Thursday, March 17, 2011

besok di KLIA

Mungkin abah risau takut jikalau anak abah yang seorang ini akan disakiti lagi akan di malukan lagi. Tapi aku faham itu niat abah sebenarnya. Abah mungkin melarang mungkin marah jikalau aku bertemu mereka lagi perkara sedemikian mungkin terjadi. Abah tak mau anak abah sering tersakit lagi sepertimana yang terjadi pada cinta hati abah iaitu emak. 


 Tapi abah perlu tahu anak abah ini jelas seperti abah juga. Keras diluar ternyata rapuh dari dalam. Ego anak abah tak dapat bertahan lama. Anak abah terlalu rindu mereka. Aku faham apa yang abah mahu kan juga adalah yang terbaik. Jangan risau abah. Anak abah sudah cukup besar sebenarnya dia dah tak sanggup lagi mahu memutuskan silaturrahim antara mereka. 


Biarkanlah anak abah bertemu orang tua itu ..
Kerana dia tak mahu menyesal di kemudian hari .
Anak abah tak mahu menghukum sesiapa lagi.
Ini lah kelemahan anak abah .
Dia menangis bila dia bersedih .. 
Anak abah sangat cengeng kan?