Ini normal post dan entry pertama 2014. Mungkin sedikit simple tanpa rasa keraguan dan ada keyakinan untuk kembali bertatih. Hari ini sudah 02022014. Bila umur makin meningkat kena sedar jangan tidur lagi.
Kena sedar yang pergi terus pergi. Bila umur makin meningkat kena sedar amalan belum banyak lagi. Bila umur makin meningkat kena sedar bila bila saja akan dijemput ilahi. Bila umur makin meningkat aku menghitung hari tanggungjawab dikanan kiri sedikit masa lagi hampir bergelar isteri pada si kekasih hati. Bila umur makin meningkat kena sedar segalanya.
Kalau ada rezeki panjang umur mahu hidup dengan tenang. Tinggalkan kekusutan lama. Tinggalkan semua yang tiada kenang jasa, kenali aku tanpa tiada rasa apa. Tinggalkan mereka yang panggil pulang bila perlu pertolongan. Tinggalkan sebuah komuniti yang mungkin masa kecil pandang aku hanya picisan. Bila besar sudah faham hidup didunia susah rupanya. Banyak masalah kena hadapi dengan berani. Hati kena kebal tak bole mengamuk hentak kaki, Walau terkadang bila runsing tertarik muka tanpa fikir orang sekeliling. Biasalah ini hidup bukan permainan dalam game.
Mungkin orang buang aku tanpa belas kasihan. Tapi kena ingat suatu hari Tuhan tanya apa tanggungjawab yang kau dah tunaikan. Kita insan kena hidup dengan buat kebaikan. Kebaikan tak boleh pilih bulu, kalau aku bukan anak aku bukan cucu tak semestinya aku tak layak kau nak bantu. Tapi terpulang. Nanti Tuhan tanya bila kaki nak melangkah ke Syurga sebelah kaki arah neraka. Mungkin Tuhan akan tanya, macamana hubungan kau sesama manusia? Dengan anak dengan bapa dan dengan bonda? Ada tak kau hanya pentingkan isteri sahaja selama hidup didunia? Sekarang didunia mampu kau berlagak semuanya beres. Di akhirat belum tentu lagi.
Aku mungkin anak yang baik. Tapi dulu kau insan yang aku tabik. Mungkin sebab kau sering bagi aku wang ringgit. Kalau kau rasa kau baik sangat mampu tolong semua orang kenapa dengan aku kau susahkan lagi tidak kau segera kan. Rindu aku tukar jadi benci. Kau bukan mithali tapi kau macam tahi.Biar orang pandang aku buruk asal kau nampak suci. Ini mainan duniawi. Biar orang nampak kau baik sebab kau ustazah tapi kau biar orang nampak aku macam sampah dan mentah. Biar ini hukum duniawi orang selalu kata yang tua harus dihormati. Aku rasa ayat itu lucu. Sebab macam tak layak untuk kau yang seperti itu.