Friday, February 4, 2011

terima kasih kehidupan

     Ini hari yang ketiga aku di sini, di kampung, di sisi mak dan abah juga bersama encik dan puan jiran kampung yang amat baik pada keluarga kami. Walaupun segala pahit-pahit terpalit pada hari yang lepas tapi alhamdulilah selain itu masih ada lagi insan yang juga prihatin dan mengambil berat. Malam ini bukan entry untuk mencarut seperti yang sebelum ini.

    Alhamdulilah mak makin beransur baik ada petanda positif pada kondisi emak.  Hari ini tika bangun pagi tadi tersedar usapan lembut dari tangan mak. Mak dah boleh tersenyum dan apa yang penting nampak mak seperti kurang rasa ketakutan lagi. Makkkk ! sembuh la mak.... Nurul rindu semua ni . Currently mak, abah hantar ke Darus Syifa' untuk berubat. Abah seperti kuat dan tidak putus asa itu menjadikan aku makin tabah mengharungi dugaan ini menemani abah menghadapi masalah ini bersama. Mahu rasa nya aku peluk mak dan abah aku kata kan, abahhh Nurul ada disini. Mak dan abah ada sorang anak dan sekarang anak mak dan abah yang 1 ini sentiasa bersama. 

     Pagi tadi lewat 6.30 pagi kami sampai dirumah selesai pulang dari berubat, Sepanjang aku di samping abah emak tanggungjawab menjadi pemandu peribadi mereka akan aku galas. Aku tahu abah amat penat kebelakangan ini. Abah penat menjadi doktor on call mak, penat menjadi pengawal keresahan mak. Penat juga menghantar mak kemana saja asal mak kurang rasa derita ini. Maka semalam tadi dan besok aku lah pengganti pemandu mereka pula.

    Besok pagi kami akan ke Kempas untuk sambung berubat. Ini memang saat-saat getir bagi kami keluarga kecil. 

     Semalam kami sekeluarga ada berborak kosong. Ada terselit 1 topik tentang perancangan abah untuk aku mungkin pada hujung tahun depan. Ya Allahhh terkejut dan amat terharu. Tapi abah kata bagi abah masa sikit. Hah apa yang abah plan kan untuk diri ini? Abah kata perancangan itu untuk jangka masa hadapan dan di jangka di laksanakan pada penghujung tahun depan. Kali ni aku terkejut lagi. Oh dasat nya pemikiran abah yang jauh itu, Aku gembira bahagia dan tak perlu risau. Apa perancangan penting yang abah buat untuk anak dia ni? Debaran nya hujung tahun depan. InsyaALLAH. Malahan untuk kali ini ..




Aku termenung kembali.........