Monday, May 11, 2015

Carrier (SSC) yang sesuai untuk anak anda?

Assalamualaikum.

Harini saya nak share kan beberapa infographic yang saya dapat dari Group Malaysian Babywearing berkenaan dengan carrier yang selamat, ergonomic dan sesuai mengikut peringkat umur. Dulu sebelum join group ni bagi saya carrier yang ada jual dekat mall, kedai kedai baby or online seller sume sama aje. Actually rupa nya tidak sama sekali. Ini beberapa faktor tentang apa yang saya katakan tadi :

1. Faktor Keselamatan
Ramai sangat orang terlepas pandang tentang keselamatan anak anak yang dikendung. Bagi saya, beli lah carrier yang selamat dan utama kan keselamatan. Ada beberapa kes yang terjadi, kendungan or carrier semasa diguna buckle patah, jahitan nye tetas. Just imagine, anak anda terjatuh semasa di dalam kendongan dan mengalami kecederaan yang serius. Jadi pilih lah carrier yang dijamin selamat. Jangan beli fake carrier. Please say no no and no to fake carrier ya mommies. Takpe invest duit lebih sikit or menabunglah untuk babygear yang selamat. Kalau anda kurang berkemampuan untuk beli babygear yang selamat bolehh guna kain batik.

2. Ergonomic
Guna la carrier yang ergonomic. Selesa untuk penggendong dan si kecil yang dikendong. Tak sakit badan dan bahu bila dikendung. First time mak saya lihat, saya menggendong anak dia kata " Kesian nya kendong anak kecil" Saya senyum aje, bila di kata ergonomic sakit badan or sakit pinggang sebenarnye takde pun. But ini dua puloh sen saya saja ye.



Credit to BabyVibes





Kat situ terang terang ada bagitahu Unsafe Carrier adalah Fake Carrier and Baby bag. Jadi elakkan lah. Memang barang yang fake selalu murah tapi kalau nak dibanding kan pada nyawa anak yang tiada nilaian nya. Yang ni contoh baby bag :


Penggunaan baby bag ni boleh menyekat pernafasan baby dan mengakibatkab baby sukar bernafas serta lemas. Saya beritahu elakkan pengunaan fake carrier kerana sebarang kemungkinan terdedah pada risiko merbahaya boleh terjadi. Contoh nya anak anda bole terjatuh dari carrier akibat buckle patah pada fake carrier dan sebagainya.

Untuk non ergonomic carrier dah terang terang tak recemonded. Kenapa ya?
Sila refer pada info graphic ni .


Infographic dekat atas ni merujuk pada hip seat. Sila elakkan penggunaan hip seat kerana penggunaan hip seat seperti memaksa baby untuk duduk. For infant biarlah dia naturally duduk dan ade bentuk C Curve bukan memaksa mereka duduk. Bukan kah seakan menyeksa? Sebenarnya harga kebanyakkan hip seat lagi mahal dari ssc ( Soft Structure Carrier) Jadi, buatlah pilihan yang tepat.