Saturday, May 17, 2014

Marakesh Kg Baru

Hi,

We may choose what we want to eat for everyday. But the most and far most we also can decide either to change our taste. Arab Moroccan Taste or in Malay word's Restoran Makanan Arab Morocco together with Iranian Food. Since hubby is food appetizer so he have to choose different culture food after work. Me? Yes as usual 'I will follow you!" Same as Digi slogan.

Kampung Baru Location. Nearby TH SELBORN Building. I have to try their Chicken Beriani Rice. Big size of quantity. If you're not really sure about the drinks better ask them. For me, the drinks a bit different taste with our Malaysian tongue. Exact opening hours I'm not so sure but as we come as earliest by 6 pm they have prepared everything to serve customer.

Hubby was trying Shawarma chicken. It's so delicious! I assured that you may like it. All of this because of Food Network Asia influences. OMG! I may repeating taste here after delivered the baby.The price are reasonable. A lot of interesting food here but I have worried for if it will harm my little caliph in tummy. See you again Marakesh !







Peram

Assalamualaikum,

Hello. Eceh ! If I'm not mistaken this, would be my second entry in 2014. Alhamdulilah azam baru, semangat baru, dunia baru, journey baru dan orang baru! Sebelum tu fuhhhhhhhhh, feeling feeling hembus habuk sikit bajet berhabuk.

Alhamdulilah again, seribu satu kesyukuran, pengertian, rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Bermula tangunggjawab baru, pada 08 March 2014 telah sah di ijabkabul kan dengan seorang yang berhati mulia. Ye! Sila meluat. Saya memang seorang yang sangat suka puji suami tinggi melangit.

"Bila awak jadi seorang perempuan kemudian datang seorang lelaki melamar dan ajak berkahwin" Sila jawab apa awak rasa? Rasa yang pertama, awak akan rasa bersyur dan percaya Allah itu selalu bersama awak. Dia hantar seseorang masuk kedalam hidup bersebab. " Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya".

Wanita, bersyukur lah kalau ada seseorang mahu jadikan awak isteri. Itu bermakna, dia bersedia tanggung dosa awak, bersedia jadi kawan awak siang dan malam, kawan gaduh dan kawan baik, jaga awak bila awak sakit dan yang paling penting dia bersedia jawab soalan di Padang Masyar bila Allah tanya segala nya pasal awak. Suami bukan hanya suami, suami adalah orang yang Allah amanahkan untuk dia jaga awak, dan awak lengkapi hidup dia, susah dan senang serta jangan pernah mengeluh jika kurang lengkap benda yang awak mahukan. Percayalah Suami selalu cuba sebaik mungkin untuk beri yang terbaik untuk isteri dan keluarga.

Saya yakin dengan Allah, pilihan paling tepat yang saya buat dalam hidup adalah seorang suami yang saya ada sekarang.Kedua, keputusan betul tanpa ragu itu silap adalah berkahwin dengan dia tinggalkan masa silam. Kerana setiap hari adalah hari untuk suami :) Terima Kasih Suami Ku.


Sunday, February 2, 2014

Puisi Random

Ini normal post dan entry pertama 2014. Mungkin sedikit simple tanpa rasa keraguan dan ada keyakinan untuk kembali bertatih. Hari ini sudah 02022014. Bila umur makin meningkat kena sedar jangan tidur lagi.
Kena sedar yang pergi terus pergi. Bila umur makin meningkat kena sedar amalan belum banyak lagi. Bila umur makin meningkat kena sedar bila bila saja akan dijemput ilahi. Bila umur makin meningkat aku menghitung hari tanggungjawab dikanan kiri sedikit masa lagi hampir bergelar isteri pada si kekasih hati. Bila umur makin meningkat kena sedar segalanya.

Kalau ada rezeki panjang umur mahu hidup dengan tenang. Tinggalkan kekusutan lama. Tinggalkan semua yang tiada kenang jasa, kenali aku tanpa tiada rasa apa. Tinggalkan mereka yang panggil pulang bila perlu pertolongan. Tinggalkan sebuah komuniti yang mungkin masa kecil pandang aku hanya picisan. Bila besar sudah faham hidup didunia susah rupanya. Banyak masalah kena hadapi dengan berani. Hati kena kebal tak bole mengamuk hentak kaki, Walau terkadang bila runsing tertarik muka tanpa fikir orang sekeliling. Biasalah ini hidup bukan permainan dalam game.

Mungkin orang buang aku tanpa belas kasihan. Tapi kena ingat suatu hari Tuhan tanya apa tanggungjawab yang kau dah tunaikan. Kita insan kena hidup dengan buat kebaikan. Kebaikan tak boleh pilih bulu, kalau aku bukan anak aku bukan cucu tak semestinya aku tak layak kau nak bantu. Tapi terpulang. Nanti Tuhan tanya bila kaki nak melangkah ke Syurga sebelah kaki arah neraka. Mungkin Tuhan akan tanya, macamana hubungan kau sesama manusia? Dengan anak dengan bapa dan dengan bonda? Ada tak kau hanya pentingkan isteri sahaja selama hidup didunia? Sekarang didunia mampu kau berlagak semuanya beres. Di akhirat belum tentu lagi.

Aku mungkin anak yang baik. Tapi dulu kau insan yang aku tabik. Mungkin sebab kau sering bagi aku wang ringgit. Kalau kau rasa kau baik sangat mampu tolong semua orang kenapa dengan aku kau susahkan lagi tidak kau segera kan. Rindu aku tukar jadi benci. Kau bukan mithali tapi kau macam tahi.Biar orang pandang aku buruk asal kau nampak suci. Ini mainan duniawi. Biar orang nampak kau baik sebab kau ustazah tapi kau biar orang nampak aku macam sampah dan mentah. Biar ini hukum duniawi orang selalu kata yang tua harus dihormati. Aku rasa ayat itu lucu. Sebab macam tak layak untuk kau yang seperti itu.

