Baru nak mula study selepas makan malam tapi jiwa tak tenang. Hati terasa sakit teringat hal tadi. Macamni, dalam pukul 8.10 selesai tapau nasi goreng aku terus balik rumah. Yela besok exam nak cepat cepat sambung study. Sampai dekat parking lot rumah tempat parking aku yang tadi orang dah ambil. Tak kisah parking hak bersama. So anak mata terus melilau cari parking okay ada parking. Tapi dekat depan aku time tu ada perempuan bawak kereta besar tengah terkial kial nak masuk parking bontot. Okay so aku tunggu dia setel baru parking. Kesian.
So dia dah setel parking aku pun parking dekat dengan kereta dia tempat aku selalu parking tapi aku tak pernah nampak kereta dan tuan punya kereta tu sebelum ni. Nak ikut kan tempat yang perempuan tu parking tempat laluan moto. Dan aku parking dekat selekoh tepi jalan tak de lah blocking kereta dia. Cuma dekat dekat dengan kereta dia. Okay setel aku dah park kete aku. Turun kete ... Jalan jauh sikit ..
Pompuan tu panggil aku ." Hoi . Hoi. Hoi pompuan ! " Macam tu la nada ayat dia panggil aku. Perempuan yang terkial kial nak masuk parking tadi panggil aku sebaya macam kakak kakak aku cuma beza dia pakai blazer, pakai baju office. Okay ada aku heran?
So aku macam pelik dia panggil aku, aku pergi je lah kat dia event macam kasar dia panggil kan. Kau tahu apa dia cakap ? Camni dia cakap " Eh ! awak parking dekat kereta saya, muat ke saya nak keluar nanti? " Dalam hati aku " besar sangat ke kete kau, tak de adab" Okay aku layan kan balik pompuan tu .. "Errrrr muat je la kak, selalu pun saya parking situ boleh je kete lain kuar"
Bentak nada kakak tu kat aku " Dahhh kau pegi parking kete tempat lain, selalu je orang blocking kat depan kete aku ni nanti tak muat nak keluar, lagi pun kau tak faham ke tak nampak kete aku?" Ayat betina ni memang macam gampang. Dalam hati aku tak boleh ke kau cakap baik baik? Selalu je aku parking kat situ, mana ada kereta kau. Pleaseee ye kaum pompuan jangan jadi camni kalau korang pakai kereta besar sekali pun .
Sambung citer ..
Aku jawab " Alaaa muat je kak nak keluar saya tak park pun depan kete akak" Time tu aku tahan sabar sebab aku sedar aku kena behave control baran aku. Then akak tu cakap " Masalah nye orang selalu blocking kete aku ( Ehh kejap apa kena mengena dengan kete aku yang park dekat dengan kete dia tak blocking pun okay!) Okay fine kalau kau nak sangat parking dekat dengan kete aku kau tak yah tarik handbreak. So senang nak tolak.
Aku selamba je jawab " Saya park kejap je lagi pun banyak gila space akak boleh kuar okay saya tak tarik handbreak" Aku malas nak bertekak dengan akak ni. Sebab aku pikir dia gila kot baru balik keje penat, laki tak de kat rumah dalam kete tu aku nampak anak dia pakai baju sekolah so aku mengalah je la. Aku pergi kat kereta then akak tu blah.
Haha apa yang aku buat kat kereta? Aku tarik je handbreak malas aku layan kakak gila tu.
Naik atas aku terus melantak nasi yang aku beli. Makan makan sambil hilangkan sakit hati aku on fb. Lebih kurang 8.35 pm, aku tengok dekat tingkap dari bilik aku. Kereta akak tadi dah takde parking yang park tu kosong.
Moral of the story :
Cakap lah sopan sikit bila nak tegur orang, kau pakai kete besar besar sangat kete kau tu? Ala besar lagi bajak bapak aku. Lembut cara teguran lembut lah santun orang yang menerima. Okay aku dah lega. Nak pegi study besok paper marketing. Kbai.