Thursday, March 31, 2011

Peti Pekak

Embah pernah panggil " Ohhh Peti Pekak!" .. Nama yang cukup unik. Bila aku terlihat peti pekak itu perasaan rindu pada embah tidak terubat tanggung nya. Terasa rindu makin menjadi. Peti pekak ingat kan aku pada embah lanang. Okay siapa si pekak yang embah maksud kan itu?Peti pekak itu adalah ini .



Peti pekak yang embah maksud itu juga datang pelbagai jenis. Dan walaubagai mana pun jenis itu ia tetap embah panggil peti pekak.



Tiada telinga tiada cuping. Pekak bukan? Okay itu alasan embah. Kerana peti pekak ini buat aku rindu kemesraan beliau. Aku tahu aku jarang di  samping embah kini. Tapi doa untuk kesejahteraan nya, kesihatan nya sentiasa mengiringi hari hari embah. Aku juga berharap jika embah tahu entry ini pasti hati embah tertambat ;)