Sunday, November 20, 2011

Rest in Peace, Bro.

Mata seakan berair hingus seakan meleleh. 2 malam minggu lepas yang sudah tak terbayang bagaimana terkejut nya aku bila seorang ofismate yang semakin rapat telah pergi dijemput ilahi. Beliau meninggal kami ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sesudah selesai bertugas ditempat kerja. Serius aku nyatakan aku masih lagi di dulang terkejut. Tak sangka macam baru seminit lepas kami bergurau sesama tetapi dia dah tiada untuk selama nya. Aku ingat lagi petang hari terakhir dia hulurkan coki coki. " Nah kau nak coki tak? Aku dengan selamba " Nak lah. Bab makanan aku takkan tolak" dan beliau " Amiklah nanti aku takut tak sempat bagi".

Beliau meninggal pada isnin hari 12.40 pagi dekat LDP. Kelibat beliau kami seakan tak percaya beliau tak datang kerja pada Selasa. Aku tengok dalam jadual menyatakan beliau MC. So biarkan lah tak mahu kacau. Rabu time tengah lunch ada orang beritahu beliau meninggal dunia Isnin lepas. Kami yang tak diberitahu dan tak dapat sebarang berita nyatakan beliau MC pada selasa hari rupanya dia dah tiada sejak Isnin lagi. Kami mula rapat dan dia banyak tinggalkan banyak kenangan best.

Al-Fatihah, 





Lepas ni dah takde orang nak tegur eyeshadow aku lagi. Dah takde orang nak ajak aku join game online dan yang paling sunyi dah jarang orang nak bahan membahan. Semuaorang masih terkejut dan redha.