Thursday, May 19, 2011

Perasaan Fragile

Tiga hari lagi cukup lah usia hubungan kami selama 2 tahun. Bersama dengan beliau selama hampir  2 tahun lebih ini banyak pahit manis yang kami lalui bersama. Ini bermakna on 22th May ini anniversari kami yang kedua. Baru yang kedua tapi banyak berpuluh dugaan bersama. Aku akui aku bukan perempuan sempurna.

Aku juga akui aku harapkan hubungan kami kekal bersama walhal terkadang aku tak kuat melawan dugaan dan godaan mendatang dan aku juga tak tahu sampai bila aku mampu bertahan. Aku tak harapkan yang terbaik tapi aku harapkan setiap perkara ada hikmah yang baik. Aku juga tak mahu lagi meletakkan apa apa harapan tinggi membukit kerana bila tak tercapai aku sendiri yang sakit.


Embah selalu pesan, "Nurul jangan sakitkan hati lelaki, Nurul kena setia kalau mainkan hati banyak lelaki nanti mati kena kerat 8" Banyak sungguh pengaruh media massa yang mempengaruhi embah. Betul kata embah tapi terkadang hati aku fragile. Aku teringin bahagia seperti embah hingga ke tua. Aku teringin punya lelaki romantik seperti embah lanang hingga ke tua. Aku tak harap lelaki kaya lelaki kacak cukuplah punya harta dan rupa ala ala Remy Ishak cukup lah :). Lelaki idaman aku lelaki seperti abah tahu segalanya. Abah insan pertama yang aku cintai sejak kecil. Abah memang doktor available ku, abah mekanik on call ku, abah banker terbaik ku, abah cikgu tuisyen mengaji, kereta motor dan cikgu pemberi pengalaman.

Bila terkenang masa lalu sungguh indah rasa nya Tapi tak bermakna masa sekarang tak berbunga bunga. Ada bunga nya dan ada indah nya percintaan kami tapi mungkin tak se'Eksaited' dulu. Lelaki yang baca entri ni, kalau adalah kan. Untuk lelaki kawan aku, musuh aku, skandal aku opsss! serta boyfren aku kalau kau baca aku mahu beri pesan jika perempuan meninggalkan kau bukan kerana mereka tidak sayang tapi sebenarnya kadang kadang ada benda remeh temeh yang kamu abaikan tapi kamu tak perasaan.

Encik lelaki di luar sana, kau sakitkan hati perempuan kau mungkin tidak lihat dia menangis zahir nya tapi hati sakit meronta kau tak rasa dan kau sendiri tak sedari. Jangan salahkan perempuan jika dia mencurang kerana terkadang lelaki terlalu yakin perempuan itu milik dia, lelaki jadi leka, lelaki terkadang tak ambil endah. Perempuan tak banyak kerenah dia terus diam kan diri lari mengacah acah.








Ps : Buat kawan kawan kekasih hati saya, kawan kawan beliau tak kira laki dan perempuan baca disini habis disini. Terima Kasih.

Sunday, May 15, 2011

Result First Semester

Belajar main main tapi result sedikit okay. Result first semester baru je keluar. Alhamdulilah result yang aku dapat boleh la. Sebab apa aku kata boleh lah? Sebab rasa tak layak dapat result macam tu belajar banyak main study time nak exam aku achieved 3.40 above. 

Cerita bermula pagi Sabtu Aifaa BBM aku tanya dah cek result ke belum. So aku yang time tu mamai mamai dari tidur terus bangun la apa lagi. Sebab aku tengok jam pun dah pukul 10 pukul 11 lebih aku mesti ada kat Damansara untuk keje. Kalau Aifaa tak BBM mungkin aku terlajak sampai pukul bape entah. Perangai kuat tido aku makin  menjadi. Melompat dari katil berdesup ambik tuala terus pegi mandi. Lepas mandi siap siap terus cek result. Yehoooo! Oh salah Alhamdulilah :)

Paling tak sangka untuk subjek Accounting aku dapat A-. Target aku dekat Accounting C sebenarnya. Masa exam Account tu aku tertinggal liquid paper, soalan plak sangat lah menggila susah. Atas dasar kusut dan selekeh time menjawab tu aku memang looser gila untuk paper Account aku mungkin Allah nak bagi petunjuk dekat aku belajar jangan banyak main Allah tolong lah tu untuk paper tu. Ye dok?

Untuk subjek Economy aku dapat full 4.00 yang ni pun aku bersyukur jugak sebab aku rasa aku bodoh je time belajar Eco ni. Sir selalu membebel sebab aku tak yakin untuk score bising je mulut kata Economy tu susah. Tapi Sir selalu yakin kan aku boleh score dia kat Eco senang so time Final aku pulun habis. Haha macam tipu je aku pulun.

Untuk subject Human Capital aku yakin sikit sebab subject ni kena banyak membaca. Otak aku tak boleh function dengan betul kalau subject mengira tapi kalau membaca aku suka. Tu sebab jangan tanya aku Maths selalu pun kalau pegi shopping aku suka genapkan terus angka. Contoh kalau harga baju RM34.90 aku terus kira cincai baju tu RM35. Ni nak kata kalau subjek membaca boleh la estimate.

