Wednesday, July 27, 2011

Kisah Budak Rumah

Aku berprasangka ada seseorang yang mengapi kan yang memutar belitkan cerita memfitnah aku perempuan itu beritahu itu ini pada kau menidak nidak kau mecela aku yang bukan bukan. Hanya kerana akutakmahu tolong dia. Perempuan tudung litup itu beritahu macam macam. Aku rasa dia yang jahat. Sepertimana yang aku faham dia di beritahu oleh seseorang juga yang bertudung litup bahawa aku ini memburukkan burukkan kawan sendiri *she* aku dituduh seperti aku ini seorang yang terlalu jahat.

Kau tulis dekat wall fb selepas aku minta penjelasan kau. Kau maki aku kau keluarkan ayat ayat hina. Tak baik lah kau buat kawan kau macam ni. Sekurangnya kalau kau tak anggap aku kawan kau. Sebagai perempuan malu lah sikit kau mencarut kau sebut kemaluan perempuan kemaluan sendiri kau mencarut itu ini tak malu? Aku tak tahu kalau statement yang kau tuju tu benar kau mahu lakukan. Kau kata kau mahu tampar perempuan ini kan. Ya aku tunggu.

Aku tak salah dan aku tak takut. Sebagai insan aku hanya tersenyum lihat gelagat anjing anjing baik berlitup atau berpura pura bagus. Aku baca status kau dekat Facebook dan aku ngerti segalanya. Kalau dah memang jalang si jalang lah.

Cukup lah cukuplah cukuplah.

Tuesday, July 26, 2011

Jakun

Currently aku menaip dari dalam kelas. Condition yang bagus yang enak yang selesa. Kawan kawan yang happening serta gojes instructor mengiringi perjalanan hari hari dalam  training. Even banyak gila perkara melanda walhal aku makin benci menanggap tuan rumah sewa yang lama adalah seteruk teruk insan serta penghuni nya.

Erm eksaited nak cerita untuk 11 hari training menjadi TM Unifi Centre (TMUC) sangat seronok. Dan aku harap seronok ini berkekalan. Apa cerita MSU ya? Aku rindu MSU tapi hati masih berbelah bagi. Abah kata aku kena ada pendirian yang teguh. Mungkin cantas segala yang menghalang itu jika perlu.

Selasa hari ini hari kedua, sedikit penat tapi juga sedikit bahagia. Memandangkan aku terputus bekalan internet dirumah sewa jadi rindu dendam untuk menaip aku lepas kan dekat kelas. Kelas UNIFI duduk didepan PC tak sah la kalau takde internet. Kikiki.
Dekat dalam kelas TM block lama sosial so aku puasa FB ;)

Friday, July 22, 2011

Pasal Kawan

Tak baiklah kau buat kawan kau macam tu. Aku selaku minah hati fragile nak kasi tau sikit. Kawan memang la kawan tapi tak semestinya kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa baik baik bila dekat korang. Bila jauh jadi diam. Itu adalah perkara paling sunyi.

Apalagi? Selaku minah hati fragile jugak nak kasi tau tak baik kau bermuka muka. Aku paling benci benda ni. Kusut terus kusut tapi bukan kusut sebab kawan lagi. Aku tak suka budak rumah aku. Ni statement last pasal budak rumah before aku blah dari rumah ni. Aku dah kerja dah takde masa nak fikir pasal orang yang suka buat aku sakit hati. Moga Allah balas apa yang korang buat kat aku. Aku nak rumuskan korang tu bukan specific dekat budak rumah aku je tapi buat kawan kawan yang ada ciri ciri di atas. Aku penat dengan perangai minah minah sopan camni tapi tak perlu aku kasi tau 1 dunia. Tapi ni dah kira macam aku kasi tau la kan?


Bila kita buat baik dengan orang, Allah pasti balas baik dekat kita.

Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulilah

Secara official nya  aku nak beritahu aku diterima menjadi salah seorang staff dekat TM major untuk UNIFI Department. Alhamdulilah Allah permudah kan jalan untuk aku terus bernafas. Erm pagi tadi aku keluar dari rumah berbekalkan sedikit restu dari suami. *Woahhh* gelabah la kau minah. Pembetulan bukan dari suami tapi dari kekasih hati. Ade la berbekal sikit restu tu walopon aku mengamuk sebab dia tak dan nak amik cuti untuk teman aku.

Okay bukan restu dia la sangat pon tapi restu terbesar dari mak abah dan embah. Interview di pagi hari quite so great. Aku terhibur dengan interview tu. Interviewer mereka sangat sempoi ye kawan-kawan. What else? 1 malam aku prektis cakap omputeh dalam bilik. Dalam area pukul 1 cenggitu done for interview straight balik rumah. Petang lepas asar baru je nak tidur TM call bagitau aku diterima. Woahhhh aku tak tau apa perasaan hebat aku rasa time tu. Sebab sebenarnya aku memang sangat eksaited nak nak kaki internet macam aku memang rasa tertarik la bila dapat kerja dengan company internet terbesar. 



Gelabah kan bunyi nye? Aku pun rasa entah pape entah. Heh.

Alhamdulilah alhamdulilah and alhamdulilah.
Terima Kasih Ya Tuhan. 

