Tuesday, September 25, 2012

hero mama

Budak ini tak kuat tidur, ada tenaga yang banyak entah macamana dia sedut dari mane tenaga yang banyak. Yang bagus nya langsung tak cengeng. Bila berebut barang langsung tak menangis. Tabah budak ni. Yang paling best dah macam Super Duper Sayaaaa! Yang macam goku tu. Haih hebat hebat. Selalu je aku dengar mama dia cakap "

  " Imran, budak kecik kena banyak tidur kalau nak buleh ke cerdik"

Lebih kurang macam tu la. Handsome budak ni. Ligat semacam. Terhantuk berdarah darah pun sekejap nya nangis nya. Memang independent habis. Tu lah kelebihan Early Childhood Education zaman belajar dulu. Imran, imran. Rock habis macam mama dia, ala kira kakak aku ler. Haha. Yang best dia memang ligat macam auntie Nurul dia. Ligat berjalan + merayap. Awal awal lagi mengaku. Tak malu tahap tabik spring betul. I love you lah si kecil hansome ni.


* Cukup serius tak?*


Insan kecil ini jugaklah insan comel kedua yang berjaya buat aku berubah dari seorang yang kaku dengan budak budak tapi menjadi sangat dedikasi bila bermain dengan budak. Dari sebelum tak pandai langsung layan kerenah anak kecil kepada wanita comel sedunia yang suka kan si cilik. *perkataan comel tu? Puuuiii~* Siapa insan yang pertama?Else?

Sebenarnya dulu budak kecil yang tak comel dan suka nangis dimata aku, aku rasa sangat annoying. Senang kata dimata aku susah sangat nak nampak baby dan toodler adalah dari golongan yang comel. So bila aku rasa bila budak tu comel baru aku suka tengok. Tapi suka tengok je. Bila aku kenal Jiha dan sekarang aku sangat rindukan Najiha. Jiha, cik nurul sangat rindu kakak. So boleh dikata Jiha budak pengubah persepsi aku pada budak budak. 

Bila ada Imran ni terubat rindu pada Jiha. I love both so muchhhoo. Cepat besar ya sayang. 


Sunday, September 23, 2012

Separuh Aku




Dan terjadi lagi
kisah lama yang terulang kembali
kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani

Aku ingin kau merasa

kamu mengerti aku mengerti kamu
aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku

Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Ku ada di sini

Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu
Didekatmu saat engkau terjatuh

Dengar laraku

Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku
menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
karena separuh aku dirimu

  
****
 Untuk seseorang yang manis, seseorang dalam sesuatu.
 Seseorang yang adakala yang menyakitkan hati
 Yang menjengkelkan.
    

Monday, September 17, 2012

Kakak

Sudah hampir 4 tahun lebih keseluruhan ini setiap kali aku buntu, dan kadang kala jiwa tak rasa tenang ada juga tahap hati merintih kesedihan pasti kakak yang aku cari. Terkadang kalau dulu ada arwah embah tempat renjis renjis air mata. Tapi berbeza kini dalam diam dan tanpa sedar kakak insan yang paling tabah mendengar bebelan ini. Kakak selalu membebel kalau aku degil dan tak reti serik soal kawan kawan. Kakak selalu nasihatkan disaat sedang buntu. 

Dari kakak belum kahwin, perut kempis sampai lah perut dia buncit dan keluar baby itu lah kakak yang aku ada. Kalau dulu zaman belajar kakak selalu nasihat dan membebel soal kawan kawan sebab kakak tak mahu aku terlalu mengalah. Walaupun kakak bukan kakak sedarah sedaging tapi keakraban kakak dan aku lebih dari itu.

Terima kasih kakak! Kakak untuk 4 tahun dulu dan kakak untuk selama nya. Amin.





 

Friday, July 27, 2012

Embah !

Salam ramadhan. Semalam memory card android aku rosak. Habis kena format balik semua benda. Aish! Mula mula aku rasa nak menangis tapi at last aku kena faham kalau aku menangis pagi pagi buta pun sebab memory card semua dah terlambat. Cuma gugur kejap jantung aku bila keluar dekat screen "your SD CARD damaged to continue please format it". Mak aih. Tapi ape pun aku mesti cari sofware yang boleh dapatkan balik semua gambar gambar dan video yang hilang dekat dalam memory card tu. Nak cari sekarang belum ada kesempatan lagi. Yelah balik kerja dah penat, malam aku tidur awal.

Hati aku hancur sebenarnya. Teknologi semasa dah hancur kan hati aku. Habis semua gambar dan video terakhir arwah embah hilang. Aku jenis suka rakam setiap benda yang arwah embah buat. Termasuk lah gambar gambar terakhir detik pengebumian. Tapi semua tu dah tak ada dengan aku sekarang. Termasuk lah video terakhir time arwah embah dan aku nyanyi sama sama. Lagi gambar 3 hari sebelum dia jatuh sakit. Tuhan. Dugaan apa lagi ni? 

