Hari minggu lepas pada "Labour Day" hari cuti juga hari menghabis kan duit. Hati girang hati senang. Sale sana sini gila gempak. Alangkah indah kalau aku terjumpa gudang duit, lombong duit, atau syurga duit. Duit kadang tak bagi makna apa apa. Macam ada setengah orang cakap duit boleh cari. Betul duit boleh cari tapi dalam keadaan yang mendesak sekarang sebab duit lah oarng guna politik kotor politik duit, sebab duit orang nak sibuk rompak sana sini, sebab duit laki bini bergaduh bercerai berai, sebab duit ada yang sanggup jadi GRO, sebab duit keluarga pecah belah apa lagi? sebab duit jugak lah aku asyik pening kepala. Haha
Mana tak sakit? Loan tak masuk PTPTN reject. Mara plak bila entah nak dapat. Aku plak seorang student tegar yang punya nafsu meloncak nak itu nak ini tapi harta intelek aku tak punya. Camana tu?
Bila pikir pasal duit sakit kepala okay. Semalam sampai aku rasa givap nak makan pun tak lalu, nak mandi? Lagi la rasa tak basah. Duit penting okay. Minyak ron 97 plak dah naik jadi RM2.90, ekonomi Malaysia dah teruk merudum ke? Entah aku bukan orang ekonomi tapi aku rakyat Malaysia sejati. Sape tak nak duit? Cuba cakap.
Dulu orang makan megi sebab nak jimat tapi tak yah nak tipu la makan megi sekarang pun boleh jimat. Megi pun dah mahal mahu tak megi dah RM5 jumlah kasar. Apetah lagi kicap, kicap cap kipas pun dah RM4.90. Mahal kan? Orang malas je asyik makan megi. Lain lah megi goreng mamak. Sedap wooo.. Senang kata itu ini semua guna duit. So kalau masa akan datang duit still tak cukup cukup bila dah kahwin kena la merancang. "Family Plan" eh? yang orang panggil. Haha bukan apa bila takde duit perut sendiri lapar boleh tahan. Tapi bila anak ramai anak kecik korang lapaar mana boleh tahan tahan. Apa yang aku nak cakap kat sini duit sangat penting. Embah selalu kata aku mata duitan. Abah pun sama selalu kata "Maintenance aku tinggi" haa tu baru embah dengan abah yang kata.
Apa kata bakal laki aku?
Apa kata bakal laki aku?
Dia pernah kata hantaran tak nak lebih 10k. Kalau lebih dia cari kedai lain. Aku tak bukak kedai tapi aku bukak hati untuk dia. Konsep 1 nafsu laki 9 nafsu pompuan kena faham. Aku bukan tak sudi nak kawan dengan laki miskin cuma aku harap yang miskin adalah wawasan. Bila korang nak usha pompuan takkan nak ajar kuar tengok wayang makan pasir? Mesti nak kunyah kunyah pop corn. Ye dok. Ni dah macam rubbish entry tapi takkan nak delete?
Kesimpulannya duit sangat penting.