Thursday, June 30, 2011

Kejadian 23 & 28 June 2011

Celebrating suprise birthday. . . 
Yaaa ampun. Thanks Encik Kekasih untuk segala suprise sepanjang 23 June sebelum dan selepas. Saya sayang awak ketat ketat. Terima kasih jugak untuk those yang terlibat. Suprise party untuk tahun ni simple dan sangat cool. Sangat sangat..

Saya tahu banyak benda yang Encik Mon plan tapi ada je halangan. Saya dapat tahu dari kawan kawan. This year is a last for celebrating birthday secara suprise dan bersama kawan kawan. Beliau kata next year adalah tahun meraikan Hari Lahir dengan cara matang atau erti kata lain dengan cara romantic. What is that? Candle lite dinner baby?Haaa ..

Venue : Kg Melayu Subang
Date    : 28 June 2011
Time   : 8-40 - 11.10 pm

Rasa tak macam terlalu jambu? Haaa
Beginning.. 














I Love You, I Love You I Love You. Damnn I love all of you. Thanks for this moment. 
Malam tu memang terlalu cool gila. Haha saya tahu Encik Kekasih sangat aktif berfikir hingga kedalam tidur beliau tak habis sudah berfikir bagaimana pattern Hari Lahir saya untuk beliau raikan. Lain kali tak perlu pening dan tak perlu ikut request yang saya mahu tu. Ini sangat memadai  dan terlalu memadai. Saya ada kawan baik bersama saya, saya ada awak wahai Encik Kekasih Hati, saya ada bakal bakal jurugambar serta jurumekap mungkin untuk masa hadapan. Terima Kasih kawan kawan, Kekasih Hati. 

* Kenyit mata sikit*  

Opsss ramai orang tanya pasal hadiah. Hihi terima kasih jugak untuk sesiapa yang bagi hadiah. Hadiah dari Encik Kekasih? Hadiah yang paling bernilai, bila saya dapat lihat awak sangat bahagia bersama saya. Cukuplah sekadar itu ;)

Friday, June 24, 2011

Selepas 23 June 2011

Terima Kasih Ya Allah kau panjang kan umur ku hingga 22 Tahun. Kan aku cakap 22 tahun maka nya 23 June semalam genap lah tu kan? Banyak sangat wishes yang aku dapat. Jenuh nak reply walopon hanya wishes seringkas "HB" tapi aku rasa ianya bermakna. Bila wish Hari Lahir ni muncul ramai sangat kawan lama dan kawan baru indirectly kemesraan terwujud. 


Thanks a lot aku sayang korang ;)

Anyway aku sempat copy and paste few of wishes yang aku suka. Antara nya ;)



Aku rasa terharu sikit hasil cakar ayam si Farah ni. Haha memang tergelak besar bila aku tengok. Siap ada bikini bagai. Okay kat sini bukan nak sambung pasal bikini ye. Kikiki. Kan aku cakap tadi aku sayang sume orang. So tak mesti nya aku sayang Fara je sebab mentang mentang dia edit benda alah ni untuk aku. Haha. Cuma around 9o lebih wishes yang aku dapat kat FB yang ni la macam yang lain dari yang lain. Thanks nyah... ;)

Apa lagi? Adaa lagi wishes yang aku suka ..
Yang ni pulak ... Klik image untuk tumbesaran ..


Aku suka gila ayat mamat ni. Sebab? Sebab dia tanya aku "Besday ko ek, Suka tak?" Haha tu ayat yang dia bagi. So at the first aku terus tinggal click "LIKE" je tanpa banyak bicara menandakan aku suka. Hahahaaa... Simple kan? Tapi wishes yang lain tu pun aku suka jugak. Cumaaaaa....

Apa yang tak best nya 23 June time birthday aku tu sampai la hari ni aku demam pulak. Ermm sebenarnya nak ikutkan hati 23 June Khamis tu tak yah la kot aku gi kelas sebab sebenarnya tak mampu dah demam time tu. Tapiii kannnn aku nak tengok reaksi budak kelas and kawan kawan. Dorang happy je hari tu untuk aku so lupa kejap yang aku demam. Haha niat pun dah salah kan? Nak gi MSU semata mata niat lain bukan belajar. So apa yang Mr Arun Lecturer aku berbangsa India tu ajar langsung tak masuk kat kepala hotak. Start 12 malam 23 June tu sms, bbm, pm dekat inbox, dekat wall FB and dekat twitter tak henti henti dengan ringing baru dan notification. Thanks sume.. 