Thursday, June 7, 2012

malatian

Selalu sangat aku taip entry nages nages since Arwah Embah Wedok pegi tinggalkan aku. Dan berkepuk entry dalam hati untuk arwah Embah "Putri" sahaja. So kali ni aku nak cerita pasal embah lanang "atok" pulak. Sebab after 40days arwah embah takde so aku antara peneman setia embah lanang. Ehem ehem. Oke cerita nye begini.


Disuatu pagi yang damai berjemaah.
Macam biasa embah lanang akan siap siaga nak ke kebun. Tapi haritu rutin dia lain dikit. Pagi semasa siap siaga dekat garaj kereta, embah lanang kena gigit semut yang banyak. Anda tahu MALATIAN? malatian adalah kejadah pembasmi & pembunuh semut ala ala racun semut camtu. Aku nampak embah lanang ambil malatian tersebut dan tuang masuk kedalam tong racun. Terus diracun sisemut guna tong racun selepas tu. Kengdian... 


Aku nampak embah lanang keliling rumah sembur malatian. Okeh kira baiklah tu.  Tapi jangan kau tak tahu bau MALATIAN pheww~ Tuhan saje yang tahu. Sebab bau racun serangga tersebut boleh buat kau sakit dada, meremang bulu roma dan pening kepala. Kuat & busuk amat. Lagi? selepas habis sekeliling rumah siap diracun semut, embah start engine kereta dan berlalu pergi. Aku yang senang hati lepas main buai & siram pokok bunga lalu masuk rumah.


Astaga! Okeh yang ini osemm. Bila aku masuk rumah rupa nya kat dalam rumah pun embah racun malatian sekali guna tong racun. dan dan habis satu rumah berbau racun serangga. sampai ke kaki sofa, lutut peti sejuk sume. Embah embah. 1 je, lelaki memang tak particular bila dia meracun rumput or semut, or rumah. Betul tak? 


Bile malam menjelma aku berhempas pulas mop lantai 1 rumah. Embah tanya, kenapa Nurul mop 1 rumah ni? Jawapan aku mudah " Oh Air sirap tertumpah tadi embah"! Sambil senyum garu garu kepala.



Sunday, March 11, 2012

Mp3 hari ke 28

Dulu masa ada duit gaji untuk bulan terakhir bekerja aku ada nazar nak beli kan arwah embah wedok *nenek*MP3 sebab dia selalu mengadu dia sunyi bila embah lanang *datuk* ke surau. Jadi aku belikan lah dia Mp3 dengan harapan dia takkan sunyi lagi. Aku plan nak masukkan segala jenis surah surah dan ayat kalimah Allah agar dia boleh dengar dan hafal. Sebab dia juga selalu mengadu pada aku yang dia tak reti membaca. Terutama nya baca al-quran. Selama ni surah yassin arwah embah banyak hafal. Jadi antara motif aku untuk dia hafal juga secara tak langsung supaya dia tak perlu membaca.

Tapi hajat tu tak kan kesampaian lagi. Aku tahu hajat tu tak kesampaian sampai bila bila. Bila aku keluarkan status sedih pasal arwah embah bukan bererti aku tak redha pemergian dia.  Aku sedih bukan tatkala aku masih meratapi pemergian dia, tapi setiap perkara yang aku buat selalu ada berkait pasal dia. 

Dulu bila abah tanya, Nurul nak pergi mana? Aku akan jawab " Pergi rumah embah" but now bila abah tanya lagi jawapan aku akan bertambah 1 perkataan " Nurul nak pergi rumah arwah embah" means that Kubur. Hari hari aku hubungi arwah embah, nombor yang sama henpon yang sama tapi ia sudah tiada jawapan lagi untuk selama nya. Kalau dulu bila aku sunyi bila aku tak pasti betul atau tidak tentang suatu keputusan aku rujuk pada arwah tapi sekarang aku hanya berdoa embah datang dalam mimpi bagi petunjuk untuk sesuatu keputusan. Aku menangis sekuat perasaan. Bila bangun dari tidur baru aku sedar embah dah tinggalkan aku untuk selama nya.

Embah, missed call pengubat rindu. Bila Nurul terlalu rindu kain batik yang embah pakai sehari sebelum embah tinggalkan Nurul, Nurul cium erat erat. Nurul takut nak guna bantal yang masih berbau embah takut bau nya hilang nanti. Nurul tahu Embah Lanang pasti sunyi tapi jiwa dan raga tak mampu berkata embah sendiri mengerti keadaan bagaimana. Malam ni hari yang 28 Embah tinggalkan Nurul. Ya Allah sebak rasa nya tak tertanggung perit nya. Duka bertambah kenapa semua nya berlaku dengan pantas.