Tuesday, July 19, 2011

Juvana Perasaan

Belajar berani buat keputusan adalah sesuatu yang mencabar dan berani mengambil risiko. Bila aku rasa diri dah semakin dewasa aku kena faham setiap jalan yang kita pilih buruk  baik nya bersedia untuk terima sebarang risiko. Tabah kan hati dan jangan putus asa itu salah satu perkara untuk berjaya. Ya mungkin. Mungkin rezeki ada kat mana mana. Jika itu yang terbaik aku akur. Terima kasih untuk sesuatu. Terima kasih untuk seseorang. Seseorang yang aku tak tahu siapa. Saat getir ini yang aku sendiri tak tahu apa perasaan sebenar aku. Seperti nya aku macam tiada perasaan. Perasaan atas sesuatu seperti putus di tengah jalan. Ini bukan hal percintaan. Oh tidak sama sekali tidak.

Jangan tanya aku sebarang soalan berat berat. Seperti, " tak rugi ke?, so lepas ni nak buat apa?" soalan itu mungkin amat mudah bagi dewa dewi yang punya jalan tersendiri. Tapi bukan aku. Aku tak mampu menjawab soalan pro dan kontra ini. Ada bilangan yang setuju dengan keputusan aku itu. Terima kasih aku sayang ayat bunga bunga dan pengalaman hati buat siapa yang faham. Ini kehidupan nama nya. Kerana itu pengalaman cikgu yang terbaik.

*Speechless*

Thursday, July 14, 2011

sedar sedar angan

Situasi dimana aku sangat stuck berkerjaya. Berkerjaya yang aku maksud kan aktif berfikir. Mana tak nya aku rasa ada la dalam 2, 3 hari kelas yang aku tak masuk last week dan 1 hari punya kelas untuk this week. Mengakibatkan aku sangat sangat bersituasi dengan kertas mc dan buku. Aku rasa macam baru je sikit kelas tak masuk tapi dah buat semua nya jadi tunggang langgang. Mana tak nye ade test (+) assignment mengejut. Moral of the story : Jangan ponteng kelas. Rugi rugi.

Selain itu untuk kali yang ke berapa entah LOAN PTPTN aku kene reject. Aku tak tahu apa lagi masalah yang tak kene dengan Management tempat aku mengaji sekarang. Dan aku pun tak tahu sampai bila kena tunggu. Aku re-appy MARA. Tapi sekadar apply sebab aku tak expect too much untuk dapat. Ade rezeki ade la. Akibat nya abah as a Gabenor beso sentiasa dalam mode stand by. Pernah sekali bila aku tengah berduit aku selalu terbayang muka abah aku as a Gabenor dekat wang kertas tersebut. Banyak kejutan sepanjang tahun ni.

Apa lagi kejutan selepas ni?

Monday, July 4, 2011

Bila Anjing makan durian.

Ade sorang bekas kakak rumah aku ni maksud aku rumah sewa. Dia sudah berpindah sebab nak kahwin hujung bulan 7 ni. Maksud nya bulan 6 bukan terakhir dia sewa rumah ni. Dan dia merupakan generasi orang lama terakhir yang tinggal kan rumah aku ni. Apa yang aku nak kata pasal kakak ni? Dia seorang kakak yang sangat menyusahkan orang. Kahwin pun menyusah kan orang tak kahwin pun menyusah kan orang. Kenapa aku cakap camtu?

Dia adalah seorang yang suka buat aku bergaduh dengan budak rumah lain pada mula nya. Dia jadi sakit hati kalau ada budak rumah yang baik sesama budak rumah. Pelik tak? Aku dapat rumah ni dari Mudah dot My masa aku terdesak nakkan rumah time konon nak register dekat Unisel pada mula nya. So aku bantai sauk je la bila first time aku dapat rumah ni. Mula aku tak tahu perangai dia yang macam celaka tu. Sampai la bila nak keluar rumah kerana nak berkahwin still macam celaka. Apa yang celaka nya?

Okay cerita nya bermula pabila sedikit demi sedikit bila kami bangun dari tidur barang barang rumah hilang di angkut leh Si Kakak tersebut. Dia bawak barang barang dan di bawa pindah ke rumah yang bakal dia duduki selepas berkahwin. Dia bawak Tv rumah, Dia bawak rak rumah, meja yang sudah beranai anai, rak kasut dan ampaian yang hampir roboh dan akhir sekali dapur serta gas nya. Okay yang paling aku tak boleh terima dia bawak dapur gas itu sangat bangsat bagi aku. Dan televisyen yang hanya separuh gambar nya. Itu semua adalah barang rumah. Kau rasa itu patut tak? 

Tu sebab aku kata tak kahwin menyusah kan orang kahwin pun menyusahkan kan? Supo bangsat. Hello lelaki kepada bakal suami kakak ini takkan takde rasa ego dan malu. Kau makan dan kau  tonton hiburan dari barang barang budak rumah sewa bini kau. Ape? Kalo itu pun kau tak mampu dapur gas pun terpaksa mengemis tv pun kau terpaksa rela kan bini kau mencuri baik jangan kahwin baik jangan. Kau nak kahwin nak mulakan hidup baru tapi kau buat orang menyumpah seranah buat orang marah membabi buta perkahwinan kau. Kalau bercerai baru nak sedar kah? Yaaa ampunnn gram nya aku. Haha.Eh kau kakak? Macam tak layak di panggil kakak. Apa pun kau memang haram jadah serta bangsat. Tak tahu malu.