Friday, June 3, 2011

Duit Kucilan

Sekarang MSU tengah break short sem selama 2 weeks. So untuk few days aku spent dekat Johor bersama mak abah embah. Cuti 2 weeks tapi aku cut dalam 4,5 hari untuk kerja part time dan berehat. Seperti yang sedia maklum aku busy buat part time sekarang. Part time hanya untuk weekend Sabtu dan Ahad sahaja! 

Part time kecil kecilan je ye kawan kawan. Gaji pertama keluar semalam bila sebut pasal gaji ada yang takut nak sebut sebab takut kena pau. Okay abah kata kat aku jangan jadi kedekut nanti duit tu nampak sikit je. Bukan nak cerita pasal kedekut. Tapi aku nak cerita aku dapat banyak gila experience jadi pekerja naik kan self motivated aku untuk belajar sebab baru aku tahu azabnya nak cari wang. Haha gaji pertama memang aku dah niat nak spent sikit untuk famili. So pembuka gaji aku belanja mak shopping and belanja embah makan. Apa orang kata? Ambil berkat kan?


Bukan nak poyo la sebab aku buat part time tak bukan sebab tu. Tapi sebab aku nak nyatakan kepuasan ada duit sendiri dari hasil sendiri walopon ciput je. Part time bukan la sebab aku nak penuhkan keinginan untuk sesuatu tapi cukuplah aku ade duit sendiri untuk shopping, bayar hutang dan duit poket untuk jalan jalan dan yang paling berharga dapat experience bila jumpa macam macam ragam customer.