Sunday, February 17, 2013

Jerawat Kotoran Degil

PENYEBAB DAN PUNCA JERAWAT (bahagian muka)


Jerawat naik bersebab, dan sebab jerawat timbul di sana dan di sini kerana :

Jerawat di dahi
Jika muka anda dipasiri oleh jerawat di dahi, ini menunjukkan anda sedang dalam keadaan tertekan. Asyik nak marah sahaja. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah tidur awal, bangun awal~ Jadikan rutin harian dan juga minumlah air dalam kadar yang baaaaanyak, banyak, banyak dan banyak!! dan yang penting, kawal marah anda yea!! PENTING!!

Jerawat Di Hidung
Selalunya saya banyak blackheads di hidung. White head pun banyak, sebab kadang-kadang make up tak basuh bersih mungkin.Tapi jika anda dihinggapi abang J (jerawat) yang sibuk membiak dengan girangnya di hidung anda, ini bermaksud perut atau sistem pencernaan kita menghadapi masalah. Elakkan memakan makanan sejuk kerana ia bakal menyebabkan pengeluaran asid gastrik yang kalau banyak-banyak keluar akan mendatangkan keburukan kepada perut anda. So makan yang panas-panas jea.. ok? 

Jerawat pada pipi kanan
Ini berkemungkinan berkait rapat dengan paru-paru anda. Sila jaga paru-paru anda, contohnya jangan atau kurangkan memakan mangga, taro atau seafood. Seafood dikatakan akan dengan senang menyebabkan anda mendapat alahan. 

Jerawat pada pipi kiri
Ini pula berkaitan dengan hati anda atau mungkin darah anda mempunyai kadar toksin yang tinggi. Orang hati bermasalah ini dikatakan perlu memperbaiki mood. Jadi jagalah mood anda kepada yang baik-baik sahaja.

Jerawat Di Bibir
Ini menunjukkan kesukaran anda berkumuh, selain itu mungkin disebabkan ubat gigi anda. Untuk memperbaiki keadaan kulit ini, makanlah buah dan makanan yang berserat tinggi, kawal rutin makanan anda dan sentiasa membasuh mulut dengan bersih.

Jerawat Di Dagu
Ini menunjukkan period anda sudah makin hampir. Dalam beberapa hari lagi, pasti anda akan mengalami menstruasi.