Thursday, August 11, 2011

Tergodam


At the first aku tak tau nak cakap apa bila aku baca entry Su ni. Cik Su ni memang suka buat aku speechless dan sangat buat aku rasa terharu adakalanya. Pertemuan singkat dengan dia selama 11 hari cukup membuatkan kami jadi rapat seperti sekarang. Selepas training untuk TM aku expext kami akan berada bersama dalam 1 department walopon berlainan Team Leader. Tapi di luar expectation aku seperti entry yang sebelum ni aku beritahu. Aku di transfer kepada Unifi Billing Department manakala Su dan yang lain tetap terus untuk Unifi Sales Department. Rasa berat hati sebab aku dah mula sayang mereka. Sangat sayang okay.

Tadi bila terbaca blog Su nampak nya untuk kali kedua aku kena beritahu yang aku masih sedih. Tapi kerja tetap kerja secara profesional nya tak mahu berpisah dengan kawan kawan  bukan alasan yang relevant bila berkerja. Aku takpernah rasa se tenang seperti mana aku punya Su, Noris, Ket dan kawan kawan lain seperti sekarang. Mereka sangat sangat ______? Taknak beritahu nanti kembang pula.  Semalam aku ternages depan mereka mereka woahhhh malu amat bila difikir balik.



Kan aku kata aku menangis depan depa semalam. Pastu hari ni mula la kena bahan dengan Ket and Zul pasal nages nages ni. Sentap tak? Haha apela sangat ape ade hal. Okay secara positif nya dah timbul aku dan kawan kawan ini bukan lah kawan tapi aku anggap mereka sepeti 1 keluarga. Bila bosan mesti aku turun cari dorang kat Office bawah. Haruuu.

What else? Memandangkan aku ke " Billing" usia training aku dilanjut kan kembali kepada sebulan. Sebulan pun sebulan la. Macam John kata tadi korang orang Sales hebat dalam product tapi nak jadi Manpower Billing Sistem sangat penting korang kuasai. Once korang dah tahu handle sistem everything gonna be fine.

Kbai ;)

Monday, August 8, 2011

Berakhirnya 11 Hari

Pasti aku merindui 11 hari yang lalu sudah. Gonna miss the moment and gonna gonna miss you Miss Tashya. Rezeki berpijak nyata setelah 11 hari sekian sudah. Alhamdulilah.
Banyak jugak ilmu yang aku sedut tapi meresap nya tak tau la kan, kan, Insyallah aku praktikkan nanti.. Cakap banyak pun tak guna sebab aku tak reti nak gambarkan betapa hebat nya 11 hari aku yang lepas. Aku dapat kawan yang baik, instructor yang baik dan cantik, apalagi? Classmate yang kacak dan jelita. Tapi classmate yang jahat pon ade jugaklaa. Opsss ade ke? Haha entah.

Apa pun kesudahan training 11 hari aku tu memang sangat menggairahkan jiwa raga. Aku belajar menjadi budak train, budak baju kurung kembali dan budak yang berguna. Aku dah mula sayang korang weh.!  Miss Tashya? yang aku maksudkan instructor aku tu aku turut akan merindui ketegasan dia, kekusutan dia *kalau dia baca mesti dia kata " otak kau"*. ^^

Terima kasih kawan kawan yang banyak menjadi kawan aku sepanjang 11 hari lepas. Meh nak sebut 1,1 Errrr .. Leha, Liana, Dayah, Su comel, kenapa su? Okai abaikan then Kam, Zieha, Efaa, Norish, Affin, Channu, Jern, Dinna, Helmi, Ezani, Ket, Zul and Haadiy.

Training 11 hari lepas dekat TMTC atau TM Training Center Jalan Semarak cukup mengenalkan aku dengan macam macam ragam. Pak cik dan Makcik guard yang penuh dengan gaya peramah adalah salah 1 sebab buat aku rasa jatuh cinta walaupun kondisi bau kapet perap dalam kelas adakala nya takpa aku betah. Sebab aku dah mula jatuh cinta dengan telatah kalian. Besok bermula tugas aku sebagai minah ofis. Tunggu je la. Kat bawah ni sume gambar tadi iaitu hari terakhir. Ada gambar lain nanti la aku interprame.

Kenapa aku rasa kain Miss macam labuh je?
Miss Tashya bersama jejaka jejaka comel. Comel ke? Ermmmm pikir dulu.

Depan pintu pagar TMTC, Semarak
Gonna miss this moment
To Hadi : Kalau kau rindu kami kau boleh tengok la ni. Kalau kau rindu laa

In class and last class 

Waiting to Pakcik Teksi pick up us
Rerasa after thiss ade chance tak nak jadi TeksiMate Miss lagi?


Gonna Miss our moment Miss
Thanks a lot untuk 11 hari ni
Sob .. Sob .. Sobb..
.Sedih la pulak ... Agagagagagaga.