English pulak? Haha kalau dah telo Omputeh aku Jawa kan mana nak dapat A nak score memang tak bajetlah. English aku paling corot. Grammar aku hancur. Tapi takpe kalau cakap dengan customer kat tempat keje aku main bedal je speaking. Hihi.

Untuk Practices and Management? Aku dah buat yang terbaik untuk subjek ni. Ni subjek yang membunuh banyak gila teori. Dalam exam ada gak yang aku bedal buat teori sendiri. Macam Maslow, BCG Matrix tu aku ingat lagi lah. Yang lain haram! Tu la kalau study untuk exam.

Aku terus call mak bagitahu result mak dengar gembira je. Tapi aku jadi sedih plak dengar mak gembira reaction result exam aku. Kalau lah mak tahu aku study main main belajar untuk exam mesti mak kecewa. Next person aku bagitau Encik Mon kekasih aku. Dia pun happy dengar result aku. Daripada clash boleh couple balik. Kes aku excited sangat dengan result aku sampai terpanggil dia panggilan manja. Arghh damn ah! So aku dah couple balik dari clash seminggu lepas. Next person aku bagitau Chah. Haha sume orang nak bagitau kan? Yela aku tunggu result lama berjela nak panjang bulu telinga so eksaited sampai camni. 


Terima kasih kawan kawan yang banyak membantu time kuiz, time nak study macam Su, Aifaa dll, Untuk Sir special tengkiu, Kekasih hati yang banyak bersabar dan yang utama sekali mak abah embah I Love U. ** Eh apesal macam bagi speech dekat ABP stage plak aku rasa ni?


Penantian exam untuk first sem dah berakhir so the next is penantian untuk loan MARA..

Special Hugs,
Nurul Izzati.

Monday, May 9, 2011

Cebisan rindu buat Emak

Profile picture facebook, BBM, di dada dada akhbar ramai yang meletakkan portrait bersama ibu masing masing penuh gambar bersama ibu dan anak, pulang celebrate bersama. Tapi aku pula disini jauh dar emak abah. 

Mak,
Kalau lah mak online mak terbaca entry ini khas untuk emak. Ini hanya untuk emak. Hari ibu sedunia kelmarin tak bererti apa jika kita tak bersama. Ianya tetap hari ibu yang amat istimewa. Saya ada sorang ibu, sorang emak cukuplah itu saja. Walhal jika saya berjodoh dengan si dia insan sekarang saya akan berkongi emak yang sama dengan beliau. Iaitu emak saya. Kan saya kata saya hanya ada sorang emak. Seorang kekasih hati saya ibu yang melahirkan saya sedari kecil. Walau kita jauh emak. Emak segalanya dan mesti abah pun mengakui perkara ini.

Dulu masa kecil saya lah anak murid emak yang selalu dimarahi. Emak tak nak manja kan saya seperti emak manja kan anak murid yang lain. Bila saya salah eja jawi mak terus rotan dalam kelas tu jugak. Orang lain tak kena rotan. Tapi saya tahu mak nak saya pandai. Bila mak rampas walkman, mainan murid lain saya juga tempat mereka datang minta tolong ambil barang yang mak rampas, maka saya ambil kan. So mak rotan saya lagi. Jangan risau mak hanya rotan jari saya guna pen tak sakit pun. Hihi.

Saya tak minta apa walhal diri ini yang sepatut nya memberi. Hanya yang pohon emak sihat sepanjang masa, dipanjangkan umur, dan dipermudahkan segalanya. Saya tahu selama ini emak seperti sahabat. Emak sangat sayang saya bila kita berjauhan bila dekat emak buat tak endah sebab mak malas layan kerenah saya. Ermmm tapi sungguh pun emak buat seperti tidak kisah bila saya disamping mak, bila shopping emak tetap beli kan apa yang saya mahu, duit belanja yang emak beri tak pernah putus, emak susah hati bila saya sakit, emak resah bila saya memandu sendiri pulang. Emak saya memang emak yang terhebat . Berpura tidak kisah tapi sebenarnya menitiskan bibit keresahan berpanjangan. Kerana emak cuma punya seorang anak.

Dan anak emak adalah yang ini. Yang nakal, yang susah mendengar nasihat, banyak kerenah, itu lah anak emak seorang. Saya kumpul duit beli hadiah emak. Tapi saya tahu emak tak perlu itu. Cukuplah sekadar saya dapat menjamin masa depan sendiri itu sudah cukup emak berpuas hati.





Puan Supiah Parmin
Selamat Hari Ibu emak,
Cinta kita kekal selama nya. :')

Friday, May 6, 2011

Ini Ugly oh Bethhi

Orang yang sedang senang kebanyakkan nya susah atau buat buat susah untuk faham penderitaan si susah. Tak kira la dia leka atau tak perasan ke ape. Tapi selalu nya orang yang berkemampuan akan lupa kebajikan orang yang kurang upaya tak kira dari segi wang, tenaga atau harta benda.

