Sunday, July 27, 2014

Kudrat 20 minit

Assalamualaikum, Selamat mengakhir bulan Ramadhan yang mulia 2014. Alhamdulilah masih panjang umur, Allah bagi kesempatan lagi untuk tapau pahala yang masih haus. Pemilihan baju raya untuk tahun ini super ringkas. Tak banyak bunyi, pilih kaler pun yang semudah mungkin untuk jumpa. Bukan kaler yang rare,

Jumpa saja terus grab tanpa banyak bunyi, tak cerewet macam raya sebelum ini. Hikmah ibu mengandung dan hikmah ada suami yang super sabar serta penyayang. Suami tak sampai hati tengok den yang super boyot yang hampir keseluruhan cuma ada kudrat 20 minit untuk bertahan bila keluar berjalan. Lebih dari itu kondisi tak mengizinkan.

Tema kaler purple untuk tahun 2014. Tahun ini kelainan nya sangat berbeza. Beraya dengan suami tercinta dan sekeluarga. Insyallah jika diberi keizinan tahun depan beraya bertiga dengan si kecil. Makin meriah plus berseri. Rindu arwah embah, ya masih rindu tapi tahun ini makin terubat. Moga Allah beri ketenangan untuk hati yang kian lama usang ini. Umur makin bertambah, moga Allah beri keberkatan dalam hidup.

Insyallah later captured gambar raya bersama keluarga. Besok beraya! Terasa lengkap raya tahun ini. =)


Saturday, June 14, 2014

Perempuan Mengandung

Alhamdulilah done first check up dekat Az Zahra Bangi today. Alhamdulilah lagi sekali, Sebab kondisi badan yang buat setakat ni tak begitu bermasalah jadi tak banyak yang doctor komen tadi. Next check up dekat Az Zahra dalam 6 minggu yang akan datang. Hilang sekejap sesak dari Klinik Kesihatan.

This one cuma pendapat sahaja. Dari since tahu pregnant and start dengan minggu ketujuh check up dekat Klinik Kesihatan Cheras Baru, berdekatan dengan rumah. So far service layanan nurse okey sangat, berpuas hati je banyak input dan nasihat yang nurse beri cuma time jumpa doctor, doctor yang kurang bercakap.

But I have change mind change to Private sebab tak berapa selesa dengan few condition. Bagi sesetengah orang mungkin tak kisah. But for me, untuk keselesaan apa salah nya, First and far most sebab tak tahan menunggu lama dekat KK. Bila sebut Goverment service nothing much that we can't aspect yup, berbaloi lah kan tak perlu keluar duit. Memandangkan malas nak berulang alik dan kerap ambil cuti disamping menunggu lama jadi ini sebab utama saya beralih arah.

Bila sebut KK lagi kita as a Malaysian citizen akan bercampur dengan pelbagai citizenship yang lain juga. Alangkah bagus, kalau goverment boleh provide speciality dengan mengasingkan klinik warganegara dan bukan warganegara untuk Klinik Ibu dan Anak. It's only my 2 cent.Dan ini jadi sebab kedua kenapa saya berhasrat bertukar angin tak tahan dengan hiruk pikuk dan bingar percampuran ni.

Another facilities that I would like to comment is, lebih elok kalau facility untuk ibu mengandung serta keselesaan diutama kan. For example, selenggara lah part toilet dengan sewajarnya. I have to give high recommendation untuk part toilet ni bukan sebab apa, KKIA yang saya pergi toilet nya tiada penyelak pintu, paip yang rosak dan mangkuk tandas yang sudah uzur. Ini akan membahayakan insan berperut buyung sebenarnya. Mungkin saya terlalu cerewet dalam hal yang sedemikian. So again, this is only my 2 cent.

Jadi kesimpulannya, if you dont mind about the time and think about money better go for KK. Saya memang jenis yang susah nak dapat cuti even untuk time slip.


Monday, June 2, 2014

Sensitive

Kandungan sudah masuk ke 13 minggu. Alhamdulilah rezeki Allah bagi. Oleh itu aku ada lebih kurang 187 hari itu kalau ikut estimation date. Moga Allah permudahkan segala nya. Semasa busy survey tentang tempat bersalin samada Hospital Swasta atau Goverment Hospital 1 perkara yang aku sedar.When we asked public opinion tentang GH or Private Hospital this is sensitive issue rupanya dan adakalanya mampu buatkan blood pressure di dada.

