Sunday, November 20, 2011

Rest in Peace, Bro.

Mata seakan berair hingus seakan meleleh. 2 malam minggu lepas yang sudah tak terbayang bagaimana terkejut nya aku bila seorang ofismate yang semakin rapat telah pergi dijemput ilahi. Beliau meninggal kami ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sesudah selesai bertugas ditempat kerja. Serius aku nyatakan aku masih lagi di dulang terkejut. Tak sangka macam baru seminit lepas kami bergurau sesama tetapi dia dah tiada untuk selama nya. Aku ingat lagi petang hari terakhir dia hulurkan coki coki. " Nah kau nak coki tak? Aku dengan selamba " Nak lah. Bab makanan aku takkan tolak" dan beliau " Amiklah nanti aku takut tak sempat bagi".

Beliau meninggal pada isnin hari 12.40 pagi dekat LDP. Kelibat beliau kami seakan tak percaya beliau tak datang kerja pada Selasa. Aku tengok dalam jadual menyatakan beliau MC. So biarkan lah tak mahu kacau. Rabu time tengah lunch ada orang beritahu beliau meninggal dunia Isnin lepas. Kami yang tak diberitahu dan tak dapat sebarang berita nyatakan beliau MC pada selasa hari rupanya dia dah tiada sejak Isnin lagi. Kami mula rapat dan dia banyak tinggalkan banyak kenangan best.

Al-Fatihah, 





Lepas ni dah takde orang nak tegur eyeshadow aku lagi. Dah takde orang nak ajak aku join game online dan yang paling sunyi dah jarang orang nak bahan membahan. Semuaorang masih terkejut dan redha. 

Selamat tinggal Luigi & Chibi

Buat pertama kali nya aku kena ucapkan takziah pada diri sendiri. Come on Nurul, Come on hidup kena diteruskan. Aku akui kematian yang tersayang berpunca dari kecuaian aku sendiri. Walaupun kecuaian aku sendiri hakikat nya luluh jantung aku, sesak nafas. Last week dalam 13 November aku ikut Encik Mon balik Jengka melawat ayahanda beliau dekat Hospital Temerloh. Kelalaian berlaku apabila aku tinggal kan Luigi dan Chibi dalam kereta sepanjang hari. Bodoh kan? 

End up Luigi dan Chibi mati kepanasan dalam kereta. Serius aku rindu 2 makhluk ni. Tersangat rindu. Antara keletah mereka akan sambut aku bila aku balik dari kerja. Bila aku nagis sorang sorang dalam bilik mata depa dok terkebil kebil tengok aku nagis. Mata aku terus berair bila tengok Chibi dan Luigi selamat meninggalkan aku untuk selamanya. Dari Temerloh sampai KL aku meraung tak henti, Kesian Encik Driver naik kusut beliau tengok aku mendayu berlagu teresak sepanjang perjalanan. Sedihkan?

Sampai KL Encik Kekasih straight kepada Pet Shop dia cari kan Luigi dan Chibi yang baru. Tapi aku tahu sama sekali tak sama. Sekarang mereka yang baru adalah Kiddo dan Luibi. Mereka sedikit gerun bila lihat aku. Tapi diakhir akhir ini wajah manja 2 binatang kesayangan ini seakan mengerti apa yang aku rasa. Mereka seakan faham bahawasanya mereka kena menemani aku dikala Encik Kekasih sangat sibuk dengan tanggungjawab dan type course beliau. Terima kasih sayang terima kasih 2 makhluk :)





Thursday, October 20, 2011

Bau Rindu

Hai sumeorang! Sekarang semua orang dah sibuk rasa nya. Kenapa semua orang sibuk? Sebab sumeorang dah ada tanggungjawab. Sehingga sumeorang buat aku rindu. Terasa rindu. Yang jauh terus jauh yang rapat makin renggang. Ini bukan pantun tak kena langusung pada rima nya. Aku tunggu Nanad dari wangsa maju datang jangan kata kan Nanad jejak jejak sms pun tiada. Nad. Ade kredit lebih sms aku ya. Fara. Entah patut ke aku rindu kau nyah?






Tuesday, October 18, 2011

Hanya 5 pieces.

Bila aku lihat gambar gambar konvo haritu aku jadi rindu. Aku juga ada perasaan rindu untuk sambung pengajian. Aku rindu jadi seorang pelajar yang dahaga kan duit untuk beli buku aku rindu untuk taip surat excuse tak hadir kelas aku rindu nak copy MC kawan kawan untuk Lecturer. Aku rindu nak pegi karaoke main bowling guna student card. Sangat indah dan ada juga sengsara nya. Ini aku cerita untuk zaman Diploma aku semalam. 

Rindu terusik bila aku kembali terpandang potret konvo kelmarin. Sume nya buat aku rindu. Rindu yang subjektif.

Terima kasih kesudian menunggu. 


Step by step to step. . . . 



Searching search and searching ..!


First flower first and first
Sebab memang itu janji dia first flower untuk first convocation



Cukuplah 5 keping dahulu

Gambar gambar ni sangat berkesan untuk buat aku kembali jatuh cinta dengan dia sebenarnya. Sangat sangat dan sangat. Doakan kesudahan semua nya baik baik. Doa dari keluarga dan sahabat serta kawan kawan sentiasa mengiringi kebahagiaan ini. 







Monday, October 17, 2011

Kalau dah gemok

Semalam lepas kerja aku ajak housemate teman aku untuk cari girlfriend untuk Luigi.
Luigi kekasih baru yang aku ada. Bila balik kerja lihat dia kekusutan sume hilang. Betul kata lecturer aku dulu spesies sepert Luigi pengubat duka serta therapy otak. Aku tak kesal ambil Luigi sebagai asisstant baru untuk malam malam aku. Okay kembali pada cerita.


