas
tapi kerana punya contract Datuk pospone dolu ....~
juga bibit percintaan mereka selama 8 tahun . wahhh!
harap berkekalan amin.

ni ade sikit pix yang i dapat dari email.
but then ni adalah pix di sebalik tabir outdoor mereka 
di Bukit Broga hari tu. i loike!
dan amat teringin juga. so kepada Datuk "K" i
harap anda memahami maksud tersirat ini . hehe 
tak pe tak perlu wedding besar seperti ini. asal ia nya
penuh dengan kepuasan hati.

---------------------------------------------------------------------





 






 








babai ..~

Sunday, October 10, 2010

mau baby ini

Hi u all happy weekend. huhu
semalam i plan ingat nak balik Bentong umah cousin di sana
tapi macam dah lewat petang je so i pk2 kan balik
tak jadi lahh nampak nya.

nape i beria-ia sangat nak balik Bentong?
yaa cause a lot of kerinduan pada anak buah i 
" Dania. or nama penuh nya Nadratul Dania Sofea. wahh rindu nya dgn si comel ni
erm maklum lah i tak de adik beradik so then terpaksa menumpang kasih
anak sedara sepupu bukan anak saudara sendiri . ehe.

tak pe la Dania mukin tak de rezeki lagi kita mau ketemu
baru hari tu Cik Nurul jumpe Dania sekali. 
tapi rindu nya dah sampai ke hari ni
hoho lagi menggelupur i bila Kak Yully * (mummy Dania, kire zaen i lah kan )
kata  nanti kalo datang boleh pegi mandi kat waterfall sama-sama .
wah rindu nak picnic.
tak pe akan ku sampai jua nanti .

okeh kat bawah ni sweet baby yang i citer kan ni :



ape pun i still akan cari masa untuk jumpa Dania
erm next month maybe. hehe
.............................................................