Sunday, November 20, 2011

Rest in Peace, Bro.

Mata seakan berair hingus seakan meleleh. 2 malam minggu lepas yang sudah tak terbayang bagaimana terkejut nya aku bila seorang ofismate yang semakin rapat telah pergi dijemput ilahi. Beliau meninggal kami ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sesudah selesai bertugas ditempat kerja. Serius aku nyatakan aku masih lagi di dulang terkejut. Tak sangka macam baru seminit lepas kami bergurau sesama tetapi dia dah tiada untuk selama nya. Aku ingat lagi petang hari terakhir dia hulurkan coki coki. " Nah kau nak coki tak? Aku dengan selamba " Nak lah. Bab makanan aku takkan tolak" dan beliau " Amiklah nanti aku takut tak sempat bagi".

Beliau meninggal pada isnin hari 12.40 pagi dekat LDP. Kelibat beliau kami seakan tak percaya beliau tak datang kerja pada Selasa. Aku tengok dalam jadual menyatakan beliau MC. So biarkan lah tak mahu kacau. Rabu time tengah lunch ada orang beritahu beliau meninggal dunia Isnin lepas. Kami yang tak diberitahu dan tak dapat sebarang berita nyatakan beliau MC pada selasa hari rupanya dia dah tiada sejak Isnin lagi. Kami mula rapat dan dia banyak tinggalkan banyak kenangan best.

Al-Fatihah, 





Lepas ni dah takde orang nak tegur eyeshadow aku lagi. Dah takde orang nak ajak aku join game online dan yang paling sunyi dah jarang orang nak bahan membahan. Semuaorang masih terkejut dan redha. 

Selamat tinggal Luigi & Chibi

Buat pertama kali nya aku kena ucapkan takziah pada diri sendiri. Come on Nurul, Come on hidup kena diteruskan. Aku akui kematian yang tersayang berpunca dari kecuaian aku sendiri. Walaupun kecuaian aku sendiri hakikat nya luluh jantung aku, sesak nafas. Last week dalam 13 November aku ikut Encik Mon balik Jengka melawat ayahanda beliau dekat Hospital Temerloh. Kelalaian berlaku apabila aku tinggal kan Luigi dan Chibi dalam kereta sepanjang hari. Bodoh kan? 

End up Luigi dan Chibi mati kepanasan dalam kereta. Serius aku rindu 2 makhluk ni. Tersangat rindu. Antara keletah mereka akan sambut aku bila aku balik dari kerja. Bila aku nagis sorang sorang dalam bilik mata depa dok terkebil kebil tengok aku nagis. Mata aku terus berair bila tengok Chibi dan Luigi selamat meninggalkan aku untuk selamanya. Dari Temerloh sampai KL aku meraung tak henti, Kesian Encik Driver naik kusut beliau tengok aku mendayu berlagu teresak sepanjang perjalanan. Sedihkan?

Sampai KL Encik Kekasih straight kepada Pet Shop dia cari kan Luigi dan Chibi yang baru. Tapi aku tahu sama sekali tak sama. Sekarang mereka yang baru adalah Kiddo dan Luibi. Mereka sedikit gerun bila lihat aku. Tapi diakhir akhir ini wajah manja 2 binatang kesayangan ini seakan mengerti apa yang aku rasa. Mereka seakan faham bahawasanya mereka kena menemani aku dikala Encik Kekasih sangat sibuk dengan tanggungjawab dan type course beliau. Terima kasih sayang terima kasih 2 makhluk :)