Selesai cuci mata belai belai Persian di Pet Shop, housemate ajak aku timbang berat badan dekat mesin ukur berat badan dan ketinggian.  Coppp! Sebelum tu aku nak beritau housemate aku kata berat badan dia turun. But ...


Berat badan aku naik. Naik 3 kilo. Serius tak tipu. 2 tahun lepas aku timbang berat badan aku slim masih 45 tapi semalam 48 kilo. Aku harap aku tak silap. Jari jari kaki dan tangan makin membulat. Tugas di ofis tak memerlukan aku berdiri sambil buat kerja bahkan duduk sahaja. Buat housemate tahniah anda berjaya :)

Wednesday, October 12, 2011

Imagination


Dah habis baca dah? Kbai.

Thursday, October 6, 2011

Pengalaman


Aku jumpa benda ni dekat FB so tanpa segan silu aku donlod jela. Tapi apa yang aku nak kata untuk side perempuan benda ni betul. Aku selalu alami benda ni. Pantang terusik sikit memang akan marah tak semena mena. 

Men, kalau korang bebetul sayang kan Girlfriend korang try your best to appreciate them. Perempuan marah atas dasar sayang sebenarnya mereka risau. Perempuan merajuk atas dasar need your attention sometime. Kalau mampu jadi lah someone yang boleh memanjakan setiap perempuan yang korang sayang including your Mom first, your Grandma, Your Girlfriend.

Lelaki selalu bertanggapan bila perempuan pandai berdikari bila perempuan pandai bawa diri so korang tak perlu risau sangat and you will let her do by their own. Salah ye. Sebab apa pun mereka masih perempuan which need your attention, protection. Jangan pernah sesekali assume bila 'dia' your Girlfriend tak perlu risau sebab dia takkan kemana mana anda always be with you. Itu sama sekali salah. Dia memang Girlfriend korang but please jangan terlalu sambil lewa dan anggap itu hak mutlak. 

Monday, September 19, 2011

Saman

Testing testing. Berlapuk dah blog aku ni ha. Yeap memang tu aku sedar. Today raya ke 19 tapi suasana raya untuk aku bagi setiap tahun hanya 2 hari. Jangan risau aku bukan jenis yang suka pergi beraya suka habiskan duit untuk raya. Biasa lah duduk kepompong dalam diri sendiri memang macam ni.

Apa aku nak kata? Bila aku kata aku sayang seseorang makna nya aku sayang la. Kalau aku kata aku sayang duit aku? Memang aku sayang la tu. Tapi kalau aku kata aku benci pulak? Maksudnya aku still sayang cuma yang tu sayang sikit. Sebab aku memang dilahir kan untuk sayang orang banyak banyak dan orang sayang aku sikit. What else?

Aku senang maafkan orang tapi in the same time aku senang menyampah dengan orang. Bila aku menyampah memang aku terus menyampah la. 

Kat sini aku nak kasitau aku sayang duit aku dan aku menyampah dengan Polis yang saman aku. Tercemar dara lesen aku. After 4 tahun driving ni first time aku kena saman.
 Waaaa.. :(Kena saman pulak sebab tak pakai seat belt yang tu lagi menyampah.  Pasal issue memaafkan pulak? Aku tak dapat maafkan diri sendiri sebab terpaksa sedekah RM3oo bodoh bodoh je dekat goverment. Tak payah la sampai RM300 kan? 

Opss. 2 hari aku menyesal tak sudah issue kena saman ni. 2 hari jugak aku bising bising terkenangkan aku kena bayar RM300. Macamni la senang cerita, aku rasa aku kena balik kampung ASAP bodek abah sikit tolong bayarkan saman untuk aku. :)

Thursday, August 11, 2011

Tergodam


At the first aku tak tau nak cakap apa bila aku baca entry Su ni. Cik Su ni memang suka buat aku speechless dan sangat buat aku rasa terharu adakalanya. Pertemuan singkat dengan dia selama 11 hari cukup membuatkan kami jadi rapat seperti sekarang. Selepas training untuk TM aku expext kami akan berada bersama dalam 1 department walopon berlainan Team Leader. Tapi di luar expectation aku seperti entry yang sebelum ni aku beritahu. Aku di transfer kepada Unifi Billing Department manakala Su dan yang lain tetap terus untuk Unifi Sales Department. Rasa berat hati sebab aku dah mula sayang mereka. Sangat sayang okay.

Tadi bila terbaca blog Su nampak nya untuk kali kedua aku kena beritahu yang aku masih sedih. Tapi kerja tetap kerja secara profesional nya tak mahu berpisah dengan kawan kawan  bukan alasan yang relevant bila berkerja. Aku takpernah rasa se tenang seperti mana aku punya Su, Noris, Ket dan kawan kawan lain seperti sekarang. Mereka sangat sangat ______? Taknak beritahu nanti kembang pula.  Semalam aku ternages depan mereka mereka woahhhh malu amat bila difikir balik.



Kan aku kata aku menangis depan depa semalam. Pastu hari ni mula la kena bahan dengan Ket and Zul pasal nages nages ni. Sentap tak? Haha apela sangat ape ade hal. Okay secara positif nya dah timbul aku dan kawan kawan ini bukan lah kawan tapi aku anggap mereka sepeti 1 keluarga. Bila bosan mesti aku turun cari dorang kat Office bawah. Haruuu.

What else? Memandangkan aku ke " Billing" usia training aku dilanjut kan kembali kepada sebulan. Sebulan pun sebulan la. Macam John kata tadi korang orang Sales hebat dalam product tapi nak jadi Manpower Billing Sistem sangat penting korang kuasai. Once korang dah tahu handle sistem everything gonna be fine.

