Tuesday, March 22, 2011

Budak Degil Sweetheart Saya

Cuti semester berbaki beberapa hari saja lagi. Cuti yang sekejap tapi saya cukup puas buat saya rasa saya tak perlu kan cuti yang lama. Sebab nya? Okay Tiada sebab. Sebab saya tak suka menjadi penganggur tegar. Hari hari saya cukup tak kering gusi dengan melayan keletah budak manja. Dia bukan adik saya, kami juga tiada pertalian darah . Oh tapi kita adalah saudara seislam. Budak manja ini hanya 5 tahun tapi pemikiran dan karakter melebihi 15 tahun. Pulang saja dari sekolah hari hari dia akan terus menuju kerumah sebelah. Rumah sebelah yang di maksudkan adalalah rumah saya ;) .

Oh kami berjiran rupa nya! .
Kadangkala kesunyian terubat dengan si cilik ini. Penat melayan kerenah nya saya akan bergaduh pula dengan dia. Gaduh manja sejam selepas itu berbaiklah kami. Bila saya berada jauh dari mak abah dengan kehadiran budak ini terubat lah kesunyian mak dan abah. Kecoh rumah kami di buat nya. Saya bahasakan dia "Adik". Tapi dalam keluarga dia lah abang, Anak kedua bongsu berumur 5 tahun. 

Boleh dikatakan juga selain penghibur dia lah jam loceng saya, Seawal pagi dia bangun kemudian datang kesebelah ke rumah jiran nya, iaitu "Rumah Saya" semata membuat bising memekak kan telinga saya sehingga saya bangun pagi pagi tak tahan dengan mulut hawau dia. Rasa nak pangggggggggg!
Tapi oh tidak! Saya masih sedar niat dia suci. Tak mahu kakak nya yang seorang ini sering bangun lambat. Onar kan tindakan dia?

Si busuk ini juga kawan baik abah juga teman sejati emak di kala ketiadaan abah. Saya nampak lihat itu. Beliau suka mengaku beliau lah ANAK ANGKAT ABAH. 
Sweetheart saya ;)









Dan akhir nya ..........

Seeee kawan kawan . Nampak tak ape dah jadi? Finally dia sangat penat kan? Dia amat susah nak balik ke rumah untuk mandi petang dan mengaji. Tanda ayah dia suruh balik teknik terbaru sekarang " PONNNNN PONNNN PONNNN" .. Beribu kali honn kereta ayah dia bunyi kan baru kelam kabut nak balik. Kerana itu, AMARAN AKHIR di suruh pulang kerumah. Jika dia ingkar untuk 3 hari dia akan di banned dapat kebenaran untuk datang ke rumah saya lagi. 

Sayang saya, oh sweetheart ;)