Wednesday, March 21, 2018

3 tahun menderita sembelit - Yaya

Its almost 2 tahun lebih anak sulong aku menderita sembelit. This is first entry yang aku bebetul nak update dalam blog aku and why aku teruja nak menaip semula. Teringin aku nak share dekat parents lain perjalanan kisah sembelit anak aku yang sulong ni.

Yaya? Dah bermacam gaya cara ubat kaedah semua ibu dan baba dan ikhtiar. Tapi betul siapa yang berani menidakkan ketentuan Allah,. Hanya Allah je tahu macamana perasaan kami suami isteri bila Yaya dapat kembali buang air besar normal setelah hampir 3 tahun dia bergantung dengan Enima ( Ubat bontot ) untuk berak.

Berak? Anak sembelit? Mungkin ada orang rasa this is the normal thing. Tapi bukan normal kalau anak kau langsung tak boleh berak normal. LANGSUNG TAK BOLEH! Allah sedih nya hati kami bukan kepalang.

Dipendekkan cerita, Yaya just berak 2 minggu sekali sahaja dan itupun dengan bantuan ENIMA. Kalau tidak jangan haraplah. Kami consult ke Pakar Hospital Putrajaya sudah,PPUM sudah,  ke DEMC Shah Alam sudah. Apa yang menyedihkan doctor juga have no idea. Bacaan darah cantik everything was good.

The last doctor we met adalah Pakar Kanak Kanak di DEMC. Masa tu soal ada duit takde duit tolak je tepi, Doctor inform nak consult yaya ke pakar bedah usus. Cuma perasaan sorang ibu je yang paham aku rasa time tu. Again? Kami laki bini pospone til today. Aku berfikir bila doctor explain to us the procudere. Macamana aku nak hadap tak sampai hati, nak check saluran usus? masukkan camera etc. Yaya sayang, yaya kena inject masuk jarum nak on drip pun hati ibu meronta bila tengok yaya nangis tak keruan, prosuder yang ini apatah lagi?

Ibu harap yaya terbaca entry ni bila dah besar nanti.

Putrajaya Doctor advise us jaga diet yaya. Yang mana memang kami dah balance kan diet nya since lepas dia dah makan macam macam. Sayur? Yes. Dah macam vegitarian anak aku. Buah? Prune, Red apple, grapes, haih semua tu memang suamiku tak putuskan stok nya dalam refrigerator, memang selalu ada. No chocolate, ini memang KAMI HARAMKAN melainkan terlepas pandang, As a mother aku siap buat food chart menu week by week untuk yaya, Breakfast menu lain, lunch lain. The result? Still sama. Again? Allah belum izin.

Ada 1 masa, laki aku standbykan stock Prune Innershine tu okay punya nak kasi dia sakit perut berak. Stop susu for long time, replace dengan Meal Shake Shaklee. Replace dengan Soy Mil, Replace dengan Purenat Pure Goat Milk. Besar maintenance tapi Redha ! Again? Allah masih tak izin.

Berlarutan hingga ke 3 Tahun 7 bulan.
Susu? Semua jenis susu dah masuk dalam perut anak aku, dari susu murah ke susu mahal. Lactogen, Dugro, Dutch Lady, Nan Pro, Friso, Novalac IT, Similac, Mamil Gold, susu kambing? Purenat, Habib, Arrayan dll okay kejap lepastu sembelit balik malahan ada tu makin teruk. Allah memang bebetul belum izin,

Minyak? Krim urut? Still same Allah tak izin.

Setiap kali membuang air besar najis memang keras sangat! Kalau baling memang melantun :') nak kata nya najis dia keras dan besar dah macam bola golf takde bentuk. Nangis? Mengamuk? Takut sampai dia dah rela klu kena masuk ubat bontot. Bleeding lubang dubur? Semestinya.
Makan berselera minum air masak banyak, susu pun dia hentam semua susu, Imagine pening nya kepala kami suami isteri ni. Aku sampai tak larat dah nak fikir. Dah puas google, urut pun dah.Pernah sekali memang aku bebetul putus asa.

Last sekali sebagai ibu, aku redha je kalau Allah nak uji kami macamni, Seriously memang redha dan tawakkal. Doa banyak banyak. Sebab ada setengah doctor cakap dikhuatiri usus anak aku problem. Kunci nya? Sabar.

Jangan kecam aku cakap kenapa tak kasi susu badan? Do you know how struggle I am. Finally last week after kami balik dari Travel setelah bermacam makanan dan setelah aku tak larat nak kira hari yaya masih tak berak, as usual so aku terus berdoa,

Allahu! After that, hari hari dia membuang Air besar. No medicine, dengan diet makan tunggang terbalik. Until today dia sudah normal! Perasaan bersyukur tu memang tak henti henti. Allah uji kami, sehingga bebetul DIA Izin.

So yang mana selalu tanya aku? Anak akak minum susu apa tak sembelit? Semua susu anak aku sembelit. Jawapan dia, TRY and EROR. "Anak kita sembelit teruk la kak " Jawapan aku usaha, google cari info, jumpa doktor. Semua dah last nya Tawakal. Jadi jangan mengeluh juga kalau anak kau kaki berak! Good luck parents ! :")




Selamat Pulang CJ

Assalamualaikum

Hi, the last entry was on 2016 hehe tu masa anak aku masih seorang. Now on I have 2 kids. Bila view blog yang aku follow hat lain pun dah jarang update blog. Banyak kekangan nowdays. With a busy life, as a busy moms with two kids, Haih,

Banyak benda nak share tapi nanti kita slow slow keep on update. Even not sure masih ada ke tidak yang follow dan sudi membaca, but kita taip aje la untuk suka suka. Kalau ada senggang masa apa salah nya. Kot kalau terajin boleh dah rasa share parenting tips serba sedikit.

Kisah zaman free mum dah berakhir. Haha dah takde masa nak story mory kisah princess daydream dan labu labi nya. Entah takde la kot. Celik mata kau busy dengan anak, dengan housework, dengan customer ( as I am officially running online bussiness ot almost 4 year bebeh" how the time flies so fast. No wonder Im getting old now.

Nantilah aku share pasal anak anak, dulu rajin la aku type. Now dok busy pasal lagu Ping Fong Baby Shark kat anak anak, zaman Didi and Friends, Supwerwing Robocar Poli tu tahun lepas :') lepastu mood nak nulih di blog pun ke laut.

Haha by the way puas gak aku retry login. Urat dah banyak putus lepas bersalin. So jangan pelik password google blogger aku pun dh lupa. Password email shopping je aku hengat :') Teruk kau kerja perabih duit.

Sesikit minat lama datang. Mode nak ngedit video pun come back. Sorry makcik bawang jangan kecam den. Tahu lah aku tak setanding si cik epal, hanis zalikha dll dalam berblog so sapa nak baca keep follow di persilakan. Kalau tak suka kau scroll je laju laju. Life is too short dont bother with others, Bye.