Kbai ;)

Monday, August 8, 2011

Berakhirnya 11 Hari

Pasti aku merindui 11 hari yang lalu sudah. Gonna miss the moment and gonna gonna miss you Miss Tashya. Rezeki berpijak nyata setelah 11 hari sekian sudah. Alhamdulilah.
Banyak jugak ilmu yang aku sedut tapi meresap nya tak tau la kan, kan, Insyallah aku praktikkan nanti.. Cakap banyak pun tak guna sebab aku tak reti nak gambarkan betapa hebat nya 11 hari aku yang lepas. Aku dapat kawan yang baik, instructor yang baik dan cantik, apalagi? Classmate yang kacak dan jelita. Tapi classmate yang jahat pon ade jugaklaa. Opsss ade ke? Haha entah.

Apa pun kesudahan training 11 hari aku tu memang sangat menggairahkan jiwa raga. Aku belajar menjadi budak train, budak baju kurung kembali dan budak yang berguna. Aku dah mula sayang korang weh.!  Miss Tashya? yang aku maksudkan instructor aku tu aku turut akan merindui ketegasan dia, kekusutan dia *kalau dia baca mesti dia kata " otak kau"*. ^^

Terima kasih kawan kawan yang banyak menjadi kawan aku sepanjang 11 hari lepas. Meh nak sebut 1,1 Errrr .. Leha, Liana, Dayah, Su comel, kenapa su? Okai abaikan then Kam, Zieha, Efaa, Norish, Affin, Channu, Jern, Dinna, Helmi, Ezani, Ket, Zul and Haadiy.

Training 11 hari lepas dekat TMTC atau TM Training Center Jalan Semarak cukup mengenalkan aku dengan macam macam ragam. Pak cik dan Makcik guard yang penuh dengan gaya peramah adalah salah 1 sebab buat aku rasa jatuh cinta walaupun kondisi bau kapet perap dalam kelas adakala nya takpa aku betah. Sebab aku dah mula jatuh cinta dengan telatah kalian. Besok bermula tugas aku sebagai minah ofis. Tunggu je la. Kat bawah ni sume gambar tadi iaitu hari terakhir. Ada gambar lain nanti la aku interprame.

Kenapa aku rasa kain Miss macam labuh je?
Miss Tashya bersama jejaka jejaka comel. Comel ke? Ermmmm pikir dulu.

Depan pintu pagar TMTC, Semarak
Gonna miss this moment
To Hadi : Kalau kau rindu kami kau boleh tengok la ni. Kalau kau rindu laa

In class and last class 

Waiting to Pakcik Teksi pick up us
Rerasa after thiss ade chance tak nak jadi TeksiMate Miss lagi?


Gonna Miss our moment Miss
Thanks a lot untuk 11 hari ni
Sob .. Sob .. Sobb..
.Sedih la pulak ... Agagagagagaga.

Friday, August 5, 2011

Terima kasih Tuhan

Hari ni merupakan hari terakhir untuk assesment sebelum aku hit floor menjalankan tugas kepada TM. Firstly aku tahu tadi sebenarnya performance aku sedikit teruk tak seperti yang dirancang. Aku nervous gugup sume ade. Actually assesment terakhir ni adalah roleplay untuk melayakkan aku mendapat pekerjaan ini selepas training 10 hari yang lepas.

Percentage untuk lulus adalah 80% keatas. Below 80% dikira fatal atau gagal. Susah sebenarnya. Tapi berkat doa dan restu dari abah, mak dan embah alhamdulilah aku berjaya. Even markah aku sipi sipi je. Terima kasih jugak untuk trainer kesayangan aku Miss Tashya sebab dia bagi aku peluang dan harapan untuk mula coba bertapak. Insyallah aku tak sia sia kan peluang yang diberi. Lepas je assesment tadi aku terus sms mak untuk beritahu aku pass.

Good Luck kawan kawan,
Aku doakan korang berjaya sebab aku dah mula sayangkan korang sume. Thank you jugak untuk kawan kawan yang banyak membantu. Next week kita jumpa dekat floor ;)



Thursday, August 4, 2011

Persefahaman


.Bodoh la.

Wednesday, August 3, 2011

August

Hari ketiga untuk hari berpuasa. Buat hari yang ketiga ni belum rasa mencabar sangat rasa nya. Tapi sesuatu yang aku tak expect terjadi. Aku ingat first day berbuka puasa dan sahur aku akan mengalami segala nya berseorangan tanpa abah mak, tanpa kawan rapat tanpa Encik Mon kerana beliau dengan hormat nya sedang bercuti. Tapi tapi dan tapi ..

Rupanya housemate aku pandai memasak rupa nya. Hari pertama berbuka dan bersahur sangat meriah. Aku rasa macam puteri lah pulak. Ceh taik la ko Nurul..! Haha aku bangun sahur lauk dah tersedia, aku balik berbuka pose housemate dah siap masak. Aku suruh dorg kejut aku untuk aku tolong dorg masak dorg tak kejut. Apa yang aku tahu? Makan, basuh pinggan sambung tido. Blah la ko Nurul dah dasar pemalas memang ko rasa heaven je la kan camtu?Sambil tu aku menunggu buah hati baru menghitung hari untuk dia menjadi sebahagian hidup. Dah dah puitis la pulak. Serupa jilaka.  Mak abah embah cium sikit ;)

Monday, August 1, 2011

Konvo

Alhamdulilah sesi convocation untuk Diploma aku baru je berakhir. Seronok dua ronok tiga ronok beronok ronok der. Aku seronok la bukan sebab hari tu hari konvo je bukan sebab seketul scroll je tapi sebab aku jumpa kawan kawan. Oyeahh...! Baru aku tahu aku ramai kawan rupa nya. Memang terasa sangat rindu zaman berteman bersama kawan kawan.

Alhamdulilah jugak kawan zaman college still kawan terbaik aku sampai sekarang. What else? Aku akui memang sangat penat sepanjang minggu masih tak hilang. Tapi bila aku tengok kehadiran abah mak segala penat bagai sume hilang. Nak cerita sikit.

