Thursday, June 7, 2012

malatian

Selalu sangat aku taip entry nages nages since Arwah Embah Wedok pegi tinggalkan aku. Dan berkepuk entry dalam hati untuk arwah Embah "Putri" sahaja. So kali ni aku nak cerita pasal embah lanang "atok" pulak. Sebab after 40days arwah embah takde so aku antara peneman setia embah lanang. Ehem ehem. Oke cerita nye begini.


Disuatu pagi yang damai berjemaah.
Macam biasa embah lanang akan siap siaga nak ke kebun. Tapi haritu rutin dia lain dikit. Pagi semasa siap siaga dekat garaj kereta, embah lanang kena gigit semut yang banyak. Anda tahu MALATIAN? malatian adalah kejadah pembasmi & pembunuh semut ala ala racun semut camtu. Aku nampak embah lanang ambil malatian tersebut dan tuang masuk kedalam tong racun. Terus diracun sisemut guna tong racun selepas tu. Kengdian... 


Aku nampak embah lanang keliling rumah sembur malatian. Okeh kira baiklah tu.  Tapi jangan kau tak tahu bau MALATIAN pheww~ Tuhan saje yang tahu. Sebab bau racun serangga tersebut boleh buat kau sakit dada, meremang bulu roma dan pening kepala. Kuat & busuk amat. Lagi? selepas habis sekeliling rumah siap diracun semut, embah start engine kereta dan berlalu pergi. Aku yang senang hati lepas main buai & siram pokok bunga lalu masuk rumah.


Astaga! Okeh yang ini osemm. Bila aku masuk rumah rupa nya kat dalam rumah pun embah racun malatian sekali guna tong racun. dan dan habis satu rumah berbau racun serangga. sampai ke kaki sofa, lutut peti sejuk sume. Embah embah. 1 je, lelaki memang tak particular bila dia meracun rumput or semut, or rumah. Betul tak? 


Bile malam menjelma aku berhempas pulas mop lantai 1 rumah. Embah tanya, kenapa Nurul mop 1 rumah ni? Jawapan aku mudah " Oh Air sirap tertumpah tadi embah"! Sambil senyum garu garu kepala.