Sunday, June 1, 2014

Adat Bekas Jiran dan Kawan Serumah

Berkerja dan sekolah.

Assalamualaikum, salam untuk diri sendiri. Tajuk diatas merupakan dua tittle berbeza dalam alam realiti. Mengikut teori nya berkerja, anda berada di alam nyata sudah merasai selok belok kehidupan, belajar dari kesilapan.

Aku akur tajuk kali ini agak bosan tapi secara peribadi perkara ini ku rungkaikan untuk diri sendiri dan orang sekeliling yang amat suka menggangu ketenangan hidup orang lain. Mari baca apa yang aku mahu terangkan sebenarnya.

Berbeza dengan sekolah pula, anda hanya akan mendengar, menerima dan cuba untuk mentafsirkan berdasarkan apa yang anda fahami. Itu beza sekolah dan kerja. Walhal bukan setiap teori yang anda dengar ia nya benar kesasihannya tanpa meneliti pucuk pangkal. Bila tiba anda teringin menyiasat ke pucuk pangkal itu bermakna anda ambil tahu.

Kepada insan ber"gender" lelaki tetapi bermulut perempuan, kadang kadang sikap yang ada pada individu ini lebih buruk benar dari perempuan asli. Ada lelaki bermulut perempuan suka benar mencari tahu hal orang lalu menyekolahkan individu yang dirasakan salah di mata mereka.

Budak lepasan pengajian begitulah, baru mahu belajar bertatih makan pakai keluarga masih biaya sudah pandai mahu merasa diri dewasa dan memberi nasihat yang dirasakan betul. Bila kita berlembut dia naik kepala. Bila kita melenting dia kata kita penuh emosi di dada. Hai budak.

Memang emosi kalau cara saudara sungguh biadap. Aku tak lupa, takkan lupa ke mati. Fitnah apa ditabur jasa apa dihulur, cerita berangkai disebar, dari mulut ke mulut memang aku tak redha. Tak redha hingga mati. Walaupun Tuan darah daging ku sendiri, aku ingat kerna ku pendendam. Bukan berdendam apa, berdendam sebab kau membuka aib buka aib mu sendiri.

Dunia ini subjektif.