Plan dengan abah mak depa datang KL pagi Sabtu. But tup tup tup Jumaat magrib abah kata dah ada kat KL. Ni kes suprise la ni. Abah datang awal seperti yang dijangka. Sebenarnya nak ikut abah pagi Sabtu baru nak bagitahu dia dah available kat KL ni. Tapi memandangkan abah sesat so dia call la jugak aku Jumaat malam. Memang betol betol suprise la citer nye ni. Abah tersesat dekat ceruk Loke Yew tu. Jenuh aku dengan Encik Mon keliling KL.

Bila time Ahad tu abah mak nak gerak balik Johor semula hati aku terasa sayu. 2 hari abah dekat dengan aku terasa macam clear tenang bagai. Takperlu fikir macam macam. Aku hantar abah sampai Bangi sebab taknak dia tersesat lagi. Dalam kereta aku drive sorang nangis sikit berjurai jurai di ikuti abah mak follow dari belakang sampai Bangi.

Jutaan terharu jugak. After 3 years aku baru dapat kuntuman bunga hidup dari Encik Mon. Perasaan aku 'woahhhh"! Special thank you darling. Orang kuat aku dari permulaan hingga keakhir. Ha camtu la. Special thank you jugak untuk photographer aku kot la. Haha Apeng..! Aku rasa ko ni photographer yang gojes sikit. Betul ke? Kalo bole return back aku nak konvo 2,3 kali. Bukan sebab aku dapat naik pentas amik scroll bagai tapi aku rasa aku sangat bahgia hari tu diringi teman teman. Aku sayang korang. :)





Wednesday, July 27, 2011

Kisah Budak Rumah

Aku berprasangka ada seseorang yang mengapi kan yang memutar belitkan cerita memfitnah aku perempuan itu beritahu itu ini pada kau menidak nidak kau mecela aku yang bukan bukan. Hanya kerana akutakmahu tolong dia. Perempuan tudung litup itu beritahu macam macam. Aku rasa dia yang jahat. Sepertimana yang aku faham dia di beritahu oleh seseorang juga yang bertudung litup bahawa aku ini memburukkan burukkan kawan sendiri *she* aku dituduh seperti aku ini seorang yang terlalu jahat.

Kau tulis dekat wall fb selepas aku minta penjelasan kau. Kau maki aku kau keluarkan ayat ayat hina. Tak baik lah kau buat kawan kau macam ni. Sekurangnya kalau kau tak anggap aku kawan kau. Sebagai perempuan malu lah sikit kau mencarut kau sebut kemaluan perempuan kemaluan sendiri kau mencarut itu ini tak malu? Aku tak tahu kalau statement yang kau tuju tu benar kau mahu lakukan. Kau kata kau mahu tampar perempuan ini kan. Ya aku tunggu.

Aku tak salah dan aku tak takut. Sebagai insan aku hanya tersenyum lihat gelagat anjing anjing baik berlitup atau berpura pura bagus. Aku baca status kau dekat Facebook dan aku ngerti segalanya. Kalau dah memang jalang si jalang lah.

Cukup lah cukuplah cukuplah.

Tuesday, July 26, 2011

Jakun

Currently aku menaip dari dalam kelas. Condition yang bagus yang enak yang selesa. Kawan kawan yang happening serta gojes instructor mengiringi perjalanan hari hari dalam  training. Even banyak gila perkara melanda walhal aku makin benci menanggap tuan rumah sewa yang lama adalah seteruk teruk insan serta penghuni nya.

Erm eksaited nak cerita untuk 11 hari training menjadi TM Unifi Centre (TMUC) sangat seronok. Dan aku harap seronok ini berkekalan. Apa cerita MSU ya? Aku rindu MSU tapi hati masih berbelah bagi. Abah kata aku kena ada pendirian yang teguh. Mungkin cantas segala yang menghalang itu jika perlu.

Selasa hari ini hari kedua, sedikit penat tapi juga sedikit bahagia. Memandangkan aku terputus bekalan internet dirumah sewa jadi rindu dendam untuk menaip aku lepas kan dekat kelas. Kelas UNIFI duduk didepan PC tak sah la kalau takde internet. Kikiki.
Dekat dalam kelas TM block lama sosial so aku puasa FB ;)

Friday, July 22, 2011

Pasal Kawan

Tak baiklah kau buat kawan kau macam tu. Aku selaku minah hati fragile nak kasi tau sikit. Kawan memang la kawan tapi tak semestinya kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa baik baik bila dekat korang. Bila jauh jadi diam. Itu adalah perkara paling sunyi.

Apalagi? Selaku minah hati fragile jugak nak kasi tau tak baik kau bermuka muka. Aku paling benci benda ni. Kusut terus kusut tapi bukan kusut sebab kawan lagi. Aku tak suka budak rumah aku. Ni statement last pasal budak rumah before aku blah dari rumah ni. Aku dah kerja dah takde masa nak fikir pasal orang yang suka buat aku sakit hati. Moga Allah balas apa yang korang buat kat aku. Aku nak rumuskan korang tu bukan specific dekat budak rumah aku je tapi buat kawan kawan yang ada ciri ciri di atas. Aku penat dengan perangai minah minah sopan camni tapi tak perlu aku kasi tau 1 dunia. Tapi ni dah kira macam aku kasi tau la kan?


Bila kita buat baik dengan orang, Allah pasti balas baik dekat kita.

Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulilah

Secara official nya  aku nak beritahu aku diterima menjadi salah seorang staff dekat TM major untuk UNIFI Department. Alhamdulilah Allah permudah kan jalan untuk aku terus bernafas. Erm pagi tadi aku keluar dari rumah berbekalkan sedikit restu dari suami. *Woahhh* gelabah la kau minah. Pembetulan bukan dari suami tapi dari kekasih hati. Ade la berbekal sikit restu tu walopon aku mengamuk sebab dia tak dan nak amik cuti untuk teman aku.

