My Adelia's fall asleep beside our master bedroom toilet! Adelia Adelia. Ibu dan Baba dah flatted habis semalam so saja biarkan anakanda main sendirian.
Inilah padah nya kalau Ibu let you sleep early !
Around 9.30pm dah gosok gosok mata tanda mengantuk. Selalunya 11.30pm and above baru ibu beri Dhia tidur awal tapi malam ni ibu baik hati. Haha, yes ! Finally around 1.30am dia terjaga. Nak ajak ibu main memang tak larat. So mommy and Baba gives you some spaces main ler sorang sorang anakanda. Dan akhirnyaaaa kami ketiduran!
3.30am terjaga dari tidur. OMG ! Dhia Adelia mengesot hingga depan pintu bilik air masterbedroom kami. Hahaha dan dia tidur lena atas lantai hokeyh! Ni mesti akibat main sendiri dan keletihan tak jumpa jalan menuju ke tilam comel beliau dan dia bantai tidur depan bilik air. Ermm ! Menakjubkan or kami laki bini yang tidur mati tak sedar. Wakakaka.
Oh Please darling. Lepasni memang ibu kena buat tembok bantal yang kukuh agar anakanda hanya bergulingan dan mengesot sekitar kawasan tilam sahaja. Cerita hari Khamis ! Wasalam.