Friday, August 5, 2011

Terima kasih Tuhan

Hari ni merupakan hari terakhir untuk assesment sebelum aku hit floor menjalankan tugas kepada TM. Firstly aku tahu tadi sebenarnya performance aku sedikit teruk tak seperti yang dirancang. Aku nervous gugup sume ade. Actually assesment terakhir ni adalah roleplay untuk melayakkan aku mendapat pekerjaan ini selepas training 10 hari yang lepas.

Percentage untuk lulus adalah 80% keatas. Below 80% dikira fatal atau gagal. Susah sebenarnya. Tapi berkat doa dan restu dari abah, mak dan embah alhamdulilah aku berjaya. Even markah aku sipi sipi je. Terima kasih jugak untuk trainer kesayangan aku Miss Tashya sebab dia bagi aku peluang dan harapan untuk mula coba bertapak. Insyallah aku tak sia sia kan peluang yang diberi. Lepas je assesment tadi aku terus sms mak untuk beritahu aku pass.

Good Luck kawan kawan,
Aku doakan korang berjaya sebab aku dah mula sayangkan korang sume. Thank you jugak untuk kawan kawan yang banyak membantu. Next week kita jumpa dekat floor ;)



Thursday, August 4, 2011

Persefahaman


.Bodoh la.

Wednesday, August 3, 2011

August

Hari ketiga untuk hari berpuasa. Buat hari yang ketiga ni belum rasa mencabar sangat rasa nya. Tapi sesuatu yang aku tak expect terjadi. Aku ingat first day berbuka puasa dan sahur aku akan mengalami segala nya berseorangan tanpa abah mak, tanpa kawan rapat tanpa Encik Mon kerana beliau dengan hormat nya sedang bercuti. Tapi tapi dan tapi ..

Rupanya housemate aku pandai memasak rupa nya. Hari pertama berbuka dan bersahur sangat meriah. Aku rasa macam puteri lah pulak. Ceh taik la ko Nurul..! Haha aku bangun sahur lauk dah tersedia, aku balik berbuka pose housemate dah siap masak. Aku suruh dorg kejut aku untuk aku tolong dorg masak dorg tak kejut. Apa yang aku tahu? Makan, basuh pinggan sambung tido. Blah la ko Nurul dah dasar pemalas memang ko rasa heaven je la kan camtu?Sambil tu aku menunggu buah hati baru menghitung hari untuk dia menjadi sebahagian hidup. Dah dah puitis la pulak. Serupa jilaka.  Mak abah embah cium sikit ;)

Monday, August 1, 2011

Konvo

Alhamdulilah sesi convocation untuk Diploma aku baru je berakhir. Seronok dua ronok tiga ronok beronok ronok der. Aku seronok la bukan sebab hari tu hari konvo je bukan sebab seketul scroll je tapi sebab aku jumpa kawan kawan. Oyeahh...! Baru aku tahu aku ramai kawan rupa nya. Memang terasa sangat rindu zaman berteman bersama kawan kawan.

Alhamdulilah jugak kawan zaman college still kawan terbaik aku sampai sekarang. What else? Aku akui memang sangat penat sepanjang minggu masih tak hilang. Tapi bila aku tengok kehadiran abah mak segala penat bagai sume hilang. Nak cerita sikit.

Plan dengan abah mak depa datang KL pagi Sabtu. But tup tup tup Jumaat magrib abah kata dah ada kat KL. Ni kes suprise la ni. Abah datang awal seperti yang dijangka. Sebenarnya nak ikut abah pagi Sabtu baru nak bagitahu dia dah available kat KL ni. Tapi memandangkan abah sesat so dia call la jugak aku Jumaat malam. Memang betol betol suprise la citer nye ni. Abah tersesat dekat ceruk Loke Yew tu. Jenuh aku dengan Encik Mon keliling KL.

Bila time Ahad tu abah mak nak gerak balik Johor semula hati aku terasa sayu. 2 hari abah dekat dengan aku terasa macam clear tenang bagai. Takperlu fikir macam macam. Aku hantar abah sampai Bangi sebab taknak dia tersesat lagi. Dalam kereta aku drive sorang nangis sikit berjurai jurai di ikuti abah mak follow dari belakang sampai Bangi.

Jutaan terharu jugak. After 3 years aku baru dapat kuntuman bunga hidup dari Encik Mon. Perasaan aku 'woahhhh"! Special thank you darling. Orang kuat aku dari permulaan hingga keakhir. Ha camtu la. Special thank you jugak untuk photographer aku kot la. Haha Apeng..! Aku rasa ko ni photographer yang gojes sikit. Betul ke? Kalo bole return back aku nak konvo 2,3 kali. Bukan sebab aku dapat naik pentas amik scroll bagai tapi aku rasa aku sangat bahgia hari tu diringi teman teman. Aku sayang korang. :)