Okay bukan restu dia la sangat pon tapi restu terbesar dari mak abah dan embah. Interview di pagi hari quite so great. Aku terhibur dengan interview tu. Interviewer mereka sangat sempoi ye kawan-kawan. What else? 1 malam aku prektis cakap omputeh dalam bilik. Dalam area pukul 1 cenggitu done for interview straight balik rumah. Petang lepas asar baru je nak tidur TM call bagitau aku diterima. Woahhhh aku tak tau apa perasaan hebat aku rasa time tu. Sebab sebenarnya aku memang sangat eksaited nak nak kaki internet macam aku memang rasa tertarik la bila dapat kerja dengan company internet terbesar. 



Gelabah kan bunyi nye? Aku pun rasa entah pape entah. Heh.

Alhamdulilah alhamdulilah and alhamdulilah.
Terima Kasih Ya Tuhan. 

Tuesday, July 19, 2011

Juvana Perasaan

Belajar berani buat keputusan adalah sesuatu yang mencabar dan berani mengambil risiko. Bila aku rasa diri dah semakin dewasa aku kena faham setiap jalan yang kita pilih buruk  baik nya bersedia untuk terima sebarang risiko. Tabah kan hati dan jangan putus asa itu salah satu perkara untuk berjaya. Ya mungkin. Mungkin rezeki ada kat mana mana. Jika itu yang terbaik aku akur. Terima kasih untuk sesuatu. Terima kasih untuk seseorang. Seseorang yang aku tak tahu siapa. Saat getir ini yang aku sendiri tak tahu apa perasaan sebenar aku. Seperti nya aku macam tiada perasaan. Perasaan atas sesuatu seperti putus di tengah jalan. Ini bukan hal percintaan. Oh tidak sama sekali tidak.

Jangan tanya aku sebarang soalan berat berat. Seperti, " tak rugi ke?, so lepas ni nak buat apa?" soalan itu mungkin amat mudah bagi dewa dewi yang punya jalan tersendiri. Tapi bukan aku. Aku tak mampu menjawab soalan pro dan kontra ini. Ada bilangan yang setuju dengan keputusan aku itu. Terima kasih aku sayang ayat bunga bunga dan pengalaman hati buat siapa yang faham. Ini kehidupan nama nya. Kerana itu pengalaman cikgu yang terbaik.

*Speechless*

Thursday, July 14, 2011

sedar sedar angan

Situasi dimana aku sangat stuck berkerjaya. Berkerjaya yang aku maksud kan aktif berfikir. Mana tak nya aku rasa ada la dalam 2, 3 hari kelas yang aku tak masuk last week dan 1 hari punya kelas untuk this week. Mengakibatkan aku sangat sangat bersituasi dengan kertas mc dan buku. Aku rasa macam baru je sikit kelas tak masuk tapi dah buat semua nya jadi tunggang langgang. Mana tak nye ade test (+) assignment mengejut. Moral of the story : Jangan ponteng kelas. Rugi rugi.

Selain itu untuk kali yang ke berapa entah LOAN PTPTN aku kene reject. Aku tak tahu apa lagi masalah yang tak kene dengan Management tempat aku mengaji sekarang. Dan aku pun tak tahu sampai bila kena tunggu. Aku re-appy MARA. Tapi sekadar apply sebab aku tak expect too much untuk dapat. Ade rezeki ade la. Akibat nya abah as a Gabenor beso sentiasa dalam mode stand by. Pernah sekali bila aku tengah berduit aku selalu terbayang muka abah aku as a Gabenor dekat wang kertas tersebut. Banyak kejutan sepanjang tahun ni.

Apa lagi kejutan selepas ni?

Monday, July 4, 2011

Bila Anjing makan durian.

Ade sorang bekas kakak rumah aku ni maksud aku rumah sewa. Dia sudah berpindah sebab nak kahwin hujung bulan 7 ni. Maksud nya bulan 6 bukan terakhir dia sewa rumah ni. Dan dia merupakan generasi orang lama terakhir yang tinggal kan rumah aku ni. Apa yang aku nak kata pasal kakak ni? Dia seorang kakak yang sangat menyusahkan orang. Kahwin pun menyusah kan orang tak kahwin pun menyusah kan orang. Kenapa aku cakap camtu?

Dia adalah seorang yang suka buat aku bergaduh dengan budak rumah lain pada mula nya. Dia jadi sakit hati kalau ada budak rumah yang baik sesama budak rumah. Pelik tak? Aku dapat rumah ni dari Mudah dot My masa aku terdesak nakkan rumah time konon nak register dekat Unisel pada mula nya. So aku bantai sauk je la bila first time aku dapat rumah ni. Mula aku tak tahu perangai dia yang macam celaka tu. Sampai la bila nak keluar rumah kerana nak berkahwin still macam celaka. Apa yang celaka nya?

Okay cerita nya bermula pabila sedikit demi sedikit bila kami bangun dari tidur barang barang rumah hilang di angkut leh Si Kakak tersebut. Dia bawak barang barang dan di bawa pindah ke rumah yang bakal dia duduki selepas berkahwin. Dia bawak Tv rumah, Dia bawak rak rumah, meja yang sudah beranai anai, rak kasut dan ampaian yang hampir roboh dan akhir sekali dapur serta gas nya. Okay yang paling aku tak boleh terima dia bawak dapur gas itu sangat bangsat bagi aku. Dan televisyen yang hanya separuh gambar nya. Itu semua adalah barang rumah. Kau rasa itu patut tak? 

Tu sebab aku kata tak kahwin menyusah kan orang kahwin pun menyusahkan kan? Supo bangsat. Hello lelaki kepada bakal suami kakak ini takkan takde rasa ego dan malu. Kau makan dan kau  tonton hiburan dari barang barang budak rumah sewa bini kau. Ape? Kalo itu pun kau tak mampu dapur gas pun terpaksa mengemis tv pun kau terpaksa rela kan bini kau mencuri baik jangan kahwin baik jangan. Kau nak kahwin nak mulakan hidup baru tapi kau buat orang menyumpah seranah buat orang marah membabi buta perkahwinan kau. Kalau bercerai baru nak sedar kah? Yaaa ampunnn gram nya aku. Haha.Eh kau kakak? Macam tak layak di panggil kakak. Apa pun kau memang haram jadah serta bangsat. Tak tahu malu.