Aku tuju kan entry ni dekat orang tak de financial problem espcially. Contoh nya korang ada housemate yang tengah susah, eh helo jangan fikir diri sendiri je nak senang suka bazir air, bazir elektrik, atau pun buat keputusan tanpa fikir perasaan orang yang tengah sesak duit. Serius aku benci benda macamni. Nak tegur malas lah kan sebab bila dah kena tegur nanti dok tarik muka masam sana masam sini. Lepas tu cakap cakap belakang benda ni selalu terjadi dekat perempuan suka sangat cakap belakang sama je dengan aku sebenarnya suka cakap belakang.


Bukan semua orang senang macam condition korang. Setiap orang ada masalah sendiri cuma terpulang pada cara dia nak atasi benda dan masalah tu sendiri. Aku cakap bagi pihak diri aku sendiri sebenarnya. Sebab kadang kadang apa yang kita buat tanpa memikirkan orang lain boleh mengakibatkan masalah di kemudian hari. Jangan penting kan diri itu yang utama dalam hidup ni. Orang yang pentingkan diri ni kekadang nampak macam bajet bagus. Tak kira lah pakai tudung berlitup labuh ke hape, pakai seksi cantik menggugat ke ape tapi kalau dah penting kan diri sangat memang lama lama orang naik menyampah sebab sifat selfish dan bajet bagus korang tu. Errrr bukan korang tapi orang lain.



Konsep macam ni sama lah dengan member yang suka tinggal member bila member susah. Dah jadi trend zaman sekarang baik, berkawan dan bersebab. Kalau tak itu bukan manusia nama nya tapi itu anjing. Sebab konsep anjing ada otak tapi tak de akal. Konsep manusia plak ada hati tapi tak de perasaan. Ape pun semua perkara bersebab. Mungkin orang yang suka bersikap pentingkan diri, suka blahh time kawan tengah susah, dan macam macam lagi pe'el boleh guna teori Pak Cik Darwin iaitu manusia berasal dari beruk. 

Kasar bunyi nye :')


Perempuan Matawang

Hari minggu lepas pada "Labour Day" hari cuti juga hari menghabis kan duit. Hati girang hati senang. Sale sana sini gila gempak. Alangkah indah kalau aku terjumpa gudang duit, lombong duit, atau syurga duit. Duit kadang tak bagi makna apa apa. Macam ada setengah orang cakap duit boleh cari. Betul duit boleh cari tapi dalam keadaan yang mendesak sekarang sebab duit lah oarng guna politik kotor politik duit, sebab duit orang nak sibuk rompak sana sini, sebab duit laki bini bergaduh bercerai berai, sebab duit ada yang sanggup jadi GRO, sebab duit keluarga pecah belah apa lagi? sebab duit jugak lah aku asyik pening kepala. Haha

Mana tak sakit? Loan tak masuk PTPTN reject. Mara plak bila entah nak dapat. Aku plak seorang student tegar yang punya nafsu meloncak nak itu nak ini tapi harta intelek aku tak punya. Camana tu? 

Bila pikir pasal duit sakit kepala okay. Semalam sampai aku rasa givap nak makan pun tak lalu, nak mandi? Lagi la rasa tak basah. Duit penting okay. Minyak ron 97 plak dah naik jadi RM2.90, ekonomi Malaysia dah teruk merudum ke? Entah aku bukan orang ekonomi tapi aku rakyat Malaysia sejati. Sape tak nak duit? Cuba cakap.

Dulu orang makan megi sebab nak jimat tapi tak yah nak tipu la makan megi sekarang pun boleh jimat. Megi pun dah mahal mahu tak megi dah RM5 jumlah kasar. Apetah lagi kicap, kicap cap kipas pun dah RM4.90. Mahal kan? Orang malas je asyik makan megi. Lain lah megi goreng mamak. Sedap wooo.. Senang kata itu ini semua guna duit. So kalau masa akan datang duit still tak cukup cukup bila dah kahwin kena la merancang. "Family Plan" eh? yang orang panggil. Haha bukan apa bila takde duit perut sendiri lapar boleh tahan. Tapi bila anak ramai anak kecik korang lapaar mana boleh tahan tahan. Apa yang aku nak cakap kat sini duit sangat penting. Embah selalu kata aku mata duitan. Abah pun sama selalu kata "Maintenance aku tinggi" haa tu baru embah dengan abah yang kata. 


Apa kata bakal laki aku?
Dia pernah kata hantaran tak nak lebih 10k. Kalau lebih dia cari kedai lain. Aku tak bukak kedai tapi aku bukak hati untuk dia. Konsep 1 nafsu laki 9 nafsu pompuan kena faham. Aku bukan tak sudi nak kawan dengan laki miskin cuma aku harap yang miskin adalah wawasan. Bila korang nak usha pompuan takkan nak ajar kuar tengok wayang makan pasir? Mesti nak kunyah kunyah pop corn.  Ye dok. Ni dah macam rubbish entry tapi takkan nak delete?



Kesimpulannya duit sangat penting.