Friday, May 6, 2011

Ini Ugly oh Bethhi

Orang yang sedang senang kebanyakkan nya susah atau buat buat susah untuk faham penderitaan si susah. Tak kira la dia leka atau tak perasan ke ape. Tapi selalu nya orang yang berkemampuan akan lupa kebajikan orang yang kurang upaya tak kira dari segi wang, tenaga atau harta benda.

Aku tuju kan entry ni dekat orang tak de financial problem espcially. Contoh nya korang ada housemate yang tengah susah, eh helo jangan fikir diri sendiri je nak senang suka bazir air, bazir elektrik, atau pun buat keputusan tanpa fikir perasaan orang yang tengah sesak duit. Serius aku benci benda macamni. Nak tegur malas lah kan sebab bila dah kena tegur nanti dok tarik muka masam sana masam sini. Lepas tu cakap cakap belakang benda ni selalu terjadi dekat perempuan suka sangat cakap belakang sama je dengan aku sebenarnya suka cakap belakang.


Bukan semua orang senang macam condition korang. Setiap orang ada masalah sendiri cuma terpulang pada cara dia nak atasi benda dan masalah tu sendiri. Aku cakap bagi pihak diri aku sendiri sebenarnya. Sebab kadang kadang apa yang kita buat tanpa memikirkan orang lain boleh mengakibatkan masalah di kemudian hari. Jangan penting kan diri itu yang utama dalam hidup ni. Orang yang pentingkan diri ni kekadang nampak macam bajet bagus. Tak kira lah pakai tudung berlitup labuh ke hape, pakai seksi cantik menggugat ke ape tapi kalau dah penting kan diri sangat memang lama lama orang naik menyampah sebab sifat selfish dan bajet bagus korang tu. Errrr bukan korang tapi orang lain.



Konsep macam ni sama lah dengan member yang suka tinggal member bila member susah. Dah jadi trend zaman sekarang baik, berkawan dan bersebab. Kalau tak itu bukan manusia nama nya tapi itu anjing. Sebab konsep anjing ada otak tapi tak de akal. Konsep manusia plak ada hati tapi tak de perasaan. Ape pun semua perkara bersebab. Mungkin orang yang suka bersikap pentingkan diri, suka blahh time kawan tengah susah, dan macam macam lagi pe'el boleh guna teori Pak Cik Darwin iaitu manusia berasal dari beruk. 

Kasar bunyi nye :')