Thursday, June 30, 2011

Kejadian 23 & 28 June 2011

Celebrating suprise birthday. . . 
Yaaa ampun. Thanks Encik Kekasih untuk segala suprise sepanjang 23 June sebelum dan selepas. Saya sayang awak ketat ketat. Terima kasih jugak untuk those yang terlibat. Suprise party untuk tahun ni simple dan sangat cool. Sangat sangat..

Saya tahu banyak benda yang Encik Mon plan tapi ada je halangan. Saya dapat tahu dari kawan kawan. This year is a last for celebrating birthday secara suprise dan bersama kawan kawan. Beliau kata next year adalah tahun meraikan Hari Lahir dengan cara matang atau erti kata lain dengan cara romantic. What is that? Candle lite dinner baby?Haaa ..

Venue : Kg Melayu Subang
Date    : 28 June 2011
Time   : 8-40 - 11.10 pm

Rasa tak macam terlalu jambu? Haaa
Beginning.. 














I Love You, I Love You I Love You. Damnn I love all of you. Thanks for this moment. 
Malam tu memang terlalu cool gila. Haha saya tahu Encik Kekasih sangat aktif berfikir hingga kedalam tidur beliau tak habis sudah berfikir bagaimana pattern Hari Lahir saya untuk beliau raikan. Lain kali tak perlu pening dan tak perlu ikut request yang saya mahu tu. Ini sangat memadai  dan terlalu memadai. Saya ada kawan baik bersama saya, saya ada awak wahai Encik Kekasih Hati, saya ada bakal bakal jurugambar serta jurumekap mungkin untuk masa hadapan. Terima Kasih kawan kawan, Kekasih Hati. 

* Kenyit mata sikit*  

Opsss ramai orang tanya pasal hadiah. Hihi terima kasih jugak untuk sesiapa yang bagi hadiah. Hadiah dari Encik Kekasih? Hadiah yang paling bernilai, bila saya dapat lihat awak sangat bahagia bersama saya. Cukuplah sekadar itu ;)

Friday, June 24, 2011

Selepas 23 June 2011

Terima Kasih Ya Allah kau panjang kan umur ku hingga 22 Tahun. Kan aku cakap 22 tahun maka nya 23 June semalam genap lah tu kan? Banyak sangat wishes yang aku dapat. Jenuh nak reply walopon hanya wishes seringkas "HB" tapi aku rasa ianya bermakna. Bila wish Hari Lahir ni muncul ramai sangat kawan lama dan kawan baru indirectly kemesraan terwujud. 


Thanks a lot aku sayang korang ;)

Anyway aku sempat copy and paste few of wishes yang aku suka. Antara nya ;)



Aku rasa terharu sikit hasil cakar ayam si Farah ni. Haha memang tergelak besar bila aku tengok. Siap ada bikini bagai. Okay kat sini bukan nak sambung pasal bikini ye. Kikiki. Kan aku cakap tadi aku sayang sume orang. So tak mesti nya aku sayang Fara je sebab mentang mentang dia edit benda alah ni untuk aku. Haha. Cuma around 9o lebih wishes yang aku dapat kat FB yang ni la macam yang lain dari yang lain. Thanks nyah... ;)

Apa lagi? Adaa lagi wishes yang aku suka ..
Yang ni pulak ... Klik image untuk tumbesaran ..


Aku suka gila ayat mamat ni. Sebab? Sebab dia tanya aku "Besday ko ek, Suka tak?" Haha tu ayat yang dia bagi. So at the first aku terus tinggal click "LIKE" je tanpa banyak bicara menandakan aku suka. Hahahaaa... Simple kan? Tapi wishes yang lain tu pun aku suka jugak. Cumaaaaa....

Apa yang tak best nya 23 June time birthday aku tu sampai la hari ni aku demam pulak. Ermm sebenarnya nak ikutkan hati 23 June Khamis tu tak yah la kot aku gi kelas sebab sebenarnya tak mampu dah demam time tu. Tapiii kannnn aku nak tengok reaksi budak kelas and kawan kawan. Dorang happy je hari tu untuk aku so lupa kejap yang aku demam. Haha niat pun dah salah kan? Nak gi MSU semata mata niat lain bukan belajar. So apa yang Mr Arun Lecturer aku berbangsa India tu ajar langsung tak masuk kat kepala hotak. Start 12 malam 23 June tu sms, bbm, pm dekat inbox, dekat wall FB and dekat twitter tak henti henti dengan ringing baru dan notification. Thanks sume.. 

Aku tahu dan aku masih tertunggu ade few person yang termissed wishes kat aku. Hihi bukan aku bajet artis tapi aku rindu dengan teguran korang tu. Dah lama tak contact tapi time birthday pun tak appear. Takpela okay je.Ermmm lagi 1 embah pun tak call aku wish. Hampeh tol and at the last aku call embah tagih wishes dari dia. Wishes dari emak pulak? Cool gila sebab almost 25 minutes mak call aku wishes dengan statement yang sangat panjang. Time hari kelmarin aku rasa ohhh ramai rupanya yang sayang aku. ;)

Kenapa aku demam time Birthday aku tu? Ramai orang kataa alaaaa tak best nya demam time birthday. Jawapan aku simple " Demam nak membesar kot " Kikikiki...

