Alhamdulilah sesi convocation untuk Diploma aku baru je berakhir. Seronok dua ronok tiga ronok beronok ronok der. Aku seronok la bukan sebab hari tu hari konvo je bukan sebab seketul scroll je tapi sebab aku jumpa kawan kawan. Oyeahh...! Baru aku tahu aku ramai kawan rupa nya. Memang terasa sangat rindu zaman berteman bersama kawan kawan.
Alhamdulilah jugak kawan zaman college still kawan terbaik aku sampai sekarang. What else? Aku akui memang sangat penat sepanjang minggu masih tak hilang. Tapi bila aku tengok kehadiran abah mak segala penat bagai sume hilang. Nak cerita sikit.
Plan dengan abah mak depa datang KL pagi Sabtu. But tup tup tup Jumaat magrib abah kata dah ada kat KL. Ni kes suprise la ni. Abah datang awal seperti yang dijangka. Sebenarnya nak ikut abah pagi Sabtu baru nak bagitahu dia dah available kat KL ni. Tapi memandangkan abah sesat so dia call la jugak aku Jumaat malam. Memang betol betol suprise la citer nye ni. Abah tersesat dekat ceruk Loke Yew tu. Jenuh aku dengan Encik Mon keliling KL.
Bila time Ahad tu abah mak nak gerak balik Johor semula hati aku terasa sayu. 2 hari abah dekat dengan aku terasa macam clear tenang bagai. Takperlu fikir macam macam. Aku hantar abah sampai Bangi sebab taknak dia tersesat lagi. Dalam kereta aku drive sorang nangis sikit berjurai jurai di ikuti abah mak follow dari belakang sampai Bangi.
Jutaan terharu jugak. After 3 years aku baru dapat kuntuman bunga hidup dari Encik Mon. Perasaan aku 'woahhhh"! Special thank you darling. Orang kuat aku dari permulaan hingga keakhir. Ha camtu la. Special thank you jugak untuk photographer aku kot la. Haha Apeng..! Aku rasa ko ni photographer yang gojes sikit. Betul ke? Kalo bole return back aku nak konvo 2,3 kali. Bukan sebab aku dapat naik pentas amik scroll bagai tapi aku rasa aku sangat bahgia hari tu diringi teman teman. Aku sayang korang. :)