Aku tahu dan aku masih tertunggu ade few person yang termissed wishes kat aku. Hihi bukan aku bajet artis tapi aku rindu dengan teguran korang tu. Dah lama tak contact tapi time birthday pun tak appear. Takpela okay je.Ermmm lagi 1 embah pun tak call aku wish. Hampeh tol and at the last aku call embah tagih wishes dari dia. Wishes dari emak pulak? Cool gila sebab almost 25 minutes mak call aku wishes dengan statement yang sangat panjang. Time hari kelmarin aku rasa ohhh ramai rupanya yang sayang aku. ;)

Kenapa aku demam time Birthday aku tu? Ramai orang kataa alaaaa tak best nya demam time birthday. Jawapan aku simple " Demam nak membesar kot " Kikikiki...

With Love,
Nurul

Kunci punya Hal

22 June 2011

Macamana entah kunci kereta boleh hilang. Dah sehari suntuk kat kelas petang tu nak balik baru perasaan kunci kereta takde dalam beg. Tak de? Hilang okay hilang...! Haruu di buat nya. Paling best sekali time tu juga beteri blekberri putus haid empty terus. Tu memang buat aku tak boleh terima terus. Tekanan tekanan. Betri tinggal 2% cepat cepat aku terus call Karem *bf aku* bagitahu apa yang terjadi. Beliau terkesimaaa sebab memang beliau yang akan bertanggungjawab dalam kebajikan kehingan macamni selalu nya. * Aku bajet lepas aku call dia mesti dia garu garu kepala tanda pening* 

Aku pun pening. Aku terus buat tawaf Sa'ie dekat MSU cari cari kunci sebatang yang hilang tu, tak jumpa jugak. Terus pegi Tesco tanya kaunter barang dia then pergi jugak kedai photostat yang aku pegi dengan Aifaa. Keputusan mengecewa kan. Aku termenung sekejap. Untung time betri tinggal 2% tu aku sempat call Karem bagitahu lokasi babywhite. Meanwhile aku pegi jugak kedai kunci tanya harga anggaran untuk menghidupkan kereta aku kembali. Wtf!! arround RM180 laa kawan kawan. Memang kene akikah duit aku camni gamak nya. Aku lupakan pasal kedai kunci tadi. Then aku teruskan semangat tunggu Karem habis kerja.

6.00 - 10.00 pm
Karem sampai operasi kopak pintu bermula. Memula tadi aku mengharap kunci ada tertinggal dalam kete ke ape. Tapi mengecewa kan kunci comel itu tiada sama sekali dalam kereta. Last solution buat kunci baru. Karem bukak starter bawak pegi kedai kunci tadi RM55 melayang. Karem sempat cakap lain kali duit gaji tu sedekah sikit dekat Masjid. Aku pun rasa macam tu. Dari pagi aku kat MSU sampai tengah malam baru sampai rumah ni sume gara-gara kunci hilang punya pasal. Aku rasa nak putus nyawa time tu. Bila dapat start balik Babywhite aku lega dan sangat menghargai bersyukur sebab aku ada babywhite ;)






Nota Kaki :
Actually ni bukan kali pertama Karem kopak tingkap kereta aku tapi dah berkali  kali. Kesnya sebab aku suka tertinggal kan kunci dalam kereta. So aku anggap memang die dah expert. Syabbbasss bhaiyaaa!


Tuesday, June 21, 2011

Selamat Hari Ayahanda

Selamat Hari Bapa kepada Abah. Saya dah wish secara life after balik keje Ahad tu. But then still rasa tak puas lagi nak wish berulang kali. Hari Ibu kerja, time Birthday abah tu tak balik jugak sebab final exam. Same goes with this Father's Day tetap jugak bekerja dan tak dapat balik kampung. Hadiah untuk abah tetap ada. Cuma tak rasa kepuasaan jer la wish through on phone.

Nurul   : Hello abah. Abah tengah buat apa tu?

Abah    : Tengah baca paper. Nurul ada kat mana?

Nurul   : Ade kat kedai makan baru nak makan.

Abah    : Untunglaa abah makan biskut je.

Nurul   : Cehh nak buat ayat kesian laa tu. Benci..! Abah.. Selamat Hari Bapa,
               Semoga abah panjang umur murah rezeki.. Aminnnn! Nurul sayang abah...!

Abah    : Errrrr.... Ape pulak murah rezeki. Doa untuk diri sendiri la tu. 
               Kalau abah yang murah rezeki Nurul laa yang untung. Ye kann? Haha.

               ( Main kasar abah nih nada berbaur sinis )

Nurul   : Hehe ape pulak..! Hihi tahu tahu je.

