At the first aku tak tau nak cakap apa bila aku baca entry Su ni. Cik Su ni memang suka buat aku speechless dan sangat buat aku rasa terharu adakalanya. Pertemuan singkat dengan dia selama 11 hari cukup membuatkan kami jadi rapat seperti sekarang. Selepas training untuk TM aku expext kami akan berada bersama dalam 1 department walopon berlainan Team Leader. Tapi di luar expectation aku seperti entry yang sebelum ni aku beritahu. Aku di transfer kepada Unifi Billing Department manakala Su dan yang lain tetap terus untuk Unifi Sales Department. Rasa berat hati sebab aku dah mula sayang mereka. Sangat sayang okay.
Tadi bila terbaca blog Su nampak nya untuk kali kedua aku kena beritahu yang aku masih sedih. Tapi kerja tetap kerja secara profesional nya tak mahu berpisah dengan kawan kawan bukan alasan yang relevant bila berkerja. Aku takpernah rasa se tenang seperti mana aku punya Su, Noris, Ket dan kawan kawan lain seperti sekarang. Mereka sangat sangat ______? Taknak beritahu nanti kembang pula. Semalam aku ternages depan mereka mereka woahhhh malu amat bila difikir balik.
Kan aku kata aku menangis depan depa semalam. Pastu hari ni mula la kena bahan dengan Ket and Zul pasal nages nages ni. Sentap tak? Haha apela sangat ape ade hal. Okay secara positif nya dah timbul aku dan kawan kawan ini bukan lah kawan tapi aku anggap mereka sepeti 1 keluarga. Bila bosan mesti aku turun cari dorang kat Office bawah. Haruuu.
What else? Memandangkan aku ke " Billing" usia training aku dilanjut kan kembali kepada sebulan. Sebulan pun sebulan la. Macam John kata tadi korang orang Sales hebat dalam product tapi nak jadi Manpower Billing Sistem sangat penting korang kuasai. Once korang dah tahu handle sistem everything gonna be fine.
Kbai ;)