I don't why, but ada certain people adalah back up besar kepada GH dan tidak kurang juga positif tentang private. If mampu why not pilih untuk Private Hospital but if we think twice about money and thought the pain are same better go to Goverment Hospital. But for me IF I afford I will choose private for my first little caliph. 

Bukan erti kata berlagak, choosy or high demand. I am not, but based on my condition I have no family from my side that boleh jadi peneman masa dalam ward nanti, the strengthen are comes from Husband it would be difficult for me to far away from Hubby. Lagi lagi upon painful period of time. This is major situation why I have go for Private. I don't have idea about what others thinking and lain orang will be have different mind set.

At the first place bila tahu pregnant actually I have choose Ampang Hospital. Hubby thought that He can accompany me if we have choose for first class. I told him It's not. GH is still GH even their service are good again I have to think twice. Lagi pula our Company Insurance given opportunity sponsored for delivery cost.

I have survey and still survey non stop upon this period of time about pregnancy info, a baby development,everything for my baby. 

     

Sunday, June 1, 2014

Adat Bekas Jiran dan Kawan Serumah

Berkerja dan sekolah.

Assalamualaikum, salam untuk diri sendiri. Tajuk diatas merupakan dua tittle berbeza dalam alam realiti. Mengikut teori nya berkerja, anda berada di alam nyata sudah merasai selok belok kehidupan, belajar dari kesilapan.

Aku akur tajuk kali ini agak bosan tapi secara peribadi perkara ini ku rungkaikan untuk diri sendiri dan orang sekeliling yang amat suka menggangu ketenangan hidup orang lain. Mari baca apa yang aku mahu terangkan sebenarnya.

Berbeza dengan sekolah pula, anda hanya akan mendengar, menerima dan cuba untuk mentafsirkan berdasarkan apa yang anda fahami. Itu beza sekolah dan kerja. Walhal bukan setiap teori yang anda dengar ia nya benar kesasihannya tanpa meneliti pucuk pangkal. Bila tiba anda teringin menyiasat ke pucuk pangkal itu bermakna anda ambil tahu.

Kepada insan ber"gender" lelaki tetapi bermulut perempuan, kadang kadang sikap yang ada pada individu ini lebih buruk benar dari perempuan asli. Ada lelaki bermulut perempuan suka benar mencari tahu hal orang lalu menyekolahkan individu yang dirasakan salah di mata mereka.

Budak lepasan pengajian begitulah, baru mahu belajar bertatih makan pakai keluarga masih biaya sudah pandai mahu merasa diri dewasa dan memberi nasihat yang dirasakan betul. Bila kita berlembut dia naik kepala. Bila kita melenting dia kata kita penuh emosi di dada. Hai budak.

Memang emosi kalau cara saudara sungguh biadap. Aku tak lupa, takkan lupa ke mati. Fitnah apa ditabur jasa apa dihulur, cerita berangkai disebar, dari mulut ke mulut memang aku tak redha. Tak redha hingga mati. Walaupun Tuan darah daging ku sendiri, aku ingat kerna ku pendendam. Bukan berdendam apa, berdendam sebab kau membuka aib buka aib mu sendiri.

Dunia ini subjektif.


Saturday, May 17, 2014

Marakesh Kg Baru

Hi,

We may choose what we want to eat for everyday. But the most and far most we also can decide either to change our taste. Arab Moroccan Taste or in Malay word's Restoran Makanan Arab Morocco together with Iranian Food. Since hubby is food appetizer so he have to choose different culture food after work. Me? Yes as usual 'I will follow you!" Same as Digi slogan.

Kampung Baru Location. Nearby TH SELBORN Building. I have to try their Chicken Beriani Rice. Big size of quantity. If you're not really sure about the drinks better ask them. For me, the drinks a bit different taste with our Malaysian tongue. Exact opening hours I'm not so sure but as we come as earliest by 6 pm they have prepared everything to serve customer.

Hubby was trying Shawarma chicken. It's so delicious! I assured that you may like it. All of this because of Food Network Asia influences. OMG! I may repeating taste here after delivered the baby.The price are reasonable. A lot of interesting food here but I have worried for if it will harm my little caliph in tummy. See you again Marakesh !







Peram

Assalamualaikum,

Hello. Eceh ! If I'm not mistaken this, would be my second entry in 2014. Alhamdulilah azam baru, semangat baru, dunia baru, journey baru dan orang baru! Sebelum tu fuhhhhhhhhh, feeling feeling hembus habuk sikit bajet berhabuk.