With Love,
Nurul

Kunci punya Hal

22 June 2011

Macamana entah kunci kereta boleh hilang. Dah sehari suntuk kat kelas petang tu nak balik baru perasaan kunci kereta takde dalam beg. Tak de? Hilang okay hilang...! Haruu di buat nya. Paling best sekali time tu juga beteri blekberri putus haid empty terus. Tu memang buat aku tak boleh terima terus. Tekanan tekanan. Betri tinggal 2% cepat cepat aku terus call Karem *bf aku* bagitahu apa yang terjadi. Beliau terkesimaaa sebab memang beliau yang akan bertanggungjawab dalam kebajikan kehingan macamni selalu nya. * Aku bajet lepas aku call dia mesti dia garu garu kepala tanda pening* 

Aku pun pening. Aku terus buat tawaf Sa'ie dekat MSU cari cari kunci sebatang yang hilang tu, tak jumpa jugak. Terus pegi Tesco tanya kaunter barang dia then pergi jugak kedai photostat yang aku pegi dengan Aifaa. Keputusan mengecewa kan. Aku termenung sekejap. Untung time betri tinggal 2% tu aku sempat call Karem bagitahu lokasi babywhite. Meanwhile aku pegi jugak kedai kunci tanya harga anggaran untuk menghidupkan kereta aku kembali. Wtf!! arround RM180 laa kawan kawan. Memang kene akikah duit aku camni gamak nya. Aku lupakan pasal kedai kunci tadi. Then aku teruskan semangat tunggu Karem habis kerja.

6.00 - 10.00 pm
Karem sampai operasi kopak pintu bermula. Memula tadi aku mengharap kunci ada tertinggal dalam kete ke ape. Tapi mengecewa kan kunci comel itu tiada sama sekali dalam kereta. Last solution buat kunci baru. Karem bukak starter bawak pegi kedai kunci tadi RM55 melayang. Karem sempat cakap lain kali duit gaji tu sedekah sikit dekat Masjid. Aku pun rasa macam tu. Dari pagi aku kat MSU sampai tengah malam baru sampai rumah ni sume gara-gara kunci hilang punya pasal. Aku rasa nak putus nyawa time tu. Bila dapat start balik Babywhite aku lega dan sangat menghargai bersyukur sebab aku ada babywhite ;)






Nota Kaki :
Actually ni bukan kali pertama Karem kopak tingkap kereta aku tapi dah berkali  kali. Kesnya sebab aku suka tertinggal kan kunci dalam kereta. So aku anggap memang die dah expert. Syabbbasss bhaiyaaa!


Tuesday, June 21, 2011

Selamat Hari Ayahanda

Selamat Hari Bapa kepada Abah. Saya dah wish secara life after balik keje Ahad tu. But then still rasa tak puas lagi nak wish berulang kali. Hari Ibu kerja, time Birthday abah tu tak balik jugak sebab final exam. Same goes with this Father's Day tetap jugak bekerja dan tak dapat balik kampung. Hadiah untuk abah tetap ada. Cuma tak rasa kepuasaan jer la wish through on phone.

Nurul   : Hello abah. Abah tengah buat apa tu?

Abah    : Tengah baca paper. Nurul ada kat mana?

Nurul   : Ade kat kedai makan baru nak makan.

Abah    : Untunglaa abah makan biskut je.

Nurul   : Cehh nak buat ayat kesian laa tu. Benci..! Abah.. Selamat Hari Bapa,
               Semoga abah panjang umur murah rezeki.. Aminnnn! Nurul sayang abah...!

Abah    : Errrrr.... Ape pulak murah rezeki. Doa untuk diri sendiri la tu. 
               Kalau abah yang murah rezeki Nurul laa yang untung. Ye kann? Haha.

               ( Main kasar abah nih nada berbaur sinis )

Nurul   : Hehe ape pulak..! Hihi tahu tahu je.

Perbualan ringkas ini buat aku sangat merindui abah. Dari kecik abah faham serba serbi sedikit pasal aku. Contoh nya dari kecik lagi abah yang selalu beli kan baju, kasut, abah tahu coklat kesukaan aku. Abah tahu apa nak buat bila aku marah, abah pandai guna pancing yang sesuai bila aku merajuk. Bila besar abah tak malu bila aku minta abah beli kan pad dan semestinya. Abah sangat sinonim dengan anak tunggal nya ini. Sampai sekarang abah juga sangat memahami pasal teman lelaki, pasal apa yang anak nya ingin kan. Paling penting abah orang yang sangat setia dengan aku. Jadi teman lelaki yang baik untuk aku  teman yang penyabar seperti abah, pandai memasak seperti abah. Abah jangan tersedak sedak ye. Hihi ;)


Itu lah abah. Dan hanya seorang abah yang aku punya.






Sunday, June 19, 2011

Budak Baju Biru & Auntie

Rutin hujung minggu kebiasaan bernafas sebagai promoter. Promoter definisi tepat bagi sarang kehidupan aku.. Promoter : 

+ promote lebih kurang + customer buat muka palat - tak kisah = janji dapat payment.

Minggu ni tugas menggairahkan sebagai promoter kotex. Aku tak malu jadi promoter kotex walhal aku bangga sebab bukan kerja yang terkutuk aku buat. Tak mencuri, tak minta sedekah, tak jadi GRO itu dah bersyukur kan? Okay bukan pasal soal rezeki nak cerita sekarang ni. Tapi pasal ini ...

Aku      : Hi miss...! Kita ada promosi tau sekarang.

Auntie : Promosi kah? Apa promosi?

Aku      : Untuk maxi 60 pieces dalam twin pack miss bole dapat 13.80 ringgit
                sahaja. Blaa blaa blaa..

Auntie : Oh saya sudah lama monopos .....

Aku      : Ohh itu macam kahh? Boleh beli kasi anak pakai. Manyak murah tau auntie.

Auntie : Anak saya semua laki laki maa. Itu wife dia pun pregnant.

Auntie itu masih tersenyum manis. Terima kasih auntie auntie bukan 1 or 2 auntie aku alami kejadian yang sama. Auntie bandar nampak terlalu muda dan moden. Oh terima kasih SK 11 berikan auntie ini semua keyakinan. Kerana diri mu begitu berharga.