 

Tuesday, February 19, 2013

Cameron dekat mana?

Tadi dekat office kami bergaduh. Pasal issue Cameron Highland, Oh worst sungguh geografi aku rupa nya. Siap berani main bet bet lagi. Dan kseimpulannya aku kena belanja dari perkara yang aku mintak. Thank you. Sebab selama ni memang aku sangat blur. Yang aku tahu last time aku pegi time umur 9 bulan. Macam tu lah lebih kurang.

Aku       : Akak, cuba teka Cameron Highland kat mana?
Wayne  : Haha senang je dekat Pahang lah. Tapi I tak sure
Aku       : Salah. Dekat Perak lah. * Dengan muka bengis dan yakin*
Wayne  : Heyy mana ada dekat Pahang. Akak tahu lah, last time masa akak pergi
                 Frasser  Hill tu akak nampak signboard dia dekat Pahang lah !
Aku      : Mula stress dan tertekan. 
                " Akak Nurul tahu lah, Nurul orang semenanjung akak tu Sabah
Wayne  : Haipp nak kena budak ni. Pahang lah !
Aku      :  Okay nanti balik office kita gugal. 
                 Kalau Nurul betul akak belanja Indulgence Secret Recipe
Wayne  : Okay ! Tak puas hati ni

Balik office habis satu office kitaorg tanya. Sampai tak puas hati siap buat talian hayat. Tak cukup dengan Gugal tu. Baran pulak aku rasa. 99% kata Cameron Highland dekat Pahang.

Wayne  : Nurul jangan lupa besok Indulgence untuk akak. Jangan lupa! :)
Aku      : Akakkkkkkkkkkkkk...~!


Sunday, February 17, 2013

Jerawat Kotoran Degil

PENYEBAB DAN PUNCA JERAWAT (bahagian muka)


Jerawat naik bersebab, dan sebab jerawat timbul di sana dan di sini kerana :

Jerawat di dahi
Jika muka anda dipasiri oleh jerawat di dahi, ini menunjukkan anda sedang dalam keadaan tertekan. Asyik nak marah sahaja. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah tidur awal, bangun awal~ Jadikan rutin harian dan juga minumlah air dalam kadar yang baaaaanyak, banyak, banyak dan banyak!! dan yang penting, kawal marah anda yea!! PENTING!!

Jerawat Di Hidung
Selalunya saya banyak blackheads di hidung. White head pun banyak, sebab kadang-kadang make up tak basuh bersih mungkin.Tapi jika anda dihinggapi abang J (jerawat) yang sibuk membiak dengan girangnya di hidung anda, ini bermaksud perut atau sistem pencernaan kita menghadapi masalah. Elakkan memakan makanan sejuk kerana ia bakal menyebabkan pengeluaran asid gastrik yang kalau banyak-banyak keluar akan mendatangkan keburukan kepada perut anda. So makan yang panas-panas jea.. ok? 

Jerawat pada pipi kanan
Ini berkemungkinan berkait rapat dengan paru-paru anda. Sila jaga paru-paru anda, contohnya jangan atau kurangkan memakan mangga, taro atau seafood. Seafood dikatakan akan dengan senang menyebabkan anda mendapat alahan. 

Jerawat pada pipi kiri
Ini pula berkaitan dengan hati anda atau mungkin darah anda mempunyai kadar toksin yang tinggi. Orang hati bermasalah ini dikatakan perlu memperbaiki mood. Jadi jagalah mood anda kepada yang baik-baik sahaja.

Jerawat Di Bibir
Ini menunjukkan kesukaran anda berkumuh, selain itu mungkin disebabkan ubat gigi anda. Untuk memperbaiki keadaan kulit ini, makanlah buah dan makanan yang berserat tinggi, kawal rutin makanan anda dan sentiasa membasuh mulut dengan bersih.

Jerawat Di Dagu
Ini menunjukkan period anda sudah makin hampir. Dalam beberapa hari lagi, pasti anda akan mengalami menstruasi. 

New Boyfriend

Saya jenis yang sangat mudah terpikat dengan baby apetah lagi jika si comel yang sangat menggeram kan. Dulu masa zaman belajar saya sangat benci budak budak sebenarnya. Bila dengat budak kecil menangis maka saya akan turut mengamuk rasa berserabut. Mungkin since naluri keibuan wujud rasa sayang dan suka budak makin menjadi jadi. Cewah ! Tak payah nak mungkin sangat la.

Semalam pergi melawat anak Nik Nor. Nik antara kawan paling rapat masa zaman sekolah dekat Terengganu dulu. After 9 years kami terpisah baru semalam bertemu kembali. Ewah ewah. Saya pergi melawat baby Nik dekat Hospital Sg Buloh. 


Seriously Aqil sangat dan tersangat comel ! Putih gebu. Aummm geram nyaaa ! Nasib baik si comel ni tak sihat kalau tak habis dah Auntie gigit gigit dia. Baru semalam jumpa hari ni dah rasa macam rindu pulak ! Kena jumpa Aqil lagi ni. Insyallah ada masa kita jumpa lagi ye sayang. Almost 5 hari dah Aqil dekat wad. Kena jangkitan kuman dekat paru paru. Auntie doakan Aqil cepat sihat. Nanti buleh kite main lari lari :)