Friday, February 17, 2012

Hamster Kawen

Enam ekor hamster aku sangat bising dan berbunyi pada tengah malam. Adoi bisingnya hingga memecah kesunyian. 2 daripada nya Kiddo dan Luibi. Sekitar 11.47pm


Mak    : Anak-anak Nurul tu la yang bising.
Aku     : Oh? Habis macam tu, cucu cucu emak la tu
Abah   : Hahahahahaha *tanpa henti*
Aku     :  -_-


Macam tu pon bole? Ke abah dah tak sabar nak ada cucu sendiri ni?
So sila benarkan Nurul kawen :)



Thursday, February 16, 2012

Al-Fatihah Embah Wedok.

Tanggal 13 February 2012, 5.30am.
Allah sudah mengambil semula insan yang amat aku sayangi yang
dia pinjam kan pada ku."Embah Wedok" sudah amat sinonim dalam hati ku, setiap hari tidak lekang dari bibirku. Bukan apa kerana kami amat akrab. Setiap apa yang aku buat, setiap apa yang aku buat aku akan tanya pendapat dia dulu. Dia seakan ibu, seakan, kawan baik kerana dia insan yang menjaga aku dari kecil menegur aku hingga dewasa. Aku sayang kan dia tapi Tuhan lagi menyayangi dia. Lebih kurang 10.45am Jenazah selamat dikebumikan.

Disaat ini aku tak mampu banyak bercerita. Mak selalu bilang, redha kan pemergian embah jika tak mahu roh embah bersedih. Emak selalu bilang jika aku sayangkan "Arwah Embah" hanya doa dan yassin pemujuk hati sebagai pengubat rindu kepada Embah. Susah benar rasa nya menerima ketiadaan embah. Tapi apakan dia. Embah sudah pun selamat menempuh kehidupan dialam baqa'. Embah sudah menemui kehidupan baru. Aku, abah dan Cik Jah sempat melihat wajah embah dimandikan, dan menolong dikafankan. Itu sudah cukup puas bagi aku. Wajah suci embah disaat itu sering membayangi aku. Dan aku tak sangka aku terima ucapan Takziah pertama kali dalam hidup kerana pemergian Embah Wedok. Ya Allah.

Selepas ini, pada statement bill telefon ku tiada lagi nombor kepunyaan embah yang acapkali banyak pada bukan selepas nya. Selepas ini telefon ku tiada deringan dari embah. Kerna embah sangat suka menelefon aku saat dia keseorangan ditinggalkan Embah Lanang *datok* kesurau. Sunyi benar kata nya. Kini, walaupun aku dial number henfon embah sudah tiada jawaban. Ya Rabbi. Embah strok selama 3 minggu. Kali terakhir embah kata sangat sejuk pada pukul 4.30am di wad hospital. Satu jam selepas itu dengan mudah nya nafas embah terhenti. Doktor kata embah tidak boleh diselamatkan. Kuman menjangkiti paru paru embah sangat pantas. Kuasa Yang Maha Esa. 

Semoga Roh embah diletakkan dikalangan orang yang beriman.
Selamat jalan embah, "Al-Marhumah Missdinah Bt Sulaiman" Al-Fatihah.



Thursday, February 9, 2012

Embah Wedok

Aku menulis dari dalam hati, walaupun lakaran nya tak kelihatan tapi pedih dan jiwa songsang ini terasa berdetak amat ku rasakan. Sejak 25 Januari 2012 lepas aku dengar berita embah jatuh dimamah usia. Walaupun sebelum ni usia embah makin getir dimamah hari, tapi aku redha jika ketentuan nya begini. Saban hari aku tak sabar menunggu embah kembali pulih.

25 Januari 2012 itu embah jatuh ditimpa stroke. 2 hari sebelum sudah aku baru pulang menemui embah tapi lusa nya aku dengar berita kurang baik itu. Hati aku remuk. Pada saat itu aku sangat perlu seseorang aku butuh perhatian seseorang yang mampu menanggung menjadi pendamping duka. Aku akur jika di saat itu aku hanya berteman air mata, tidur bertaman kepenatan.
Oh Tuhan, kelmarin aku bisik pada embah wedok, "Embah.. Nurul tak pandai jaga embah bila tengah sakit, Tapi Nurul nak embah tahu, embah kena cepat baik sebab Nurul takkan duduk KL lagi dan tinggal embah tapi akan selamanya di Johor untuk Embah, Abah dan Emak. Embah cepat sembuh ya" 

Embah Wedok seperti teman baik, sahabat akrab, tempat aku mengadu segala nya dan tempat aku peluk dia bila malam malam aku sunyi.  Aku tak mampu lagi Tuhan.