Friday, June 17, 2011

Unsur Kawan Legend

Ramai kawan baru yang aku kenal untuk semester baru. Alhamdulilah sebenarnya lama dah kenal tapi macam baru nak mula mesra. Lambat betul aku panas enjin nak rapat dengan kawan kan. Ini membukti kan aku sangat negatif dalam berkawan. Bukan apa pengalaman pengalaman banyak ingatkan aku unsur berhati hati. Mereka sume sangat comel pada aku. Welcome kawan. Ekeke. Apa lagi nak cakap? 

Aku bukan lah sorang yang optimis dalam sume hal dan bukan lah yang always negatif. Tapi aku jenis yang takut hilang kawan lagi. Aku tak suka tinggal kawan tapi aku benci kawan yang suka mula buat taik. Biasalah sume orang macam tu. Tapi kannnnn... Once bila dah rapat aku sangat protektif dan baik dengan kawan. Tu sebab aku tak suka terlalu rapat dengan kawan sebab bila terlalu rapat aku takut kehilangan dan aku takut kawan jadi sambil lewa dengan aku. Tapi Insyallah kalau dah aku panggil korang sayang tu memang aku sayang lahh. Tapi kalau aku cakap aku benci korang tu aku pun sayang jugak. Haa camana tu? Kan aku cakap tadi aku sangat takut kehilangan kawan. Sebab perasaan bangsat ni lah aku jadi macam susah nak berkawan. Tapi semester baru ni bukak mata aku yang ramai rupa nya kawan yang baik keliling aku ni.

Hai kawan baru ...! Selamat berkawan. Hai kawan lama......! Kita tetap kawan macam dulu tau. Cuma kekangan putu malai aku jadi sibuk dengan hal sekolah hal remaja dan hal weekend job mencari rezeki. So bukan aku lupa ko atau korang tapi aku busy sikit. Ade yang  mereka tu jangan merajuk ya. Nanti aku sayang korang lebih. Aku tegur yang mana suka mencapap dalam page fb aku tuh. Yeaayhhh disini lah kebaikan mencapap. Errrr mencapap....

Kawan jauhh pulak? Maaf lah kawan korang kawen awal sangat aku belum ade kemampuan masa dan wang ringgit. Ape pun doa dari jauh selalu aku hulurkan. Kawan facebook kawan blogger muahhh sikit? Hihi. Apepun Embah Wedok tetap kawan baik aku. Kawan dari kecik sampai besar. 



*Baru aku sedar aku ramai kawan dan kesedaran ini buat aku kembali bangun*

Terima Kasih Bahagia ;)


Thursday, June 16, 2011

Cuma itu Saja

Siap je lepas buat review pasal KL Gangster tadi nafsu tak puas puas nak kata yang aku nak habis belajar cepat. Mata terkebil kebil aku fikir nak drop ke tak subject English Enrichment kelas petang tadi yang baru sebentar aku masuk. Hati aku meronta nak drop subject tu tapi bila aku refer dekat subject structure keadaan macam tak mengizinkan. That is because kalau aku betul folow structure tu memang dah cantik lah hitung punya hitung degree Human Resources aku hanya 2 tahun 8 bulan sama macam diploma Childhood Education dulu 2 tahun 8 bulan jugak.

Insyallah 2 tahun 8 bulan for completing Degree course without any repeating subject or deffer semester. Aku sangat berdoa elak benda tu sume sebab desprate gila nak habis belajar. So that counting around 2 years to go to complete on this Bachelor level. Fuhhhh!


Semester 3 untuk diri sendiri campur short semester or semester 2 in MSU ade la few of azam yang aku tekadkan dalam jiwa. Hopefully I'm standing to succeed in achieving the goals. Haha ade goal sendiri daaa zaman dah maju. Bukan apa bila kerja part time ni baru aku rasa sendiri susah cari duit so macam tu la yang mak abah rasa jadi taknak lah bazir kan duit mereka macam tu saja. Aminnnn! 


KL Gangster blogger version

First time dalam sejarah Encik Boyfie kasi permission and agreed watched the mid night movie. Hehe ni sume gara KL Gangster punya pasal. Review dari aku cerita ini sangat menarik tak la tertunggu tunggu asyik tengok jam bila nak habis. Starring by Abg hensome Aaron Aziz ecehhh, Adi Putra, Shamsul Yusof dan lain? Kalau nak tahu pegi la tengok. Tak rugi je aku rase.

Habis je KL Gangster tadi si dia dah bising tak sabar nak tengok transformers pulak. Okay bukan pasal Encik Boyfie yang aku nak citer. Tapi aku nak buat review sikit pasal citer ni. Fight action dalam cerita ni memang terbaik la aku rasa. Bagus! What else?

Aku tak berapa minat sangat cerita gaduh gaduh perang perang sebenarnye sebab kadang kadang citer camni espcially citer Malaysia kurang moral dan unsur baik hanya kosong semata. Tapi dalam citer ni berkisar kisah kehidupan Si Malik yang dihimpit kekangan hidup sampai terjebak kekancah kehidupan yang negatif. Aku suka part Adi Putra ade rase belah kesian then bubuh RM50 dekat poket budak jalanan time tidur. Selain tu lawak membunuh Zizan dan Sofi Jikan memang best! Selain itu ianya berkisar tentang,


Kisah bapa dan anak tiri juga berbunuhan sebab sifat tamak sanggup buat apa saja


Seorang abang yang punya kisah gelap masa silam dan akhirnya menjadi penyebab kesusahan hidup berpanjangan. Usaha cuci tangan maksud nya taubat! Taknak terjebak lagi dengan kerja kotor dan duit haram serta usaha memperbetulkan kesilapan adik adik


Memang superbbbb!
Balik terus aku buat review nasib baik besok kelas petang kalau pagi memang cari nahas la jawab nya ...