Perbualan ringkas ini buat aku sangat merindui abah. Dari kecik abah faham serba serbi sedikit pasal aku. Contoh nya dari kecik lagi abah yang selalu beli kan baju, kasut, abah tahu coklat kesukaan aku. Abah tahu apa nak buat bila aku marah, abah pandai guna pancing yang sesuai bila aku merajuk. Bila besar abah tak malu bila aku minta abah beli kan pad dan semestinya. Abah sangat sinonim dengan anak tunggal nya ini. Sampai sekarang abah juga sangat memahami pasal teman lelaki, pasal apa yang anak nya ingin kan. Paling penting abah orang yang sangat setia dengan aku. Jadi teman lelaki yang baik untuk aku  teman yang penyabar seperti abah, pandai memasak seperti abah. Abah jangan tersedak sedak ye. Hihi ;)


Itu lah abah. Dan hanya seorang abah yang aku punya.






Sunday, June 19, 2011

Budak Baju Biru & Auntie

Rutin hujung minggu kebiasaan bernafas sebagai promoter. Promoter definisi tepat bagi sarang kehidupan aku.. Promoter : 

+ promote lebih kurang + customer buat muka palat - tak kisah = janji dapat payment.

Minggu ni tugas menggairahkan sebagai promoter kotex. Aku tak malu jadi promoter kotex walhal aku bangga sebab bukan kerja yang terkutuk aku buat. Tak mencuri, tak minta sedekah, tak jadi GRO itu dah bersyukur kan? Okay bukan pasal soal rezeki nak cerita sekarang ni. Tapi pasal ini ...

Aku      : Hi miss...! Kita ada promosi tau sekarang.

Auntie : Promosi kah? Apa promosi?

Aku      : Untuk maxi 60 pieces dalam twin pack miss bole dapat 13.80 ringgit
                sahaja. Blaa blaa blaa..

Auntie : Oh saya sudah lama monopos .....

Aku      : Ohh itu macam kahh? Boleh beli kasi anak pakai. Manyak murah tau auntie.

Auntie : Anak saya semua laki laki maa. Itu wife dia pun pregnant.

Auntie itu masih tersenyum manis. Terima kasih auntie auntie bukan 1 or 2 auntie aku alami kejadian yang sama. Auntie bandar nampak terlalu muda dan moden. Oh terima kasih SK 11 berikan auntie ini semua keyakinan. Kerana diri mu begitu berharga.






Friday, June 17, 2011

Unsur Kawan Legend

Ramai kawan baru yang aku kenal untuk semester baru. Alhamdulilah sebenarnya lama dah kenal tapi macam baru nak mula mesra. Lambat betul aku panas enjin nak rapat dengan kawan kan. Ini membukti kan aku sangat negatif dalam berkawan. Bukan apa pengalaman pengalaman banyak ingatkan aku unsur berhati hati. Mereka sume sangat comel pada aku. Welcome kawan. Ekeke. Apa lagi nak cakap? 

Aku bukan lah sorang yang optimis dalam sume hal dan bukan lah yang always negatif. Tapi aku jenis yang takut hilang kawan lagi. Aku tak suka tinggal kawan tapi aku benci kawan yang suka mula buat taik. Biasalah sume orang macam tu. Tapi kannnnn... Once bila dah rapat aku sangat protektif dan baik dengan kawan. Tu sebab aku tak suka terlalu rapat dengan kawan sebab bila terlalu rapat aku takut kehilangan dan aku takut kawan jadi sambil lewa dengan aku. Tapi Insyallah kalau dah aku panggil korang sayang tu memang aku sayang lahh. Tapi kalau aku cakap aku benci korang tu aku pun sayang jugak. Haa camana tu? Kan aku cakap tadi aku sangat takut kehilangan kawan. Sebab perasaan bangsat ni lah aku jadi macam susah nak berkawan. Tapi semester baru ni bukak mata aku yang ramai rupa nya kawan yang baik keliling aku ni.

Hai kawan baru ...! Selamat berkawan. Hai kawan lama......! Kita tetap kawan macam dulu tau. Cuma kekangan putu malai aku jadi sibuk dengan hal sekolah hal remaja dan hal weekend job mencari rezeki. So bukan aku lupa ko atau korang tapi aku busy sikit. Ade yang  mereka tu jangan merajuk ya. Nanti aku sayang korang lebih. Aku tegur yang mana suka mencapap dalam page fb aku tuh. Yeaayhhh disini lah kebaikan mencapap. Errrr mencapap....

Kawan jauhh pulak? Maaf lah kawan korang kawen awal sangat aku belum ade kemampuan masa dan wang ringgit. Ape pun doa dari jauh selalu aku hulurkan. Kawan facebook kawan blogger muahhh sikit? Hihi. Apepun Embah Wedok tetap kawan baik aku. Kawan dari kecik sampai besar. 



