Monday, May 24, 2010

mengutuk bola-bola api

Kerlingan dari post abg ayie ( salah sorg anggota SPIN) semalam mengingatkan aku betapa jahil nye artis2 yang baru nak up ni. Aku juga turut serta bengang. Tak sepatutnye si Ila dan si Ayim mentor mengkritik dan mengatakan dorang GELI membawa lagu PALING COMeL time perform semalam. Belom jadi arttis tapi dah pandai nak mengherdik lagu artis2 lama.
Tak silap aku lagu tu lah yang membuatkan name SPIN melonjak naik. Tak patut mangkuk berdua ni cakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan betapa ramainye peminat dan pendengar lagu paling comel tu. Time budak2 dulu lebih kurang 5 tahun lepas aku salah sorang peminat fanatik untuk SPIN. Boleh di katakan sume lagu dorang aku hafal termasuklah lagu versi iban yang dorang translate kan. Ini tak harus terjadi. Walaupape pon tu lah orang kata bile cakap pandang2. Aku pasti ramai yang mengutk keras dorang berdua ni protege untuk mus dan joe. Jangan haraplah korang nak dapat undian dan boleh menang kalau sebelum belom bergelar artis lagi dah nampak belang di hidung. Baru ni time kua berkaroke bersama Anoi, Apeng, Wan Syah and En Hanis ku aku memang teringin sangat nak nyanyi lagu2 spin tapi kerana kesuntukkan masa aku batal kan.

Boleh di katakan setiap CD dan movie dar arwah achik aku ada simpan buat koleksi kat rumah. Pemergian ni tak sampai lagi 3 bulan tapi aku rase macam dah terlalu lama die tinggalkan kite. Terbaca pada entry Abg Aie lagi pasal ni mereka berdua iaitu kedua-dua protege kat Fb dari situ memang nampak lah yang ramai sangat peminat setia SPIN berganding bahu mengutuk keras mereka berdua.

Tu lah ko giler??? nak kutuk lebih2 artis2 ni tak pasal2 melayang berpuluh ribu kat poket. Kata-kata ni aku masih ingat lagi dari salah sorang finalis Top Host 2010 ( * aku tak tahu sape name die, tapi memang hensem) time kat AIM baru2 ni. Aku dapat pegi AIM secara live atas pemberian tiket free dari Auntie Fina. Thanks auntie... Post pasal AIM aku akan citer pada next post. Gimik je dulu ni..
Al-Fatihah