Monday, February 14, 2011

Ape makna weekend kali ini?

    Hari-hari weekend semalam segalanya berjalan dengan lancar. Nawaitu itu penting. Niat utama tak mahu balik Johor minggu ini kerana assigment semata. Assigment okeh ! haha Aminnn.... ! tercapai jua hasrat Nurul mahu jadi budak baik. 

Jumaat tu memang macam-macam plan yang timbul. Konon nya Sabtu plan mau main basikal dekat Cerakah bersama Su konon la. Tak tercapai. Kemudian sabtu juga ada plan mahu ke Jengka berweekend bersama family En Mon jua tak tertunai. Maaf Kak Ngah! Nurul memang macam ni, kata je nak datang haha tapi hampes result nya. Apa lagi plan untuk Sabtu tu? Ya ada plan juga nak pergi mengebom Datin Affira aka Kakak juga tak sampai-sampai pun pijak kaki kat Gombak pun tidak. Yang terakhir konon nak ikut Kecik melalut dekat BB Bukit Bintang pun tak jadi sebab? Sebab kecik nak pegi pagi aku pulak memang liat la weekend nak bangun awal pagi. Ha so conclusion untuk Sabtu memang dah nampak kan? Cakap je berhabuk plan memang banyak gila. Tapi last sume tak jadi kembali ke niat asal hanya buat assigment mengikut niat di hati.

** tak sedar diri lagi tu niat utama nak buat Assigment okeh . untuk weekend ada hati plan macam-macam. Nampak tak? 

Untuk Ahad pula? Konon ahad tu nak pegi main badminton kat Uitm macam yang Fiana pelawa. Haha tapi? Aku bolee terlupa ahad tu aku plan nak pegi main badminton. Ada pasang niat nak pegi shopping dekat Times Square cari dress. Ha yang ni je yang menjadi sebab aku memang dah darurat tak de dress baru. Tapi lari dari rail sikit sebab plan nak keluar pukul 2 or 3 tapi delayed beberapa jam pukul 5 lebih baru nak terkedek naik tren dari Padang Jawa. Tapi last-last tren sampai pukul 6 setengah kot. Ha tren memang cari pasal. Dari Padang Jawa naik hanya sendiri dan sorang-sorang . Sebab ape? sebab aku malas nak tunggu sesape bersiap sebab dah petang kalau nak ajak sesapa mesti dah macam lambat plak. Drive dari rumah park kereta dekat Padang Jawa turun KL Sentral amik monorail pegi Imbi. Ha itu pun sensorang. Tapi sampai Times Square dah ade la yang menunggu. Uhuk !


Sampai Times Square dah pukul 8 pm kot. Ha memang awal dan ringkas untuk slot shopping aku kali ni. 2 kali tawaf dekat 3rd and 4th floor. Memang mati kutu tak yah cakap la. Aku tak suke shopping untuk masa yang singkat tapi aku pun tak tahu nape still nak pegi jugak. haha Nurul. Nurul memang cari pasal. okay result untuk shopping yang hanya dari pukul 8 hingga 10 pm tu berjaya jugak dapat dress and belt yang menawan hati walo tak capai sangat taste. Haha tapi bule la kan dari takde. Bila balik rumah testing. testing ade terasa anggun itu dah memadai la kan . Menakjubkan juga sebab dress tu okay ! Wahh ! tapi siyes Times Square memang bodo! buat aku rambang mata sampai tak tau nak pilih dan keliru dalam buat pilihan. 



12.30 pm sampai rumah. Aku tengok ade kekecohan kat bawah rumah. Ha ape jadi? Owh rupa nya ada budak india buat hal tadi. Ada 2 biji kereta park menghadang laluan moto dan 2 orang budak india dengan panas hati nya amik kayu tak cakap banyak terus pukul pecah-pecah kan kesemua cermin kereta tersebut. Ha? Simple! itu la yang sorang pak cik tu cerita dekat aku time nak naik tangga. Kejadian tersebut berlaku jam 8pm tak cukup dengan tu around 12 pm budak india tadi buat bising-bising main pulas minyak pulakk . Ramai jiran turun sebab panas hati report polis dan kedua budak india tu tertangkap. Mak ai ~

Tak sampai sehari aku tinggal dah macam-macam jadi. Ape lagi yang jadi Yaaa! ni memang buat aku murka motosikal yang encik mon park bawah rumah aku sepanjang die bercuti pun jadi sasaran. Huh! terasa amat scary pulak. Tapi memang aku sumpah sape buat durjana dekat BKC Encik Mon tu jadi Beruk peti ais tak pun TV. Huh! Biar ada function sikit.