*Baru aku sedar aku ramai kawan dan kesedaran ini buat aku kembali bangun*

Terima Kasih Bahagia ;)


Thursday, June 16, 2011

Cuma itu Saja

Siap je lepas buat review pasal KL Gangster tadi nafsu tak puas puas nak kata yang aku nak habis belajar cepat. Mata terkebil kebil aku fikir nak drop ke tak subject English Enrichment kelas petang tadi yang baru sebentar aku masuk. Hati aku meronta nak drop subject tu tapi bila aku refer dekat subject structure keadaan macam tak mengizinkan. That is because kalau aku betul folow structure tu memang dah cantik lah hitung punya hitung degree Human Resources aku hanya 2 tahun 8 bulan sama macam diploma Childhood Education dulu 2 tahun 8 bulan jugak.

Insyallah 2 tahun 8 bulan for completing Degree course without any repeating subject or deffer semester. Aku sangat berdoa elak benda tu sume sebab desprate gila nak habis belajar. So that counting around 2 years to go to complete on this Bachelor level. Fuhhhh!


Semester 3 untuk diri sendiri campur short semester or semester 2 in MSU ade la few of azam yang aku tekadkan dalam jiwa. Hopefully I'm standing to succeed in achieving the goals. Haha ade goal sendiri daaa zaman dah maju. Bukan apa bila kerja part time ni baru aku rasa sendiri susah cari duit so macam tu la yang mak abah rasa jadi taknak lah bazir kan duit mereka macam tu saja. Aminnnn! 


KL Gangster blogger version

First time dalam sejarah Encik Boyfie kasi permission and agreed watched the mid night movie. Hehe ni sume gara KL Gangster punya pasal. Review dari aku cerita ini sangat menarik tak la tertunggu tunggu asyik tengok jam bila nak habis. Starring by Abg hensome Aaron Aziz ecehhh, Adi Putra, Shamsul Yusof dan lain? Kalau nak tahu pegi la tengok. Tak rugi je aku rase.

Habis je KL Gangster tadi si dia dah bising tak sabar nak tengok transformers pulak. Okay bukan pasal Encik Boyfie yang aku nak citer. Tapi aku nak buat review sikit pasal citer ni. Fight action dalam cerita ni memang terbaik la aku rasa. Bagus! What else?

Aku tak berapa minat sangat cerita gaduh gaduh perang perang sebenarnye sebab kadang kadang citer camni espcially citer Malaysia kurang moral dan unsur baik hanya kosong semata. Tapi dalam citer ni berkisar kisah kehidupan Si Malik yang dihimpit kekangan hidup sampai terjebak kekancah kehidupan yang negatif. Aku suka part Adi Putra ade rase belah kesian then bubuh RM50 dekat poket budak jalanan time tidur. Selain tu lawak membunuh Zizan dan Sofi Jikan memang best! Selain itu ianya berkisar tentang,


Kisah bapa dan anak tiri juga berbunuhan sebab sifat tamak sanggup buat apa saja


Seorang abang yang punya kisah gelap masa silam dan akhirnya menjadi penyebab kesusahan hidup berpanjangan. Usaha cuci tangan maksud nya taubat! Taknak terjebak lagi dengan kerja kotor dan duit haram serta usaha memperbetulkan kesilapan adik adik


Memang superbbbb!
Balik terus aku buat review nasib baik besok kelas petang kalau pagi memang cari nahas la jawab nya ...

Friday, June 3, 2011

Duit Kucilan

Sekarang MSU tengah break short sem selama 2 weeks. So untuk few days aku spent dekat Johor bersama mak abah embah. Cuti 2 weeks tapi aku cut dalam 4,5 hari untuk kerja part time dan berehat. Seperti yang sedia maklum aku busy buat part time sekarang. Part time hanya untuk weekend Sabtu dan Ahad sahaja! 

Part time kecil kecilan je ye kawan kawan. Gaji pertama keluar semalam bila sebut pasal gaji ada yang takut nak sebut sebab takut kena pau. Okay abah kata kat aku jangan jadi kedekut nanti duit tu nampak sikit je. Bukan nak cerita pasal kedekut. Tapi aku nak cerita aku dapat banyak gila experience jadi pekerja naik kan self motivated aku untuk belajar sebab baru aku tahu azabnya nak cari wang. Haha gaji pertama memang aku dah niat nak spent sikit untuk famili. So pembuka gaji aku belanja mak shopping and belanja embah makan. Apa orang kata? Ambil berkat kan?


Bukan nak poyo la sebab aku buat part time tak bukan sebab tu. Tapi sebab aku nak nyatakan kepuasan ada duit sendiri dari hasil sendiri walopon ciput je. Part time bukan la sebab aku nak penuhkan keinginan untuk sesuatu tapi cukuplah aku ade duit sendiri untuk shopping, bayar hutang dan duit poket untuk jalan jalan dan yang paling berharga dapat experience bila jumpa macam macam ragam customer.