Tuesday, July 19, 2011

Juvana Perasaan

Belajar berani buat keputusan adalah sesuatu yang mencabar dan berani mengambil risiko. Bila aku rasa diri dah semakin dewasa aku kena faham setiap jalan yang kita pilih buruk  baik nya bersedia untuk terima sebarang risiko. Tabah kan hati dan jangan putus asa itu salah satu perkara untuk berjaya. Ya mungkin. Mungkin rezeki ada kat mana mana. Jika itu yang terbaik aku akur. Terima kasih untuk sesuatu. Terima kasih untuk seseorang. Seseorang yang aku tak tahu siapa. Saat getir ini yang aku sendiri tak tahu apa perasaan sebenar aku. Seperti nya aku macam tiada perasaan. Perasaan atas sesuatu seperti putus di tengah jalan. Ini bukan hal percintaan. Oh tidak sama sekali tidak.

Jangan tanya aku sebarang soalan berat berat. Seperti, " tak rugi ke?, so lepas ni nak buat apa?" soalan itu mungkin amat mudah bagi dewa dewi yang punya jalan tersendiri. Tapi bukan aku. Aku tak mampu menjawab soalan pro dan kontra ini. Ada bilangan yang setuju dengan keputusan aku itu. Terima kasih aku sayang ayat bunga bunga dan pengalaman hati buat siapa yang faham. Ini kehidupan nama nya. Kerana itu pengalaman cikgu yang terbaik.

*Speechless*