Alhamdulilah again, seribu satu kesyukuran, pengertian, rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Bermula tangunggjawab baru, pada 08 March 2014 telah sah di ijabkabul kan dengan seorang yang berhati mulia. Ye! Sila meluat. Saya memang seorang yang sangat suka puji suami tinggi melangit.

"Bila awak jadi seorang perempuan kemudian datang seorang lelaki melamar dan ajak berkahwin" Sila jawab apa awak rasa? Rasa yang pertama, awak akan rasa bersyur dan percaya Allah itu selalu bersama awak. Dia hantar seseorang masuk kedalam hidup bersebab. " Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya".

Wanita, bersyukur lah kalau ada seseorang mahu jadikan awak isteri. Itu bermakna, dia bersedia tanggung dosa awak, bersedia jadi kawan awak siang dan malam, kawan gaduh dan kawan baik, jaga awak bila awak sakit dan yang paling penting dia bersedia jawab soalan di Padang Masyar bila Allah tanya segala nya pasal awak. Suami bukan hanya suami, suami adalah orang yang Allah amanahkan untuk dia jaga awak, dan awak lengkapi hidup dia, susah dan senang serta jangan pernah mengeluh jika kurang lengkap benda yang awak mahukan. Percayalah Suami selalu cuba sebaik mungkin untuk beri yang terbaik untuk isteri dan keluarga.

Saya yakin dengan Allah, pilihan paling tepat yang saya buat dalam hidup adalah seorang suami yang saya ada sekarang.Kedua, keputusan betul tanpa ragu itu silap adalah berkahwin dengan dia tinggalkan masa silam. Kerana setiap hari adalah hari untuk suami :) Terima Kasih Suami Ku.


Sunday, February 2, 2014

Puisi Random

Ini normal post dan entry pertama 2014. Mungkin sedikit simple tanpa rasa keraguan dan ada keyakinan untuk kembali bertatih. Hari ini sudah 02022014. Bila umur makin meningkat kena sedar jangan tidur lagi.
Kena sedar yang pergi terus pergi. Bila umur makin meningkat kena sedar amalan belum banyak lagi. Bila umur makin meningkat kena sedar bila bila saja akan dijemput ilahi. Bila umur makin meningkat aku menghitung hari tanggungjawab dikanan kiri sedikit masa lagi hampir bergelar isteri pada si kekasih hati. Bila umur makin meningkat kena sedar segalanya.

Kalau ada rezeki panjang umur mahu hidup dengan tenang. Tinggalkan kekusutan lama. Tinggalkan semua yang tiada kenang jasa, kenali aku tanpa tiada rasa apa. Tinggalkan mereka yang panggil pulang bila perlu pertolongan. Tinggalkan sebuah komuniti yang mungkin masa kecil pandang aku hanya picisan. Bila besar sudah faham hidup didunia susah rupanya. Banyak masalah kena hadapi dengan berani. Hati kena kebal tak bole mengamuk hentak kaki, Walau terkadang bila runsing tertarik muka tanpa fikir orang sekeliling. Biasalah ini hidup bukan permainan dalam game.

Mungkin orang buang aku tanpa belas kasihan. Tapi kena ingat suatu hari Tuhan tanya apa tanggungjawab yang kau dah tunaikan. Kita insan kena hidup dengan buat kebaikan. Kebaikan tak boleh pilih bulu, kalau aku bukan anak aku bukan cucu tak semestinya aku tak layak kau nak bantu. Tapi terpulang. Nanti Tuhan tanya bila kaki nak melangkah ke Syurga sebelah kaki arah neraka. Mungkin Tuhan akan tanya, macamana hubungan kau sesama manusia? Dengan anak dengan bapa dan dengan bonda? Ada tak kau hanya pentingkan isteri sahaja selama hidup didunia? Sekarang didunia mampu kau berlagak semuanya beres. Di akhirat belum tentu lagi.

Aku mungkin anak yang baik. Tapi dulu kau insan yang aku tabik. Mungkin sebab kau sering bagi aku wang ringgit. Kalau kau rasa kau baik sangat mampu tolong semua orang kenapa dengan aku kau susahkan lagi tidak kau segera kan. Rindu aku tukar jadi benci. Kau bukan mithali tapi kau macam tahi.Biar orang pandang aku buruk asal kau nampak suci. Ini mainan duniawi. Biar orang nampak kau baik sebab kau ustazah tapi kau biar orang nampak aku macam sampah dan mentah. Biar ini hukum duniawi orang selalu kata yang tua harus dihormati. Aku rasa ayat itu lucu. Sebab macam tak layak untuk kau yang seperti itu.